Mee Udang Portweld | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak
Mee Udang Portweld | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak
Mee Udang Portweld | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak | Assalammualaikum dan selamat petang. Hari ini saya akan berkongsi dengan para pembaca satu lokasi WAJIB untuk singgah jikalau anda berJJCM di Taiping, Perak. Umum mengetahui bahawa di Taiping ini terdapat port terbaik untuk menikmati MEE UDANG kan2. Dengan lebih terperinci lagi ialah di Kuala Sepetang, Taiping Perak.
Terdapat pelbagai pilihan gerai-gerai milik bumiputera yang mengusahakan perniagaan Mee Udang di Kuala Sepetang ini. Antara gerai yang terkenal dan menjadi sebutan para penggemar Mee Udang sudah semestinya, Mee Udang Mak Teh dan Mee Udang Mak Jah. Kedua-dua gerai ini telah saya kunjungi dan saya juga pernah up review tentang gerai Mee Udang Mak Jah. Makanya kali ini saya ingin mencuba sebuah lagi gerai yang menjadi buah mulut para penggemar Mee Udang Kuala Sepetang iaitu Mee Udang Portweld Salleh Stall.
Gerai Mee Udang Port Weld Salleh Stall
Salleh Stall (Since 1956) | Mee Udang Portweld
Salleh Stall (Since 1956) | Mee Udang Portweld | Sepertimana yang telah tertera pada papan tanda gerai ini, ianya telah mula beroperasi sedari dari tahun 1956. Peerrghh, mamang otai la maksudnya gerai Mee Udang Portweld Salleh Stall. Lagi satu kalau nak dibandingkan, gerai ini merupakan satu-satunya pengusaha lelaki. Iyerlah lagi dua gerai sepertimana yang saya sebutkan di atas merupakan dari pengusaha wanita. Baiklah tanpa membuang masa jom kita layan ceritera bergambar tentang gerai Mee Udang Portweld Salleh Stall.
Gerai Mee Udang Port Weld Salleh Stall
Pssttt, gerai ini betul-betul terletak di tepi jalan dengan papan tanda besar sepeti dalam gambar di atas. Makanya memang mudah untuk mengenalpasti lokasi gerai ini tau2.
Gerai asal Mee Udang Port Weld Salleh Stall
Psssttt, gerai asalnya adalah kecil sahaja. Disinilah merupakan dapur untuk penyediaan mee udang dan juga minuman. Terdapat juga beberapa kerusi meja untuk pelanggan menikmati hidangan.
Ini merupakan kawasan makan yang baru. Ianya dibina betul-betul bersebelahan dengan gerai asal Mee Udang Port Weld Salleh Stall. Kawasan tempat makan ini lebih luas dan selesa. Untuk makluman anda semua, ianya akan PENUH di waktu puncak yer. Memang PENUH he3. So maksudnya memang ramai yang suka dengan Mee Udang Port Weld Salleh Stall ini.
Menu Pilihan Hati | Mee Udang Portweld
Menu Pilihan Hati | Mee Udang Portweld | Dah pun nama gerai mee udang, sah-sahlah menu utamanya ialah MEE UDANG kan3. Tetapi terdapat juga menu lain. Antaranya ialah cucur udang. Apapun, jom layan menu pilihan hati saya pada hari kejadian.
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa
Mee Udang Special dari Gerai Mee Udang Port Weld Salleh Stall
Psssttttt, Suci dari hati perut saya, this is the BEST Mee Udang kalau saya nak bandingkan dengan ketiga-tiga gerai mee udang Kuala Sepetang yang saya pernah cuba. Memang SEDAP. Kuahnya PEKAT, MANIS dan isinya meriah. Sepinggan ini memang boleh makan berdua tau3. Harga memang MURAH dan berbaloi.
Tokua goreng
Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Mee Udang Portweld
Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Mee Udang Portweld | Macam mana?? Terliur tak??? Kalau anda tak terliur, tidak mengapa, tapiiiiiiiii ni saya yang sendiri terliur apa cerita????? sob3. Memang nak kena plan lagi sekali la JJCM di Mee Udang Port Weld Salleh Stall he3. Apapun, bagi sesiapa yang teringin hendak mencuba seperti saya, anda boleh rujuk maklumat seperti dibawah. Diharap dapat membantu anda didalam mencari lokasi kejadian mee udang Kuala Sepetang he3 :P.
Mee Udang Portweld Salleh Stall
Alamat :
Jalan Trump, Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
No. Tel :
012-571 9372
Sebagai penutup, saya belanja gambar zoom in isi udang yang segar dan manis di dalam mee udang dari gerai Mee Udang Port Weld Salleh Stall
~~~ The End ~~~
Uiiii sedapnya mi udang. Kat batu pahat pun ada satu tempat ni mi udang dia sedap. Emi pernH buat entry pasal tu.
ReplyDeleteHari tu makan situ kuahnya cair je.. salah oder ke atau tukang masak lain. ini kedai yg sama kan bleh nampak burung helang besau dari situ.
ReplyDeleteSaya selalu ke gear Mak teh.
ReplyDeleteBoleh kot ajak isteri dan anak-anak singgah sini pula lain kali.