Tempat Makan Best & Murah di Teluk Nipah | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

12:32:00 PM

Tempat Makan Best & Murah di Teluk Nipah | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

Tempat Makan Best & Murah di Teluk Nipah | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

Tempat Makan Best & Murah di Teluk Nipah | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor | Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua. Baiklah, dah berhari-hari (ke berbulan yer??), saya asyik sibuk membuat entry review Buffet Ramadhan sahaja kan3. He3, ya ampuuunnnnn. Entry Cuti-cuti Ulang Tahun Kelahiran saya dengan Boboboy (dari bulan Januari 2017) masih lagi tertangguh sob3. Ok3, insyaAllah macam mana pun saya akan cuba sebaik boleh untuk menghabiskan segala entry yang tertunggak. Chaiyok3, I CAN DO IT, AMIN.

Last entry berkaitan cuti-cuti Pulau Pangkor adalah Pangkor Inn Chalet. Dengan ini pada hari ini saya akan sambung dengan acara jalan-jalan cari makan di kala petang dan malam di Teluk Nipah, Pulau Pangkor.


Aneka Pilihan Menu Minum Petang Dan Makan Malam | Tempat Makan Best & Murah di Teluk Nipah

Aneka Pilihan Menu Minum Petang Dan Makan Malam | Tempat Makan Best & Murah di Teluk Nipah | Dah menjadi lumrah saya, sebelum bercuti-cuti, saya pasti akan buat kajian serba sedikit tentang penginapan dan tempat makan yang menarik di lokasi percutian saya. Malangnya, apabila saya mengoogle berkaitan tempat makan menarik di Pulau Pangkor, kebanyakkan review yang saya jumpa adalah lebih ke arah negative. Maksud saya ramai yang merungut tentang harga makanan yang mahal & kena sembelih/kencing semasa di Pulau Pangkor. Walaupun ada yang puji kesegaran dan kesedapan makanan tetapi bila berbalik kepada harga yang dikenakan, ramai yang tidak berpuas hati. Kebanyakkan berpesan supaya berhati-hati jika mahu makan di Pulau Pangkor he3.

Berbekalkan dengan tema 'BERHATI-HATI', maka saya sekeluarga pun memulakan misi Jalan-jalan Cari Makan di Teluk Nipah he3. Jom layan ceritera bergambar saya.


Antara deretan kedai2 di tepian pantai
Macam-macam ada : kedai serbaneka, kedai cenderahati, kedai makanan dll

Inilah hasil pancingan kami sekeluarga untuk minum petang
Pulut udang dan 'Banana Pancake' a.k.a lempeng pisang laaaa

Pssstttt, tak tahu la sama ada sebab lapar atau memang rasa eh sedaaaapppp, lajuuu ja Opah eh, Ayah eh dengan Boboboy eh makan habis semua lempeng dan pulut udang tu (diorang tiga beranak ja tau3). Tak simpan pun untuk Ibu eh, sob3. Kempunan telur tembakui betui Ibu eh petang tu. Mesti anda hairan saya kemana dan kenapa tak makan bersama-sama. Dah nama pun blogger keeennn, busy tangkap gambar la. Siap beli terus ke tepian pantai untuk makan petang. Saya terus zap, zap, zap tangkap gambar pantai. Tiga beranak ni tadi dah lepak di tepian sambil menikmati makan petang. Tup3 sampai licin, diorang kata tak sedar. Bila saya tanya tiga beranak tu, sedap ke lempeng dan pulut udang tu memang diorang cakap SEDDAAPP. So kita simpulkan la sebagai sedap yer :P

Perut 3 ketul dah kenyang tinggal seketul ja lagi yang lapar, mari la kita sambung JJCM di Teluk Nipah. Kali ini seafood hunting untuk dinner. Memang banyak deretan gerai-gerai yang sediakan makanan laut. Cumanya disinilah pentingnya 'BERHATI-HATI'. Ini kerana dari gerai pertama lagi saya sudah tanya harga set yang ditawarkan, harga seekor ikan, harga sekilo udang/ketam dll. WAJIB tanya terperinci harga bagi setiap item yang ingin kita order yer sayang-sayang semua. Ini bagi memastikan kita tidak terTIPU. Memang SAH ramai peniaga mainkan harga. Akhirnya saya berjumpa jugak sebuah gerai yang memenuhi piawaian kesegaran makan laut dan harga.
v
v
v
v
Gerai No 7
Kenapa saya memilih gerai ini????
Mari sini saya senaraikan sebab musababnya :
- makanan lautnya segar (ada jugak kurang segar, jadi silalah pilih yer)
- pilihan jenis ikan lebih banyak (jenahak, merah, siakap, ayam)
- jenis ikan yang saya mahukan ada 
- terdapat tawaran set-set dengan harga yang berbaloi
- item didalam set menu juga dibenarkan ditukar tanpa caj (tetapi kena harga yang lebih kurang sama la yer, sebagai contoh ikan siakap ditukar kepada ikan merah atau ikan ayam)
- layanan mesra dan lebih telus

Pssttttt, untuk makluman anda semua, kebanyakan review yang saya baca mencadangkan jika ke Pulau Pangkor WAJIB cuba IKAN AYAM. Oleh kerana itu, ikan itu lah yang berada disenarai paling atas dalam JJCM saya di Pulau Pangkor. Tidak semua gerai di Teluk Nipah menawarkan ikan ayam ni tau. Gerai No. 7 ni gerai ke tiga yang ada ikan jenis ini.

Antara makanan laut yang ada di Gerai No 7.

Psssttt, mengancam betul sotong itu kan3

Kawasan gerai memang betul2 di tepi pantai

KAMI :)

SET makanan pilihan kami sekeluarga
v
v
v
Telur dadar, kerang rebus, tomyam putih (campur), sotong celup tepung, udang masak sambal, kangkung goreng belacan bersama dengan satu jug teh o ais

Ikan Ayam Bakar


Muka gembira kami dengan makanan laut he3

Psstttt, untuk makluman anda semua, TOTAL caj untuk makan malam kami adalah RM80.00 sahaja
Berbaloi-baloi 



~~~ To Be Continued ~~~

You Might Also Like

1 comments

  1. p.pangkor... best nyer.
    ari tu aida ke lumut jer.
    lenkali in shaa Allah seberang ke p.pangkor.
    RM80 aje byk tu? mcm murah, kan?

    ReplyDelete

Blog Dekat di Hati