Resipi D'Dapur Ayam Grill 10 Minit | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa
Resipi D'Dapur Ayam Grill 10 Minit | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa
Resipi D'Dapur Ayam Grill 10 Minit | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa | Assalammualaikum dan selamat hujung minggu semua. Allahuakhbar, semalam seharian bumi Pulau Pinang dilanda hujan lebat. Pengakhirannya Pulau Pinang diuji dengan banjir kilat hampir dikebanyakkan tempat yang mengakibatkan kekalutan. Ramai penduduk yang terperangkap di jalan raya serta di rumah akibat tidak dapat keluar dan terperangkap dengan jalan raya yang ditutup akibat banjir. Ini diburukkan lagi dengan keadaan laut pasang sebenarnya. Sama-samalah kita berdoa agar semoga penduduk Pulau Pinang yang terjejas dilindungi dan diringankan ujian musibah ini AMIN.
Saya memang duduk dan bekerja di Pulau Pinang. Cumanya saya bekerja di dalam kawasan pulau, tetapi menetap di tanah besar Pulau Pinang iaitu Bertam. Kawasan yang terjejas teruk adalah di sekitar dalam pulau Pulau Pinang. Saya terkesan sewaktu hendak pergi dan balik dari kerja sahaja. Alhamdulillah di kawasan rumah saya tidak terjejas. Cumanya, oleh kerana saya dan suami berulang alik dengan bermotosikal, makanya kami suami isteri bermandi hujan pergi dan balik la kan3. Sewaktu pergi tu kurang sikit basahnya, sewaktu balik yang memang basah kuyup he3.
#eh3 terpanjang pulak bebelan di kala hujan saya :p. Entry ini sebenarnya saya nak kongsi dengan pembaca satu lagi resipi dari periuk ajaib Noxxa saya. Kali ini resipinya adalah Ayam Grill a.k.a Ayam Panggang 10 minit Periuk Ajaib Noxxa.
Ayam Grill 10 Minit Periuk Ajaib Noxxa
Bahan-bahan dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur Ayam Grill 10 Minit
Bahan-bahan dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur Ayam Grill 10 Minit | Ayam grill ni memang kesukaan kami sekeluarga. Paling best kalau dapat ayam yang bersaiz kecil (muda). Lebih enak rasa isi ayam tu jika nak dibandingkan dengan ayam yang bersaiz besar tau3. Jom layan ceritera bergambar resipi D'Dapur Ayam Grill 10 Minit Periuk Ajaib Noxxa di bawah ini.
Bahan-bahan Ayam Grill 10 Minit Periuk Ajaib Noxxa:
~ Seekor ayam (saiz sederhana atau kecil)
~ Ubi kentang - 3-4 biji (dibuang kulit dan dipotong dadu)
~ Bawang besar - 2-3 biji (dipotong dadu)
~ Sos tiram (disapu rata pada permukaan luar dan dalam ayam secukupnya)
~ Serbuk aregano dan rosemary (disapu pada permukaan ayam)
Kaedah penyediaan Ayam Grill 10 Minit Periuk Ajaib Noxxa:
~ Perapkan ayam dengan sos tiram, serbuk aregano dan rosemary secukupnya (lebih kurang 20-30minit)
~ Perapkan ubi kentang dengan sedikit garam, serbuk aregano dan rosemary secukupnya
~ Susunkan ayam ditengah periuk Noxxa
~ Susunkan ubi kentang dan bawang di keliling ayam (rujuk gambar di bawah)
v
v
v
v
v
v
v
~Setkan cooking mode secara steam selama 10minit dan biarkan ayam masak didalam periuk Noxxa
~ Setelah siap, buka penutup periuk Noxxa
~ Setkan cooking mode secara stir fried
v
v
v
v
v
v
v
~ Teruskan strir fried ayam sehingga garing dan offkan periuk Noxxa
~ Ayam Grill 10 Minit Periuk Ajaib Noxxa sedia untuk dihidangkaaaannnnn
v
v
v
v
v
v
v
v
Taaaaadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment