Saturday, September 9, 2017

Kejutan Buat Mak a.k.a Opah | Sambutan Ulang Tahun Ke 57

Kejutan Buat Mak a.k.a Opah | Sambutan Ulang Tahun Ke 57

Kejutan Buat Mak a.k.a Opah | Sambutan Ulang Tahun Ke 57

Kejutan Buat Mak a.k.a Opah | Sambutan Ulang Tahun Ke 57 | Assalammualaikum dan selamat pagi. It's WEEKENDS agaaaaiiiinnn. Yippiiieeeee. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang yer. WAJIB spent quality time dengan family tau3. Untuk diri saya sendiri, setiap hujung minggu memang full schedule dengan aktiviti bersama keluarga tersayang. Sehinggakan memang tidak terasa langsung hari berlalu pergi. Tahu-tahu sahaja esok tu dah Isnin semula dan kena kembali bekerja. Even, cuti hujung minggu yang panjang pada minggu lepas (sempena Hari Merdeka, Hari Raya Aidil Adha dan disambung dengan cuti sempena sukan SEA) iaitu selama 5hari pun terasa sekeeeeejaaap sangat. Beginilah perangai mak-mak sangat kan3. Memang tak pernah merasa cukup bercuti dan meluangkan masa dengan anak, he3.

#eh3, termelalut panjang pula saya. Baiklah, mari kita kembali kepada ceritera sebenar untuk entry kali ini, iaitu sambutan ulang tahun kelahiran mak saya a.k.a Opah pada bulan JUN 2017 yang lalu. Iyeeeeerrrrrrrr, bulan JUN, memang bulan JUN. Kira #backdated, #tb, dan #pandangbelakang yang terlajak yer, he3. Apapun WAJIB dicoretkan di dalam blog picisan saya sebagai kenangan masa hadapan. Jom layan ceritera di hari bersejarah ini seterusnya.

Kejutan di kala sebelum subuh

Acara Kejutan Dan Cake Cutting Sebelum Subuh | Sambutan Ulang Tahun Ke 57

Acara Kejutan Dan Cake Cutting Sebelum Subuh  | Sambutan Ulang Tahun Ke 57 | Untuk makluman semua, saya dengan kakak saya memang telah membuat perancangan awal untuk menyambut ulang tahun kelahiran Mak dengan bercuti-cuti bersama-sama. Walaupun percutian ini hanyalah di Pulau Pinang juga, dan ianya hanya melibatkan dua ketul anak Mak (saya dan kakak) serta 4 ketul cucu Opah (Boboboy seketul dan 3 ketul anak kakak saya), tetapi ianya memang bermakna bagi kami tau3. Iyerla percutian ini memang misinya adalah meluangkan masa dan bergosip anak beranak sahaja he3. 

Perancangan percutian ini memang Mak dah tahu, TETAPI perancangan KEJUTAN Mak tak tahu yer. Tak bestlah kalau sambutan hari lahir tanpa kejutan kan3. WAJIB ada elemen kejutan, barulah Happening kan3. Punya SEKSAAAA nak buat kejutan dekat Mak a.k.a Opah seketul niiiiiiii. Jenuh kami pusing 360 darjah punya nak cover supaya rahsia kejutan tak terbongkar. Dengan 'KEPOCHI' Opah dengan cucu-cucu cenonet yang tiga ketul tu memang mencabar betul perancangan kejutan ini tau3.

Baiklah, saya akan cerita dengan terperinci perancangan dan kejadian yang berlaku. Seperti yang telah saya maklumkan untuk sambutan hari lahir Opah, kami telah bercuti di Pulau Pinang. Kami memilih untuk menginap di The Gurney Resort Hotel & Residences. Kami bermalam 2 malam (check in 30 May 2017 & check out 1 Jun 2017). Hari lahir Opah eh ialah 1 Jun. Waktu kejadian kan pada bulan PUASA. Makanya pada hari kedua menginap iaitu 31 May tu kami anak beranak berbuka puasa di Manhattan Fish, Quensbay Mall. Dari sinilah bermulanya liku-liku untuk melaksakan perancangan kejutan.

Setelah selesai settle downkan Opah, my sis and budak kecil tiga ketul tu di restoran Manhattan Fish, saya bersama rakan subahat kesayangan saya a.k.a my eldest niece, buat-buat nak ke bilik air bersama-sama. Time ni laaaa si Boboboy seketul tu sibuk nak mengikut :p. Jenuh jugalah nak menepis dengan alasan macam-macam tidak mahu Boboboy seketul ikut. Akhirnya berjaya melepaskan diri, maka laju-laju kami berdua ke kedai kek dan membeli kek. Terus ke parking kereta dan sorokkan kek di dalam salah satu bag shopping. Pulang semula kedaratan #eh3 Manhattan Fish dan berlakon seperti tiada apa-apa. 

Selesai berbuka puasa, sambung semula berjalan-jalan di Quensbay mall dan akhirnya mula gerak balik ke hotel. Memang sedari awal saya dah pesan niece saya, bila saya berhentikan kereta (drop off) depan entrance hotel, my niece kena laju-laju ambil THE BAG yang ada kek. Tetapi malangnya, bila tiba masanya itu, si Opah eh yang laju-laju turun dan dok sibuk nak angkat bag-bag shopping. Jenuh la saya dan my sis dok jerit 'TAK PAYAH', biar ja semua bag tu. Tu pun degil jugak Opah tu hooiiii. Sibuk jugak nak belek-belek bag-bag shopping tu. Nasib baik by that time my niece dah ambil THE BAG with the cake :P. Selepas itu baru kami tukar dan beritahu baiklah sila angkat bag-bag hasil shopping yang lain. At that time boleh nampak la muka Opah eh TAK PUAS HATI :P. Kepochi ja seketul Opah ni tau3 he3. 

Selesai sesi itu, kami semua naik masuk ke bilik. Haaaaaaa, masa ini sekali lagi terselah kepochi Opah. Kami semua tengah sibuk salin baju dan menyiapkan diri anak-anak untuk mandi dan tidur. Boleh pula Opah ni sibuk dok belek-belek semua bag-bag shopping satu persatu. Nasib baiklah my niece (rakan subahat tadi tu) ternampak, terus dia menjerit. Melompat la saya, terus pergi dan buat-buat nak ambil the BAG with the cake, dan cakap bag ni barang saya. Sekali lagi muka Opah eh TAK PUAS HATI :P. Saya buat kering sajaaaaaaaaaaaaaa, he3.

Tidak selesai disitu yer. Haaaaaaaaaaa, perancangan seterusnya adalah untuk meniup BELON. My sis and my niece (rakan subahat), buat-buat nak mandi berdua. Sedangkan dua ketul anak beranak tu tengah gigih meniup belon-belon untuk kejutan di dalam bilik air. Haaaaaaaa, Ko mampuuuuuuu? Tiup belon dalam bilik air he3. Sekali lagi, hampir terkantoi. Tapinya kali ini, si Boboboy seketul yang kepochi. Untuk makluman anda bilik air di hotel ini ada see through glass yang ditutup dengan blind. Boleh pula la Boboboy seketul tu pergi mengendap dari glass screen tu kedalam bilik air dan ternampak belon-belon sedang menari-nari di dalam tub mandi. Terus dia menjerit "Opaaaaaaahhhhh, ada belon dalam bilik air". Aduuuuuuhhh, duuhhh, duuhhhh. Dahtu apa lagiiiiii, Opah eh dah tersengeh-sengeh. Yang tiga ketul sikecik tu dah riuh sibuk bersama-sama mengendap nak tengok belon di dalam tub mandi. BELON DI DALAM TUB MANDI. Haaaaaaaaa :p.

Masih tidak menyerah kalah, sekali lagi kami buat kering jaaaaa. Buat tak tahu. My niece and mys sis kelaur bilik air pun senyum-senyum kambing ja. Cuma cakap sibuk ja budak tiga ketul tu. Segala belok mereka sorok di dalam almari dalam bilik air. Terus kami ajak semua masuk TIDUR :p. Saya kunci jam awal, dan bangun dengan my sis and my niece. Kami siapkan segala kek dan belon. Terus kejut Mak bangun dan 'SURPRISEEEEEE'.................

The birthday cake untuk Mak a.k.a Opah

Kejutan sebelum subuh semasa sahur akhirnya BERJAYAAAAAAAAA

Pssstttt, walaupun Opah eh sebenarnya dah tahu akan ada kejutan, tetapi kita buat-buat sahaja terkejut yer :P. Haaaaa, sewaktu kejutan ini, budak kecil tiga ketul tu tak bangun yer. Sedap tidur kerana kepenatan. Makanya sambutan disambung lagi keesokkanya.......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Haaaaa, Opah eh dengan tiga ketul budak kecil
Inilah KEPOCHI2 itu :P

Akhir sekali, saya belanja video nyanyian Happy Birthday duet Opah dan cucu-cucunya



~~~ To Be Continued ~~~

1 comment: