Urban Food Hall, Gurney Paragon Mall, Penang | Sambutan Ulang Tahun Ke 57 Mak a.k.a Opah

10:00:00 AM

Urban Food Hall, Gurney Paragon Mall, Penang | Sambutan Ulang Tahun Ke 57 Mak a.k.a Opah

Urban Food Hall, Gurney Paragon Mall, Penang | Sambutan Ulang Tahun Ke 57 Mak a.k.a Opah

Urban Food Hall, Gurney Paragon Mall, Penang | Sambutan Ulang Tahun Ke 57 Mak a.k.a Opah | Assalammualaikum dan selamat pagi. Kalau anda semua datang ke Penang, sebuah lagi pilihan tempat untuk membeli-bleah adalah di Gurney Paragon Mall. Selain dari membeli-belah, terdapat juga pelbagai pilihan tempat makan. Antaranya adalah Urban Food Hall. Kami sekeluarga sempat mencuba berbuka puasa di Urban Food Hall semasa sambutan hari lahir my Mak a.k.a Opah (sambungan dari ceritera di SINI). 

Sebenarnya, konsep di Urban Food Hall adalah menggabungkan 5 jenama makanan atau restoran di bawah satu bumbung. Jenama restoran yang terlibat adalah Johnny Rockets, Quiznos Cafe, The South East, The Library Coffee Bar, dan Ichiban. Untuk makluman, pembekal yang digunakan adalah yang mempunyai Sijil Halal dari JAKIM. Kami memilih untuk mencuba Johnny Rockets, Quiznos Cafe dan juga The Library Coffee Bar. Jom layan ceritera selanjutnya.

Urban Food Hall, Gurney Paragon Mall, Penang

Johnny Rockets | Urban Food Hall, Gurney Paragon Mall, Penang

Johnny Rockets | Urban Food Hall, Gurney Paragon Mall, Penang | Saya ni sudah lama teringin untuk mencuba burger dari Johnny Rockets. Asyik tengok rakan-rakan foodblogger dari KL yang up gambar dan ceritera bersantap di Johnny Rockets. Almaklumlah, di Penang masa itu tidak ada Johhny Rockets kan3. Makanya bila sudah ada, WAJIB cuba la kan3. Jom tengok menu apa yang menjadi pilihan kami untuk juadah berbuka puasa pada hari kejadian :).

Bacon Cheddar Double
(smoked beef bacon, wisconsin cheddar cheese, leaf lettuce, onion, special sauce and serve with fries and salads)

Pssstttt, memang BEST burger ini tau2. Harganya saya tak berapa ingat (rasanya +-RM30.00). Beef patty dia memang juicy dan terasa betul orginal taste daging lembu yang fresh. Memang sesuai sangat dengan rasa sos dan cheese. Kami kongsi bersama-sama tau burger ni (7ketul manusia). Pakat gigit sorang sikit, tapi memang puas sebab BESAR.

 Kids Meal : Mini Burger dan Chicken Tenders

Psssttt, haaaaaa, menu ini yang agak menyedihkan. Dari view gambar di atas pun anda boleh lihat sendiri kan3. Bagi saya secara personal, memang tidak berpuas hati dengan kids meal ini. Walaupun secara dasarnya rasa hidangan OK, tetapi appearance sungguh menyedihakn. Saya pun dah lupa sebenarnya sama ada meal ini FREE atau di caj dengan harga yang murah. Tetapi walaupun ianya percuma (seperti di TGi atau Chillis) tidak sepatutnya rupanya begini kan3 :P.

Quiznos Cafe | Urban Food Hall, Gurney Paragon Mall, Penang

Quiznos Cafes | Urban Food Hall, Gurney Paragon Mall, Penang | Bila kami go through Urban Food Hall menu, kami terjatuh hati dengan segala sub sandwiches dan pizza dari Quiznos Cafe. Memang menarik semuanya tau3. Pada awalnya kami memilih untuk order pizza dan sub sandwich, tetapi malangnya pada hari kejadian TIDAK ADA pizza, sob3. Memang terkilan sangat-sangat tau. Apapun kami membuat keputusan untuk mencuba sub sandwich dan salads.

 Menu pilihan di Quiznos Cafe, Urban Food Hall, Gurney Paragon Mall, Penang

Dua jenis sub sandwiches

Pssttt, jangan ditanya apa nama sub ini sebab sekali lagi saya telah lupa :P. Tetapi memang BEST rasanya. SEDAP3. Kami sekeluarga suka sangat-sangat rasanya. 

Salads pilihan Opah eh

Psssttt, yang ini pun BEST dan SEDAP di tekak kami sekeluarga

The Library Coffee Bar | Urban Food Hall, Gurney Paragon Mall, Penang

The Library Coffee Bar | Urban Food Hall, Gurney Paragon Mall, Penang | Sebenarnya untuk air, dalam set sub sanwhiches tu dah ada sekali air ice lemon tea. Tetapi Opah dengan my sis nak mencuba coffee dari The Library Coffee Bar.

The choosen coffee and ice blended dari The Library Coffee Bar

Pssttt, seperti biasa akibat short term memory saya ini, saya sudah lupa nama dan harga dua ketul minuman di atas ini :P. Tetapi rasanya memang BEEESSSTTTT he3. Wangi coffee tu memang semerbak la kan3. 



~~~ To Be Continued ~~~

You Might Also Like

0 comments

Blog Dekat di Hati