The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Sambutan Ulang Tahun Ke 57 Mak a.k.a Opah
The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Sambutan Ulang Tahun Ke 57 Mak a.k.a Opah
The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Sambutan Ulang Tahun Ke 57 Mak a.k.a Opah | Assalammualaikum dan selamat pagi. Allahuakhbar, kebesaran Allah. Pulau Pinang dibasahi hujan lebat sejak dari semalam lagi. Pagi ini pelbagai kawasan sudah mula ditenggelami banjir. Ramai yang tersangkut di dalam jam akibat banjir. Apapun Alhamdulillah, saya telah selamat sampai ke pejabat seperti biasa. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa dan dihindari dari sebarang musibah. AMIN.
Baiklah, mari kita sambung dengan ceritera sebenar entry hari ini. Akhirnya berjaya juga saya mencoretkan kenangan sambutan ulangtahun kelahiran my Mak a.k.a Opah yang ke 57. So, entry ini adalah entry terakhir. Kali ini saya akan review hotel yang menjadi pilihan kami 7 beranak untuk bersama-sama sepanjang 3hari 2malam di Pulau Pinang.
The Gurney Resort Hotel & Residences
Gambar ihsan Google
The Room : Twin Studio Suite | The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang
The Room : Twin Studio Suite | The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Seperti biasa, tempahan saya survey dan buat secara online dan seperti biasa juga saya masih kekal dengan tempahan melalui laman web traveloka. Kami sekeluarga check in pada 30 Mei 2017 dan check out pada 1 jun 2017. Bilik yang menjadi pilihan saya adalah Twin Studio Suite.
Untuk makluman semua, harga yang saya bayar untuk penginapan 3H 2M di The Gurney Resort Hotel & Residences ini adalah RM320.30. Ini setelah ditolak dengan kupon voucher dari Traveloka yer. Memang berbaloi-baloi kan3. Tak percaya??? Jom kita layan ceritera pengalaamn kami tujuh beranak bermalam dua malam di The Gurney Resort Hotel & Residences dan anda sendiri buat pertimbangan sama ada ianya berbaloi atau pun tidak.
View dari pintu entrance, bahagian pantry (kanan) dan juga pintu masuk ke tandas (kiri)
Ruang rehat / ruang tamu
Ruang meja membaca serta katil (KING size bed)
Psssttt, bilik ini memang luuuaaassss. Sesuai untuk lebih dari 2 orang. Macam kami sekeluarga la, 3 dewasa, dan 4 kanak-kanak. Siap bawak segala toto dan bantal extra. Sofa tu pun boleh dijadikan tempat tido. Nak solat, nak bentang toto untuk tido, anak-anak nak berlari. Memang luas he3.
Ruang tidur
Pssstttt, haaaaaa nampak tak cermin see through dekat sebelah kati itu?? Itulah cermin yang boleh nampak terus ke ruang dalam tandas. Disinilah Boboboy seketul mengendap semasa misi 'surprise' Opah yang saya ceritakan di dalam entry INI. Cermin itu boleh ditutupi dengan blind sahaja yer. Tetapi blind tu pun jarang juga so masih boleh nampak hingga ke dalam :P he3. Nak tengok macam mana boleh see through dalam keluar itu???? Meh sini nak tunjuk.......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Haaaaaa, nampak tak??? :p he3
Meja kecil yang menempatkan TV
Pssttt, saya rasa macam tak sesuai pulak kedudukan meja TV ini. Dengan meja kecil dan berhampiran dengan pintu bilik air. Mungkin patut diubah sedikit perletakkannya kan3?
Ruang tandas yang luaaaaasssss
Pssstt, memang luas ok ruang tandas ini. Siap dengan wardrobe empat pintu tau3. Cumanya agak bahaya bagi kanak-kanak, kerana bila ruang itu sudah luas, sakan la diorang berlari-lari kan3. Memang tak boleh terlepas pandang tau kalau anda ada anak kecil.
Kolam Renang a.k.a The Swimming Pools | The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang
Kolam Renang a.k.a The Swimming Pools| The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Baiklah, dah tiba kepada topik yang ditunggu-tunguu. #eh3 ditunggu-tunggu kaaaaa??? :P Apakah?? KOLAM RENANG a.k.a SWIMMING POOL la kan3. Sebenarnya ini part yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak la kan3. Sudah semestinya he3. Jom layan ceritera kolam renang di The Gurney Resort Hotel & Residences
Ruang kemudahan di aras kolam renang The Gurney Resort Hotel & Residences
Pssstttt, sekali lagi memang luuuaaaaassss. Terdapat ruang rehat/menunggu dengan kemudahan bean bag dan rumput hijau tiruan itu. Terdapat ruang menunggu yang berkerusi dan meja seoalah-olah di tepian pantai. Terdapat ruang gym bersebelahan. Semuanya dengan konsep TERBUKA.
Ruang menunggu/rehat berpasir
Psssttt, kesemua ruang kemudahan di The Gurney Resort Hotel & Residences ini berkonsep terbuka tetapi COVERED a.k.a berbumbung yer. Jadinya tidak perlu risau jika hujan he3.
Kawasan kolam renang kanak-kanak
Psssstttt, memang luuuaaassssss kan3. dengan pelbagai tarikan (air terjun cendawan, slide dan juga ruang renang)
Memang seronok my sis dan juga the kids bersuka ria di kolam renang The Gurney Resort Hotel & Residences
Psssttt, setiap pagi memang WAJIB luangkan masa di kolam renang dahulu baru boleh keluar dan berjimba-jimba diluar hotel tau3 :P. Seperti anda maklum, kami bercuti disini sewaktu bulan puasa, tetapi memang tidak terasa kepanasan di ruang kolam renang ini, kerana ianya mempuntai lapisan pelindung diruang atas. Boleh rujuk gambar dibawah.
v
v
v
Kolam renang dewasa
K.A.M.I
Menikmati percutian dengan penuh TENANG :)
Menikmati percutian dengan penuh TENANG :)
Kemudahan Riadah Yang Pelbagai Di Bawah Satu Bumbung | The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang
Kemudahan Riadah Yang Pelbagai Di Bawah Satu Bumbung | The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Di aras yang sama dengan kolam renang The Gurney Resort Hotel & Residences, terdapat pelbagai kemudahan untuk pelanggan. Antaranya adalah gym, sauna, bilik mandi wap, ruang merokok, dan ruang riadah.
Area gym yang bersebelahan dengan sitting area area kolam renang
Boboboy seketul bergym dengan berbaju renang
Bilik sauna
Psssttt, bilik sauna ini agak luas. Kiranya boleh memuatkan sehingga 10-15 ddewasa. Sauna lelaki dan perempuan juga diasingkan
Kawasan bola tampar pantai
Psssttt, walaupun ianya bukan di tepi pantai, tetapi pihak hotel tetap menyediakan area berpasir untuk riadah bola tampar.
Area riadah keluarga
Kawasan merokok yang diasingkan
Bersebelahan dengan area merokok juga terdapat satu lagi kawasan riadah untuk bola sepak pantai tau3.
Lokasi Dan Maklumat Perhubungan| The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang
Lokasi Dan Maklumat Perhubungan| The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Secara keseluruhannya, kami sekeluarga memang berpuas hati sepanjang kami menginap di The Gurney Resort Hotel & Residences ini. Staff di kaunter pun efisien, yang mana urusan check in kami lancar. Staff di bahagian hadapan dan bilik juga mesra. Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan tepi pantai Gurney Drive serta terdapat pelbagai kemudahan restoran makanan. So, kalau anda ingin bercuti di Pulau Pinang bolehlah jadikan hotel ini sebagai satu pilihan untuk menginap.
The Gurney Resort Hotel & Residences
Alamat : 18, Gurney Dr
Georgetown, 10250, Penang
No. Tel : 604 370 7000
Laman Web : http://www.gurney-hotel.com.my/
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment