'Sajian Nostalgia' Di Royale Chulan Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2019 Di Penang
'Sajian Nostalgia' Di Royale Chulan Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2019 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Mari, mari, marriiiiiiiiiiii. Mari kita sambung lagi review Best Ramadhan Buffet Dinner 2019 di Penang. Di kali ini, jom kita bersama-sama melayari seleksi tawaran yang disediakan oleh Royale Chulan Penang.
Puan blog bersama Boboboy di Royale Chulan Penang di malam media review 'Sajian Nostalgia Ramadhan Buffet'
Menginspirasikan Rasa Nostalgik Hidangan Melayu Asli | 'Sajian Nostalgia' Di Royale Chulan Penang
Menginspirasikan Rasa Nostalgik Hidangan Melayu Asli | 'Sajian Nostalgia' Di Royale Chulan Penang | Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi, Royale Chulan Penang turut sama seperti tahun-tahun sebelum ini menawarkan pilihan buffet Ramadhan untuk para pengunjungnya. Menjanjikan pelbagai juadah tempatan yang diinspirasikan dari hidangan rasa nostalgik Melayu asli. Sudah semestinya ianya akan dapat menambat hati serta selera pengunjungnya.
Tanpa membuang masa lagi marilah melayari keunikan rasa nostalgik tersebut dengan membaca entry seterusnya ini, hasil nukilan ikhlas dari hati saya, gitew, he3.
Tanpa membuang masa lagi marilah melayari keunikan rasa nostalgik tersebut dengan membaca entry seterusnya ini, hasil nukilan ikhlas dari hati saya, gitew, he3.
Antara barisan buffet di Royale Chulan Penang di malam 'Sajian Nostalgia Bufet Ramadhan'
PEMBUKA SELERA
Rojak buah
Ulam-ulaman kampung, pelbagai jenis sambal dan masin-masinan (ada kaaaa?? :P he3) ikan masin dan telur masin
Psssttttt, weeiiii ada buah keduak weeeiii. Lama iols xjumpa tau2. Ada yang panggil kerda. Tapi badan 2nd hand mcm iols ni takuit la nak mkn, angiiinnnnnnn. SO kita ambil bau saja, he3. Keduak ka, petai ka, cicah dengan sambal tempoyak ka, sambal hijau ka, perrrghhhhhh, dijamin meleleh weeiiiiiii. Alamaaakkk, dah teringin la pulaa, sob3.
Anek kerabu
Pasembur
Aneka jenis jeruk buah
Pembuka selera bertemakan Japanese style pun adaaaaaa
Sushiiiiiiiiii
Psssttt, Boboboy tu punya sakan pulun sushi tau3. Tuuuuuu pujaaan hati sudah pastinya TOBIKO SUSHI. Seedaaaapppp, ya ampun. WAJIB cuba.
Assorted seafoods on ice
HIDANGAN UTAMA
Stir fry mixed vegetables
Gulai daging batang pisang
Psstttt, kalau arwah Opah eh ada, ni kesukaan Opah eh tau3. Sob3, Al-Fatihah mak, Norsiah Binti Dahanan
Sweet & Sour Prawn
Kepah masak cili padi
Ketam gulai borneo
Spaghetti sambal sotong
Ayam masak merah madu
Rendang Tok
Asam pedas ikan sembilang
Telur itik masak lemak cili padi
Psssttt, sekali lagi merupakan menu kesukaan arwah Opah eh. Memang sedaaaapppppppp. WAJIB cuba
GERAI AKSI
Bread butter pudding
Sago pengat pisang
WAJIB setiap tahun bila berkunjung ke Royale Chulan Penang, untuk menikmati pengat pisang eh tau3. WAJIB, sekali lagi WAJIB. Thumbs up. Cukup lemak, cukup manis, cukup bahan2. Serba satu la cukup he3.
Bubur lambuk
Apom balik
Hokkien prawn mee
ABC
Aiskrim Nestle
Murtabak ayam berserta kuah kari dhal, kari ayam dan bawang jeruk
Pasta (penne, macaroni, spaghetti, fettuccine)
The chef in action gitewwwww & hasilnya
v
v
v
v
Tadaaaaaaa
Seafoods marinara
Char koe teow
Cucur harimau menangis bersama dengan kari daging
v
v
v
Nindiaaaaaaa, hirisan cucur harimau menangis itewwww
Pssstttt, weeiii sedap weeiii. Sedaaaapppp, sangat sedap ditekak ku ini tau3. Memang menangis dikala gigitan pertamaku dek kerana kesedapannya itu tau3. Cucur ni macam pastry puff yang didalamnya ada hirisan daging yang lembut dan berjus. Saya suka pabila dimakan bersama kari daging. Diluar daging, didalam daging, ditengah-tengah puff , peerrgghhhhh. Feel dia tu kaaaaannn. WAJIB, memang WAJIB anda cuba.
Pelbagai barisan nasi tumis
Nasi tomato
Nasi dhal
Nasi hujan panas
Nasi beriani
Psssstttt, sudah semestinya kaunter pujaan hati Boboby seketul kan3. Boboboy dan nasi tumis berpisah tiada gitew, baru la orang Penang kan3, he3.
Kambing panggang dengan sos blackpeper
Sate ayam dan daging berserta kuah kacang, nasi impit, hirisan timun dan bawang semestinya
Sup tulang rawan
Pssstttt, saya menyukai sup ini taaauuu. Kan sudah beberapa kali asyik menikmati sup gearbox, so ianya sangat berlemak dan berminyak. Makanya kali ini bertemu dengan sup tulang rawan, rasa supnya lebih dinikmati. Dihirup sluurrppp,slurrppp, gitew. WAJIB cuba
Sotong goreng berempah
Ikan bakar
PENCUCI MULUT
Aneka pastri dan kek
Aneka jenis jelly dan pudding
Aneka jenis kuih muih Melayu asli
Dan yang menjadi pujaan hati saya setiap tahun adalah
v
v
v
Sago gula Melaka
Pssstttt, memang WAJIB tiap-tiap tahun untuk saya menikmati hidangan ini. Sukaaaaaaaa he3.
MINUMAN
Minuman sejuk dan panas
Seperti biasa, antara seleksi pilihan hati dua beranak di malam kejadian
Psssstttttt, antara kesemua diatas, yang menjadi TOP TOP MELETOPS di hati nurani iols dengan Bobobay adalah tobiko sushi, cucur harimau menangis, nasi tomato, sago pengat pisang, dan sotong goreng berempah. Peerrrrrghhhh, teringin balik ni weeeeeiii he3
Nindiaaaaa Boboboy seketul dok pulun sushi eh
Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang
Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Di bawah ini saya kongsikan bersama untuk rujukan para pembaca yang telah berminat dan akan berminat untuk turut serta merasai buffet Ramadhan di Royale Chulan Penang.
Tema
Sajian Nostalgia Bufet Ramadhan
Tarikh
7 May 2019 - 3 Jun 2019
Masa
7.00pm - 10.00pm
Lokasi
Sri Tanjung Cafe,
Royale Chulan Penang
Harga
RM90 nett/dewasa, RM50.00 nett/warga emas & kanak-kanak
Promosi 'early bird'
RM72 nett/dewasa, RM40.00 nett/warga emas & kanak-kanak
(belian voucer dari 15 Mac - 30 April 2019)
Laman sesawang
Facebook
Instagram
~~~The End ~~~~
Waduh-waduh sgt mengoda makanan dia
ReplyDelete