Tempat Penginapan Menarik Di Lumut | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

12:41:00 PM

Tempat Penginapan Menarik Di Lumut | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor

Tempat Penginapan Menarik Di Lumut | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor


Tempat Penginapan Menarik Di Lumut | Cuti2 Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor | Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua. Alhamdulillah, kita sudah sampai ke Ramadhan hari ke 25. Semakin menghampiri Hari Raya Adilfitri, hanya tinggal 4 hari sahaja lgi. Saya pasti kita sudah mula teruja untuk menyambut lebaran bersama keluarga tersayang kan3. Cuti raya dah lulus ke?? he3. Saya ni masih lagi memikirkan bilakah nak ambil cuti tambahan raya untuk tahun ini. Perancangannya nak bercuti-cuti lagi. Tetapi masih memikirkan tarikh yang sesuai. Iyerla, kalau bercuti sewaktu minggu pertama raya mesti banyak destinasi (terutama destinasi tempat makan la kan3) yang masih tutup sempena cuti raya kan3. Masalahnya untuk minggu kedua raya pulak saya tak boleh bercuti panjang kerana ada mesyuarat lembaga pengarah, sob3. Bukan saya yang masuk meeting itu yer, tapi saya yang kena jaga. Aduiiiiilaaaa, pening memikirkan bab cuti ni he3. Tak mengapalah, esok baru sambung fikir balik :P.

Berbaki minggu terakhir Ramadhan ini, saya akan cuba untuk menghabiskan entry Cuti-cuti Ulangtahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Pulau Pangkor yer. Diharap impian ini dapat dilanksanakan AMIN he3. Setelah check out dari Pangkor Inn Chalet (entry INI), kami sekeluarga meneruskan itinerary cuti-cuti ke Marina Island Resort & Hotel pula. Jadi, untuk hari ini saya akan berkongsi pengalaman kami sekeluarga semasa menginap disana. Jom layan ceritera selanjutnya dari saya.


Marina Island Pangkor Resort & Hotel | Tempat Penginapan Menarik Di Lumut


Marina Island Pangkor Resort & Hotel | Tempat Penginapan Menarik Di Lumut | Untuk makluman anda semua, kawasan resort ini memang luas yer. Ianya merangkumi dua blok (bersebelahan). Untuk gambaran lebih jelas, mari kita layan ceritera bergambar di bawah.

Dua buah blok penginapan di Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Blok pertama berwarna coklat
Blok kedua berwarna turqoise

Psstttt, sebenarnya apartment kami di blok pertama, tetapi oleh kerana pada waktu nak check in tu, air tiada, makanya pihak pengurusan menukarkan kami ke blok kedua.

Ruang Lobi di blok pertama 

Ruang Lobi di blok kedua 

Apartment pilihan kami pada hari kejadian adalah 'Superior Apartment 1 Bedroom' 
Ruang UTAMA (ruang menonton, ruang makan dan juga ruang dapur) di dalam apartment kami 

Pssssttt, ruang utama dan ruang bilik diasingkan yer. Boleh lihat gambar di atas sebelah kanan (terdapat pintu yang mengasingkan kedua-dua ruang) 

Ruang BILIK 

Terdapat balkoni yang menghadap tasik di ruang bilik apartment kami 

Bilik air 

Psssttt, Ruang didalam apartment memang LUAS. Bukan setakat dua orang sahaja boleh duduk kalau luas macam ni. Dari ruang utama ke ruang bilik ke balkoni ke tandas. Memang LUAS dan SELESA. Memang berbaloi-baloi dengan harga yang saya dapat melaui Traveloka tau3. Nak tahu berapa caj semalam yang saya bayar????? 
RM 132.36 sahajaaaaaaaaaaa 

Pemandangan dari balkoni apartment kami 
(kolam renang di blok kedua dan juga tasik) 

Psssstttt, terdapat jugak aktiviti permainan pantai yang terletak di kawasan tasik di blok pertama tau3. Cumanya saya tak berapa pasti waktu ianya beroperasi kerana sewaktu kami ke sana ianya TUTUP he3 

Pada hari kejadian, kolam renang di blok kami diTUTUP. Makanya kami pun menapak la ke blok pertama untuk beriadah di kolam renang 

Antara view pemandangan semasa perjalanan di tepian tasik dari blok kedua menuju ke blok pertama Marina Island Pangkor Resort & Hotel 

Kawasan kolam di blok pertama 

Psssttt, bagi pendapat peribadi saya, kolam renang di blok pertama lebih luas dan menarik 

Melayan Boboboy seketoi bermain air adalah WAJIB 

Ibu & Ayah ambil kesempatan bercanda di tepian kolam he3 

Untuk sarapan, harga bilik sudah termasuk dengan 2 kupon sarapan. Dengan itu kami hanya tambah satu lagi untuk Opah eh sahaja lan kan3. Sarapan dihidangkan di blok kedua. Jadinya bagi yang menginap di blok pertama, mereka perlu menapak ke blok kedua la yer untuk bersarapan he3. Saya tak berapa pasti sama ada situasi ini hanya terjadi pada waktu kami menginap di situ, kerana waktu itu bukan waktu peak dan pelanggan hotel tidak ramai. Mungkin kalau waktu peak, sarapan dihidangkan di kedua-dua belah blok. 

Antara pilihan sarapan di Marina Island Pangkor Resort & Hotel

Lokasi dan Maklumat | Tempat Penginapan Menarik Di Lumut


Lokasi dan Maklumat | Tempat Penginapan Menarik Di Lumut | Sebagai maklumat, anda boleh rujuk google maps di bawah untuk lokasi Marina Island Pangkor Resort & Hotel.



Marina Island Pangkor Resort & Hotel 
Alamat : KM1 Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak 
No. Tel : 05-683 2881 



~~~ To Be Continued ~~~

You Might Also Like

0 comments

Blog Dekat di Hati