Ramadhan Buffet Delight Di G Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2017
Ramadhan Buffet Delight Di G Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2017
Ramadhan Buffet Delight Di G Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2017 | Assalammualaikum & selamat tengah hari semua. Untuk hari ini, mari kita sambung lagi satu Review Buffet Ramadhan, iaitu 'Ramadhan Buffet Delight' di G Hotel Penang. Buffet Ramadhan ini bermula dari 27 May 2017 sehingga 24 June 2017 di Taste Cafe, G Hotel Gurney dan juga Spoon Cafe G Hotel Jalan Kelawai.
Alhamdulillah sekali lagi rezeki dari Allah, saya diberi peluang oleh pihak pengurusan G Hotel untuk turut serta bersama-sama rakan blogger Penang untuk review Ramadhan Buffet Dinner di G Hotel Gurney. Seperti biasa sudah tentu saya akan berkongsi dengan para pembaca tawaran menarik yang disediakan bagi buffet Ramadhan ini kan3. Mari kita layan ceritera selanjutnya
Kami rakan Blogger Penang (Jumie, Lia, Rachel, Ika & saya) bersama team pengurusan G Hotel yang happening ya amat pada malam kejadian.
Psssttt, walaupun baru pertama kali berjumpa memang mesra & satu kepala. Dah namanya blogger kan, mesti la pandai bercampur & bawak diri. Kalau tidak akan jadi kera sumbang, duduk sorang-sorang he3. Apapun, saya paling kagum dengan team pengurusan G Hotel yang turut sama satu kepala pada malam kejadian. Terutaman sekali Ms Annie. Rindu pulak nak gosip bersama-sama he3.
Seleksi Menu Universal Dengan Tema 'Malay & International Cuisine' | Ramadhan Buffet Delight Di G Hotel Penang
Seleksi Menu Universal Dengan Tema 'Malay & International Cuisine' | Umum memang mengetahui G Hotel memang terkenal dengan masakan ala-ala International. Tetapi, sejajar dengan bulan mulia Ramadhan, pihak pengurusan Taste Cafe, G Hotel Gurney telah mengambil inisiatif untuk menonjolkan masakan yang bercirikan Melayu. Satu lagi keunikan buffet bersempena dengan Ramadhan adalah setiap hari pihak cafe menyediakan menu BBQ dan kambing golek. Berbeza dengan hari biasa yang mana BBQ hanya pada hujung minggu sahaja. Okla, mari kita bersama-sama meratapi #eh3 menghayati tawaran menu menarik tertarik dan kebaboom Ramadhan Buffet Delight dari Taste Cafe, G Hotel Gurney.
Main Buffet Line
v
v
v
Bubur Lambuk
Mac & Cheese dan Mee Goreng
Nasi Biryani Udang
Aneka lauk pauk : Sotong Goreng Berempah, 'Stir Fried Prawn With Black Pepper Sauce', Szechuan Style Stewed Zucchini', 'Fried Potatoes With Mussels & Curry Levaes', dan Stir Fried Vegetables
Aneka lauk pauk : Daging Kerutuk, Ayam Kari Kerisik, Ikan Asam Pedas dan 'Lamb Stew'
Buffet Line 2
v
v
v
v
v
v
Pelbagai jenis roti
Sup Kambing
'Hot & Sour Soup'
'Seafood On Ice'
'Caesar Salad' dan Pasembor (Malaysian Style Salad)
3 jenis ikan masin/kering
Buffet Line 2
v
v
v
Jeruk Buah Tempatan
Pelbagai jenis kerabu, salad dan acar
Salad Bar
Cheese & Shashimi Bar
Buffet Line 2
v
v
v
'Chilled Soy Bean & Grass Jelly'
Ulam-ulaman dan sambal
Rojak Buah dan buah-buahan
Chocolate Fountain
Desserts
v
v
v
Pelbagai jenis tart, jelly, agar-agar dan puding
Dragonfruit Mousse dan Durian Mousse
'Linzer' Tart dan 'Marble Cheese Cake'
'Bread Butter Pudding with Vanilla Sauce'
Pelbagai aneka kuih muih tempatan (abuk-abuk, kuih lapis, cucur badak, karipap)
Jus Kurma, Honeydew dan Roselle
Action Stall 1
v
v
v
v
v
ABC dan Aiskrim
Daging Panggang (Prime Rib)
Roti Jala dan kuah kari ayam
Action Stall 2
v
v
v
v
v
Kaunter Mee & Sate
Kaunter 'Fried Items'
Outdoor action stall Teh Tarik Mamak
Outdoor action stall Kambing Golek
Meh belanja gambar wefie bersama the one and only KAMBING he3
'Malay Fest Panggang'
(ayam, sotong, udang, daging & yang istimewa adalah 'slipper lobster')
Keistimewaan kaunter grill di sini adalah ianya menggunakan LAVA STONE yang diimport khas dari Indonesia. Kelebihan penggunana lava stone ini adalah ianya mengekalkan rasa, kelembapan & nutrien makanan itu
In action di kaunter grill
Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Delight Di G Hotel Penang
Menu Pilihan Dari Hati Seorang Blogger | Ramadhan Buffet Delight Di G Hotel Penang | Macam mana?? Anda tergoda atau terkeliru?? He3. Yerla, dengan menu yang pelbagai dan bertingkek-tingkek, pasti jadi rambang mata kan3. Macam itu la situasi saya pada malam kejadian tau he3. Seperti entri-entri review buffet Ramadhan sebelum ini, saya pasti akan berkongsi dengan anda menu pilihan hati kan3. So kali ini untuk Ramadhan Buffet Delight Di G Hotel Penang, antara menu yang menjadi pilihan dan pujaan hati saya adalah seperti dibawah.
Antara masakan yang sempat saya rasa pada malam kejadian
(main items, bbq, dessert dan lain2)
Yang paling WIN adalah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Nasi Biryani Udang
Pssstt, rasa manis udang yang segar memang dapat dirasa didalam nasi tu tau. Ini merupakan pertama kali saya makan nasi biryani udang. Kebiasaannya saya makan nasi biryani ayam ka, daging ka, kambing ka he3.
Sotong Goreng Berempah
Pssttt, salutan tepung sotong yang rangup dan terasa rempah ratus. Sedap sangat di tekak saya tau3
Tart buah-buahan, agar-agar cendol dan 'Mango Panna Cotta' pun saya makan sehingga menjilat jari
TETAPIIIIII
Pada malam kejadian, antara semua menu, masakan yang paaaaallliiinggg WIN terbabooom adalah
v
v
v
v
v
v
v
v
Dari BBQ counter iaitu ITIK dan juga LOBSTER
Peerrrghhhhhh, masih terasa lagi keenakkan itik yang diperap tu tau. Lobster tu memang fresh dan isinya manis. Saya suka, saya suka, saya suka.
Bersesuaian dengan title 'house specialty' Durian Mousse ni memang terbaiiiiiikkkkkkkk
Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Delight Di G Hotel Penang
Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Delight Di G Hotel Penang | Saya pasti sudah ada para pembaca blog saya tertarik dengan adegan-adegan seksi #eh3 menu-menu yang ditawarkan seperti di atas ni kan3. Dengan ini jangan tunggu lagi, cepat-cepat merasai sendiri di G Hotel Gurney Penang.
Untuk makluman anda Spoon Cafe di G Hotel Jalan Kelawai turut menawarkan Buffet Ramadhan
Sebagai bantuan anda boleh rujuk brochure di bawah untuk perincian harga buffet bagi kedua-dua lokasi G Hotel Penang
Peta lokasi (google maps Taste Cafe, G Hotel Gurney)
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment