'101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan' Di Vistana Penang | Buffet Ramadhan Best 2019 Di Pulau Pinang
'101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan' Di Vistana Penang | Buffet Ramadhan Best 2019 Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Semakin hari semakin kita menghampiri bulan penuh barokah bulan Ramadhan Ya Karim. Semoga Ramadhan kali ini memberikan limpah kurnia Rahmat dan kesejahteraan kepada kesekian umat AMIIINNNN.
Kali ini, mari saya berkongsi sebuah lagi pilihan untuk berbuka bersama keluarga tersayang. Tidak lain dan tidak bukan buffet Ramadhan di Vistana Penang.
HIDANGAN UTAMA
~~~ The End ~~~
Íbu dan Boboboy dimalam media review
'101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan' di Vistana Penang
Keagungan Hidangan Asli Tradisional Melayu | Ramadhan Buffet Dinner Di Hotel Royal Penang
Keagungan Hidangan Asli Tradisional Melayu | Ramadhan Buffet Dinner Di Hotel Royal Penang | Vistana Penang merupakan sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang yang turut serta menawarkan pakej iftar iaitu Ramadhan Buffet Dinner bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi untuk para pengunjungnya.
Masih mengekalkan tema yang sama iaitu '101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan' yang mana merupakan satu nama panggilan yang terkenal di negeri Pahang yang digunakan untuk nenek atau tok. Penuh tradisi turun temurun bergenerasi. Dengan ini tanpa melengahkan masa lagi, jom kita terokai warisan ini bersama-sama.
Masih mengekalkan tema yang sama iaitu '101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan' yang mana merupakan satu nama panggilan yang terkenal di negeri Pahang yang digunakan untuk nenek atau tok. Penuh tradisi turun temurun bergenerasi. Dengan ini tanpa melengahkan masa lagi, jom kita terokai warisan ini bersama-sama.
Barisan buffet dan juga kaunter gerai di Ramadhan Buffet Dinner '101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan', Vistana Penang
PEMBUKA SELERA
Buah-buahan tempatan
Kaunter keropok
Kaunter rojak buah
Kaunter jeruk buah
Kaunter ketupat pulut berserta serunding dan rendang ayam
Beraneka ulam-ulaman berserta sambal
Aneka jenis kerabu
Telur masin dan ikan masin
HIDANGAN UTAMA
Nasi tomato
Ayam masak merah
Sambal sotong maharani
Paru goreng berlada ala kampung
Ayam goreng ala mamak style
Masak lemak daging serai
Ikan bakar air asam
Aneka masasakan sayur
GERAI AKSI
Kambing panggang bersama nasi dan sos pencicah (sos mint, cendawan dan lada hitam)
Psssst, dikaunter ini turut terdapat sate. Tu diiiiaaaaaa dia punya barisan beratur hoooiiiii. Macam ular kena patuk ok. berpusing-pusing barisannya. Punyaaaaa berjela-jela. Menitis-nitis peluh pengunjung yang beratur begitu juga para petugas dikaunter ini he3. Nampak sangat menjadi rebutan ramai kaunter ini
Koay teow goreng
Kerang rebus bersama sos pencicah (sambal kicap dan sos thai)
Pssssttttt, haaaaaaa. Ini kaunter WAJIB singgah naaaaaa. Rugi dan termimpi-mimpi kalau tak singgah taaauuu. Isi kerang yang segar dan manis memang serasi dikahwinkan dengan kedua-dua sos. Isi kerang dia montok-montok ok
Nasi ayam
Psssttt, sudah semestinya menu ini merupakan kesukaan anak seketul setiap tahun berkunjung ke Vistana Penang
Laksa Penang
Gulai daging kawah
Bubur lambuk dan sup
Minuman sejuk dan panas
Psssstttt, teh tarik itu memang terbaik weeeiii. Malam itu sahaja empat mug saya menikmati teh tarik tau3. Orang Penang sudah semestinya meminati teh tarik kan3. Tapi memang best la teh tarik Vistana Penang. WAJIB cuba
PENCUCI MULUT
ABC dan aiskrim Malaysia
Aneka jenis kek
Sago gula melaka
Aneka jenis jelly dan puding
Bread butter pudding
Aneka jenis kuih muih serta agar-agar tradisional
Psssssttt, memang bertingkek-tingkek sungguh barisan menu kuih muih Melayu di Vistana Penang tau3. Semuanya memikat selera dan menggamit memori dahulu kala. WAJIB cuba
Aneka jenis kurma
Taraaaaaaaaaaaaaaaaa...
Antara pilihan menu kami dua beranak dimalam kejadian
Antara pilihan menu kami dua beranak dimalam kejadian
Maklumat Buffet dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang
Maklumat Buffet dan Lokasi | Ramadhan Buffet Dinner Di Vistana Penang | Di bawah ini saya kongsikan bersama untuk rujukan para pembaca yang telah berminat dan akan berminat untuk turut serta merasai buffet Ramadhan di Vistana Penang.
Tema
101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan
Tarikh
6 Mei 2018 - 3 Jun 2019
Lokasi
Grand Ballroom,
Vistana Penang
Harga
RM75.00 nett/dewasa, RM30.00 nett/kanak-kanak
Diskaun tempahan awal sebelum 10 Mei 2019
Laman sesawang
Facebook
Instagram
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment