Tuesday, April 23, 2019

Ramadhan Buffet Dinner Di Hotel Royal Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2019 Di Penang

Ramadhan Buffet Dinner Di Hotel Royal Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2019 Di Penang

Ramadhan Buffet Dinner Di Hotel Royal Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2019 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang para pembaca kesayangan hamba. Terima kasih kerana masih setia menjenguk blog picisan saya ini. Fasa review 'Best Ramadhan Buffet Dinner 2019 di Penang' untuk kali ini diteruskan dengan tawaran dari Hotel Royal Penang. 


Di malam media review Ramadhan Buffet Dinner di Hotel Royal Penang

Keunikan Hidangan Bercirikan Masakan Tradisi Melayu | Ramadhan Buffet Dinner Di Hotel Royal Penang

Keunikan  Hidangan Bercirikan Masakan Tradisi Melayu | Ramadhan Buffet Dinner Di Hotel Royal Penang | Sudah semestinya bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi, Hotel Royal Penang turut sama tidak melepaskan peluang untuk menawarkan Ramadhan Buffet Dinner kepada para pengunjung. 

Diketuai oleh Chef Rozairy dan pasukan kulinarinya, Hotel Royal Penang menampilkan tema yang mengetengahkan keunikan tradisi hidangan asli Melayu. Untuk makluman, menu-menu yang dihidangkan sepanjang Ramadhan adalah 'rotation menu', yang mana ianya akan berubah-ubah serba sedikit dari yang saya kongsikan di dalam entry ini.

Tanpa melengahkan masa, marilah bersama-sama menikmati ceritera bergambar sempena malam media review di Hotel Royal Penang.

Antara barisan buffet di Hotel Royal Penang


PEMBUKA SELERA

Aneka keropok & papadom

Rojak buah-buahan

Aneka jenis kerabu

Ulam-ulaman traditional berserta pelbagai jensi sambal

Telur dan ikan masin

Gado-gado

Pulut, lemang, nasi impit berserta kerutup daging

Acar limau

Begedil

Nasi ulam

Buah-buahan

Pssstt, akan terdapat juga menu rotation hari berbeza yang lain seperti taukua sumbat, pasembur serta aneka jeruk.


HIDANGAN UTAMA


Sambal udang petai

Ekor lembu masak merah

Kari ikan senangin dengan bendi

Sotong goreng kunyit

Terung masak lada

Rendang ayam

Sayur kacang buncis dengan telur

Bihun goreng merah

Pssstt, akan terdapat juga menu rotation hari berbeza yang lain seperti ayam goreng, udang masak lemak belimbing buluh, ikan masak sambal, gulai perut lembu, kangkung belacan, kari udang, ikan masak tiga rasa, lala masak lada hitam, sayur campur,daging masak hitam, ayam percik, kari ikan masin, ayam kapitan, udang masak madu, kurma kambing, sambal sotong, gulai pisang ikan bilis, sayur peria serta ikan masak lemak.


GERAI AKSI

Kambing golek berserta sos lada hitam

Psssstttt, yaaaaa ammpppuuunnnn. Berjus dan maniiiiiisssss sungguh rasa isi kambing yang dipanggang serta digrill sekali lagi sebelum dihidang bersama sos lada hitam itu tau3. Untuk makluman anda, saya bersama adik2 blogger tersayam siap membuat 'test' tahap ke'chewy'an dan kejusan daging kambing itu tau. Ditenyeh-tenyeh dengan garpu, melantun-lantun dan meleleh2 jus dari isi dagingnya tau3. Bila dicelup kedalam lautan sos lada hitam yang pekat melikat, menyaluti penuh daging itu, memang serasi rasanya pabila memenuhi rongga mulut, tekak dan usus, he3. Hoooveerrr sangat ayat iols kan3. Tapi memang betul tau3, WAJIB cuba menu ini. Dah cuba kena ulang berkali-kali supaya kurang termimpi-mimpi tau3.

Sate ayam, kuah kacang serta hirisan nasi impit, bawang dan timun

Roti paratha berserta kuah dhal

Nasi briyani berserta dhalca kambing

Psssstttt, haaaa nindia saketul lagi signature dish dari air tangan Chef. WAJIB cuba. Boboboy seketul tu siap dua pinggan, nak tambah pinggan ketiga tapi ku tahan jugaaaaaaaaa hoooiii. Nasi briyani ini penuh dengan rasa rempah briyani yang original, so agak pedas bagi lidah anak seketul itu. Tetapi, dalam dok menahan kepedasan, dengan bersulam air, Boboboy tetap teruskan suapan demi suapan dan siap merajuk bila Ibu tak bagi kebenaran untuk tambah kali ketiga. Bukannya apa, takut makan terlampau banyak karang overloaded kan3. Ikut sedap tekak dan perut karang, sampai sengkak perut tak boleh bangun he3.

Mee kari

Psssstttt, kalau kegilaan Boboboy adalah nasi briyani, kegilaan Ibu eh dimalam kejadian adalah Mee Kari. WAJIB weeeeiiii, memang WAJIB makan bermangkuk-mangkuk. Ikutkan Ibu eh memang Ibu eh nak hirup bermangkuk-mangkuk kuah mee kari itu tau3. TERBAIK la hasil dari air tangan Chef Rozairy

Bubur lambuk

Psssttt, sekali lagi WAJIB cuba. Walaupun permulaannya kami dipaksa rela oleh Chef Rozairy untuk merasai juga sesudu dua bubur lambuk ini, tetaaapiiiii, bila dah rasa tak boleh berhenti, he3. Tak tahu nak terang macam mana keunikan rasa asli bubur lambuk hasil air tangan Chef ni tau3. Sambil hirup, sambil dok membayangkan apakah bahan yang unik yang melahirkan rasa itu. Seolah-olah, sesuatu yang disangai. Saya 'syak' udang kering. Tapi misteri nusantara ini tidak dapat dirungkai walaupun titisan akhir bubur lambuk didalam mangkuk, he3. Makanya 'TO BE CONTINUED'.

Ikan dan daging bakar berserta air asam dan sambal kicap

Aiskrim

Pssstt, akan terdapat juga menu rotation hari berbeza yang lain seperti sup ayam, mee bakso, nasi hujan panas, kambing vindalo, roti john, sup kambing, mee jawa, nasi minyak, kari kambing, kebab ayam, soto ayam, mee udang, nasi arab, kambing stew, bihun sup utara, nasi tomato, daging masak cabai, laksa, nasi kabsah, serta murtabak


PENCUCI MULUT

Pelbagai jenis kek, brownies dan juga creme brulee

Aneka kuih muih tradisi Melayu

Bubur kacang

Pssstt, akan terdapat juga menu rotation hari berbeza yang lain seperti pengat pisang, pulut hitam, bubur cha cha, bubur kacang merah, serta bubur jagung

Minuman panas dan sejuk

Nindiaaaaaaaaaa
Chef yang bertanggungjawab a.k.a Chef Rozairy bersama pasukan pom-pom girls kulinarinya

Nindiaaaaa barisan bertingkek-tingkek pinggan dan mangkuk kami anak beranak dimalam kejadian
Antara kesemuaaaaaa diatas, yang menjadi TOP TOP MELETOP di hati kami adalaaaaaahhhh......
v
v
v
v
v



Mee kari, Kambing golek berserta sos lada hitam serta sambal udang petai
Eh3, Nasi Briyani pun samaaaa taaaauuu
Pujaan hati kanda si Boboboy seketul hooiiiii nasi itu :P

Maklumat Buffer Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Hotel Royal Penang

Maklumat Buffer Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Hotel Royal Penang | Dengan ini saya berharap anda juga dapat merasai keunikan berbuka puasa bersama yang tersayang. Selain itu pihak The Hotel Royal Penang turut menawarkan bufet makan tengah hari dan di Hari Lebaran, so nantikan upadate terkini di blog saya ini yaaaaaa.



Dengan itu jangan tunggu lagi, segeralah menempah untuk menikmati Ramadhan Buffet Dinner di Hotel Royal Penang. Maklumat perincian buffet dan harga adalah seperti di bawah.


Ramadhan Bufet Dinner di Royal Hotel 
Penang 
9 May - 2 Jun 2019
7.00pm - 9.30pm

RM78nett (Adult), RM48nett (Child), RM58nett (Senior Citizen)



Lokasi
Royal Hotel Penang

Contact
04-2267888


Laman sesawang

Facebook

Instagram






~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment