'Sajian Aneka Rasa' Di Eastin Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2019 Di Penang

9:37:00 AM

'Sajian Aneka Rasa' Di Eastin Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2019 Di Penang

'Sajian Aneka Rasa' Di Eastin Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2019 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Sebagai kesinambungan kepada fasa review 'Best Ramdhan Buffet Dinner 2019 di Penang', untuk kali ini saya akan berkongsi tawaran beraneka rasa yang disediakan oleh Eastin Hotel Penang. 

Ramadhan Buffet Dinner 2019 di Eastin Hotel Penang
'Sajian Aneka Rasa'

Kepelbagain Hidangan Tempatan dan Antarabangsa | 'Sajian Aneka Rasa' Di Eastin Hotel Penang

Kepelbagaian Hidangan Tempatan dan Antarabangsa | 'Sajian Aneka Rasa' Di Eastin Hotel Penang | Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi, sekali lagi Eastin Hotel Penang menjanjikan kepelbagaian tawaran juadah tempatan dan antarabangsa untuk para pengunjung yang ingin menikmati hidangan Iftar bersama keluarga dan sahabat handai. 

Pasukan kulinari Eastin Hotel Penang telah membariskan pelbagai menu yang akan menggamit memori dan selera setiap mata yang memandang. Menggabungkan tema utama yang bercirikan masakan tempatan Melayu serta diserikan dengan hidangan antarabangsa, sudah pastinya menjanjikan kenunikan bagi para pengunjung. Untuk perincian terperinci tawaran ini, sila teruskan membaca entry ini seterusnya.



Antara barisan buffet yang ditawarkan di Eastin Hotel Penang


PEMBUKA SELERA

Aneka ulam-ulaman

Pelbagai jenis sambal (sambal mangga, sambal belacan, sambal kicap, cencaluk, budu)

Psssstttt, cencaluk itu memang menepati selera saya. Sudah agak lama tidak menikmati cencaluk, sekali pekena memang meleleh he3.

Kaunter salad

Pelbagai pilihan buah-buahan serta jeruk


ANEKA KERABU


Kerabu mangga

Kerabu kaki ayam

Kerabu kerang

Kerabu perut


SUP

Seafood Szechuan hot and sour soup

Sup gearbox

Psstt, sup gearbox di Eastin Hotel memang cair slurp, slurp di dalam mulut. Anda boleh melihat sendiri lelemak yang berenang-renang didalam sup itu. Jikalau saya tidak perlu memandu sendiri untuk pulang pada malam kejadian, sudah pastinya bermangkuk-mangkuk saya bedal he3. WAJIB cuba menu ini tau3.


BUBUR LAMBUK



HIDANGAN CITARASA

Stir fried vegetables with mushroom

Udang masak telur masin

Pssstttt, seeeedaaaaappppppnyaaa lahaaaaiii. Hanya dengan menatapi gambar di atas, saya sudah seolah-olah boleh menghidu haruman dan merasai semula keenakan masakan ini. Sememangnya memang kena sungguh dengan anak tekak saya. Manis asli udang yang segar, rasa lemak telur masin, haruman memikat selera dari aroma daun kari. Rasa kuahnya walaupun kering (pekat melekat), tetapi ianya menyerap masuk sehingga kedalam isi udang tau2. Aalaaaaaaa, sedaaaaappp laaaaaa haaiii. WAJIB, sungguh WAJIB anda pulun sungguh-sungguh menu ini tau3.

Pajeri nenas

Kari telur ikan

Psssttt, menu ini juga WAJIB untuk anda cuba. Walaupun saya bukanlah pemakan telur ikan, tetapi pabila melihat menu ini ianya seakan-akan memanggil dan saya juga boleh menghabiskan seketul telur ikan itu. Haaaaaa, satu pencapaian he3. Sememang tiada bau dan rasa hanyir. Telur ikan ini segar serta sudah semestinya menu masakan berempah (kari) amatlah sesuai. Menu ini sebenarnya merupakan keSUKAan suami seketul saya tau3. Malangnya untuk tahun ini Mr Hubby tidak dapat sertai untuk review di Eastin Hotel. Apabila Mr hubby melihat video live di FB saya pada malam kejadian, terus beliau call dan cakap ''eehhhhh, nampak sedap sungguh telur ikan tu''. So WAJIB cuba juga tau menu ini.

Cili ketam ala Singapura

Ikan sumbat air asam thai

Kam heong mussels

Sotong kembang masak cili kering

Rendang daging

Ayam percik

Roasted chicken with mushroom sauce

Pssssttt, ini merupakan menu kesukaan Boboboy tau2. Boboboy cukup menggemari kuah mushroom itu tau3. WAJIB cuba.

Nasi minyak puspawangi

Haaaaaa, nampak tak bukti keterujaan anak seketul itu dengan nasi minyak puspawangi??? he3
Memang tak henti-henti berzikir sehingga dia dapat ngap nasi itu tau3:P
WAJIB cuba

Nasi putih


GERAI AKSI

Sate ayam dan daging berserta nasi impit, timun dan bawang potong

Mee rebus (Chef Syukri signature dish)

Pssttt, saya tidak sempat mencuba menu ini, sob. Nak sangat2 cuba pada malam kejadian, tapinya 'fully loaded'. Saya siap tunggu sementara untuk ruang usus perut saya longgar semula he3. Tapiiiiiiiiiii, tetap tidak berkesempatan. Penyudahnya sehingga sekarang rasa mengidam nak merasa sob3. Makanya, anda WAJIB cuba tau kalau berkunjung ke Eastin Hotel tau3.

Roasted leg lamb with rosemary and black-pepper sauce.

Gulai kawah kambing kasturi madu (Chef Azni signature dish)

Pssstttt, bagi peminat tegar kambing seperti saya, sudah pastinya menu ini menu WAJIB kan3. Tidak disangkal lagi memang umphhhhh.

Ais kacang & cendol


JEMPUT-JEMPUT CORNER

Keropok lekor, cucur jagung, cucur bawang, dan cekodok pisang


PENCUCI MULUT

Aneka pilihan kek (kek pisang, marble cheese cake, kek pandan, carrot cake, chocolate cake, dll)

Pssstttt, WAJIB makan berulang-ulang kek pandan itu. Ya ampuuuuunnnn, sedaaaaappnyaaaa la haaiii. Hilang segala rasa 'full' dan mual dek kekenyangan tau3. Sambil menaip sambil terbau-bau haruman pandan itu tau3. Wangiiiii dan sedaaaappppp, betul2 sedap. Memang satu ciri UNIK yang terbaik ditampilkan oleh team kulinari Eastin Hotel Penang. Sememangnya WAJIB cuba.

Citrus creme brulee

Blueberry cheese tart

Aneka seleksi kuih muih tempatan

Bubur kacang merah


MINUMAN SEJUK & PANAS

Pilihan teh tarik, coffee dan minuman sejuk (bandung dan jagung) serta kaunter aiskrim

Pssssstttt, teh tarik Eastin Hotel Penang memang TERBAIK. Pada malam kejadian, 3 mug teh tarik saya bedal tau3. Betul2 kaw. WAJIB cuba.


Barisan team kulinari dan F&B Eastin Hotel Penang


Gambar puan blog bersama anak seketul


Tadaaaaaaaaaaaaaa....
Antara seleksi makanan pilihan pada malam kejadian
Ini adalah merupakan antara yang sempat disnap ya, ada juga yang tidak sempat disnap terus dingap kekdahnya he3


Sudah semestinya gambar wajib setiap review saya
v
v
Boboboy ín action'. Kusyuk menikmati hidangan Ramadhan Buffet Dinner di Eastin Hotel Penang


Maklumat Buffet dan Lokasi | 'Bazaar Ramadhan, Authentic Malay and Arabic Cuisine' Di Lexis Suites Penang


Maklumat Buffet dan Lokasi | 'Bazaar Ramadhan, Authentic Malay and Arabic Cuisine' Di Lexis Suites Penang | Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan Iftar yang penuh keriangan bersama keluarga tersayang serta sahabat handai di Eastin Hotel Penang. Untuk maklumat lanjut tawaran yang ada, sila rujuk perincian dibawah, semoga bermanfaat.


Ramadhan Buffet Dinner di Eastin Hotel Penang
"Sajian Aneka Rasa"

Tarikh
7 May 2019 - 4 Jun 2019

Masa
7.00 pm - 10.30pm

Lokasi
Swez Brasserie

Harga
RM120 nett/dewasa, RM70.00 nett/warga emas & 50% diskaun/kanak-kanak

Promosi 'early bird'
RM100.00/dewasa

Laman sesawang

Facebook

Instagram



~~~ The End ~~~

You Might Also Like

1 comments

Blog Dekat di Hati