Friday, December 29, 2017

Doli Kuey Teow Goreng | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Doli Kuey Teow Goreng | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Doli Kuey Teow Goreng | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak | Assalammualaikum dan selamat petang. Untuk entry terakhir bagi tahun 2017, kali ini saya nak share tentang satu lokasi jalan-jalan cari makan di Taiping, Perak. Lokasi ni kiranya memang port wajib JJCM Taiping. Tidak lain dan tidak bukan pastinya >>>>>>>>>> Restoran Doli Kuey Teow Goreng


Restoran Doli Kuey Teow Goreng 

Hidangan Bercirikan 'Chinese Style' | Doli Kuey Teow Goreng 

Hidangan Bercirikan 'Chinese Style' | Doli Kuey Teow Goreng | Saya pasti ramai pembaca memang sudah tahu bekenaan restoran ini kan3. Apapun saya masih lagi ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dengan restoran ini. Untuk makluman anda, Ibu saya a.k.a Opah eh berasal dari Taiping, even saya sendiri dilahirkan di Taiping he3. Opah eh memang dari kecik dah makan CKT Doli ini. Opah baeritahu, dulu-dulu CKT ini dijual ditepi jalan menggunakan kereta tolak sahaja. Dibungkus menggunakan daun (apa nama daun itu saya sudah lupa :P). Memang wangi sangat bau aroma CKT ini tau3. Saya sendiri mula menikmati CKT Doli ini dari saya kecil dan turut sama menjadi peminat tegar. Tanpa melengahkan masa, jom ikut saya menyelusuri pengalaman yang entah keberapa ribu kali menikmati CKT Doli ini.

Persekitaran di dalam restoran Doli CKT

Menu UTAMA Char Kuey Teow

Pssstttt, secara ikhlasnya dari pengalaman dan deria rasa saya personally, rasanya memang sudah lari. Kemeriahan CKT itu sendiri semakin kurang. Rasanya masih SEDAP, cumanya sudah kurang dari rasa asal dahulu.


Menu pilihan kami sekeluarga pada hari kejadian
Nasi Ayam
CKT
Mee Kari

Pssstttt, Secara keseluruhan nasi ayam dan CKT tu ok la. Cumanya yang memang out adalah mee kari.


Nasi ayam memang kesukaan Boboboy seketul


Opah eh sah-sah la dengan CKT Doli kan3


Kami tiga beranak di Doli CKT


Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Doli Kuey Teow Goreng

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Doli Kuey Teow Goreng | Walaupun saya pasti ramai yang telah maklum tentang lokasi Doli CKT ini, saya masih akan berkongsi maklumat berkenaan untuk rujukan bersama.


Restoran Doli Kuey Teow Goreng

Alamat :
No. 12, Jalan Tupai, 34000, Taiping, Perak

Waktu Operasi :
Buka setiap hari
Jumaat tutup
11.00am - 11.30pm



~~~ The End ~~~
1

Thursday, December 28, 2017

Tadika PERKIM, Pulau Pinang | Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Pra Sekolah

Tadika PERKIM, Pulau Pinang | Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Pra Sekolah

Tadika PERKIM, Pulau Pinang | Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Pra Sekolah | Assalammualaikum dan selamat pagi. Allahu, kita sudah semakin hampir dengan penghujung 2017. Memang masa di akhir zaman ini cepat sungguh berlalu. Saya masih berasa seolah-olah saya baru sahaja menghabiskan hari pertama a.k.a hari orientasi bagi Boboboy di Tadika PERKIM. Tetapi yang nyatanya, Boboboy seketul sudah pun melepasi Hari Graduasi a.k.a Hari Penyampaian Sijil dan Konsert Tadika PERKIM.


Warna-warni Di Hari Kejadian | Tadika PERKIM, Pulau Pinang

Warna-warni Di Hari Kejadian | Tadika PERKIM, Pulau Pinang | Untuk kali ini pihak Tadika PERKIM telah memilih lokasi yang lebih selesa untuk acara hari penyampaian sijil, iaitu di dewan Auditorium, KOMTAR. Keluasan, kemudahan dan keselesaan dewan ini memang sesuai untuk acara seperti ini yang melibatkan kanak-kanak.

Untuk makluman anda semua, sebenarnya kami sekeluarga telah berpindah dari island Penang ke mainland Penang. Sebelum ini kami menetap di Bayan Lepas, dan sekarang kami telah menetap di Bertam. Perpindahan ini berlaku pada penghujung Julai. Dengan ini secara rasminya Boboboy telah berhenti dari Tadika PERKIM bermula Ogos. Setelah berpindah, Boboy telah kami daftarkan di Tadika Perpaduan pula. Rugi pula rasanya kalau duduk sahaja dirumah. Nak sambung di Tadika PERKIM jauh. Apa pun, untuk kali ini saya cuma nak fokus untuk mencoretkan perihal Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Tadika PERKIM. Bagi bahagian ceritera kronologi PERPINDAHAN ini insyaAllah saya akan up entry yang lain yer he3.

Walaupun sudah menamatkan pengajian di Tadika PERKIM, saya dan suami tetap meminta kepada pihak tadika untuk membenarkan Boboboy turut merasai kemeriahan hari graduasi tadika. Iyerla lebih setengah tahun bersama guru-guru dan rakan-rakan di tadika ini kan3. Sayang sangat klau tidak dapat bersama-sama di hari GUMBIRA gitew kan3 he3. Kiranya dari hari Boboboy berhenti sehingga ke hari graduasi adalah lebih kurang 4 bulan. Agak lama kan3.

Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Tadika PERKIM Kali Ke 39

Psssttt, Boboboy seketul dari kelas Matahari (nama kedua dalam senarai penerima kelas). Jumlah keseluruhan kelas yang ada di tadika ini kalau tidak silap ada lima dengan jumlah pelajar lebih kurang 80 orang. 

Ibu, Ayah dan Boboboy

Psssttt, waktu ini perasaan memang excited sangat-sangat. Ni anak seketul baru habis tadika jer pun, bukan Uni :P. Lantakkan sahaja disitu he3. Yang Boboboy dari mula sampai memang seronok tak terkira la jumpa kawan-kawan dia. RINDUUUUU he3

Persembahan nyanyian pembukaan dari anak-anak Tadika PERKIM

Psstttt, inilah satu-satunya persembahan yang Boboboy dapat turut sama terlibat. Rehearsal sehari sebelum hari acara. Terdapat persembahan yang lain selepas ini, dan ianya mengikut kelas. Malangnya untuk persembahan kelas itu Boboboy tidak dapat turut serta. Iyerla, latihan dilakukan disekolah sewaktu sesi persekolahan. Boboboy kan sudah berhenti. Ada insiden yang agak menyedihkan sewaktu persembahan kelas Boboboy tau3. Untuk makluman, semua anak-anak duduk dibahagian belakang pentas sepanjang acara sebenarnya. Kiranya acara bermula dengan nyanyian pembukaan, penyampaian sijil dan akhir sekali persembahan kelas. Bila tiba giliran persembahan anak seketul tu, tiba2 saya ternampak salah seorang cikgu pimpin tangan anak seketul tu di bahagian tepi dewan dan seolah-olah mencari-cari kelibat. Muka Boboboy time tu memang dah berkerut-kerut, mata dah berair. Apa lagi, lajulah Ibu ni bangun terus pergi dekat dia. Nampak ja Ibu terus Boboboy peluk sebam muka kat badan Ibu. Menangis anak seketul tu. Elok bawak duduk, bawak bertenang, pujuk-pujuk. Baru tanya, kenapa. Bebel la Boboboy kata, kawan tinggal dia, cikgu kata sekejap ja, cikgu dengan kawan tinggal abg lama sorang-sorang dengan kelas lain, abg tak mau duduk dengan kelas lain, abg nak kelas abg, sampai hati cikgu dengan kawan-kawan tinggal abg, blaaa, blaaa, blaaaa. Aduuiilaaah anak he3.

Boboboy bersama cik Zaili (cikgu kelas) menunggu giliran di tepi pentas untuk menerima sijil

Boboboy menerima Sijil Komputer

Pssstttt, di Tadika PERKIM, hanya anak-anak 6 tahun sahaja akan menerima sijil tamat pengajian. Bagi anak-anak 4 dan 5 tahun, mereka akan menerima sijil komputer sahaja. Ini kerana mereka sebenarnya belum lagi TAMAT PENGAJIAN he3.

Secara keseluruhannya memang meriah dan seronok dengan acara Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Tadika PERKIM. Walaupun anak seketul bukan lagi pelajar di tadika, tapi pihak pengurusan dengan baik hati masih membenarkan untuk turut serta untuk acara penamat. Boboboy tu pun menangis sekejap sahaja, itu pun sebab dia terasa hati tinggal sorang-sorang dekat belakang pentas dah tidak dapat bersama-sama dengan kawan-kawan membuat persembahan. Apabila saya menerangkan yang memang dia tidak dapat turut serta sebab tidk berlatih, dan kan sudah berhenti sekolah, barulah dia bertenang dan kurang merajuk he3. Alhamdulillah, dapat juga Boboboy merasai bersama hari graduasi dengan kawan-kawan dari Tadika PERKIM he3.



~~~ The End ~~~
0

Wednesday, December 27, 2017

Mari Kita Mulakan Dengan Mem-BURUNG | Wordless Wednesday #23/2017

Mari Kita Mulakan Dengan Mem-BURUNG | Wordless Wednesday #23/2017

Mari Kita Mulakan Dengan Mem-BURUNG | Wordless Wednesday #23/2017 | Assalammualaikum dan selamat malam. FINALE WW untuk hari ini. Doakan semoga esok ada coretan terindah dari saya yer he3. 

 Cer teka ini burung apa???

Rasanya anda mesti tahu ini burung apa kan3
Tapinya ini versi yang gebok montel gitew he3

Kita buat masak hitam

Kita goreng kunyit sahaja



~~~ The End ~~~
0

Celah Mana Harus Ku Mulakan Coretan Ini ???? | Wordless Wednesday #22/2017

Celah Mana Harus Ku Mulakan Coretan Ini ???? | Wordless Wednesday #22/2017

Celah Mana Harus Ku Mulakan Coretan Ini ???? | Wordless Wednesday #22/2017 | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Masih adakah yang sudi menjengah blog ini??? Sob..Sob...Sob..... Diharap terus sabar menanti, kerana masih mencuba untuk mengumpul kekuatan mencoret disini.




~~~ To Be Contonued ~~~
0

Monday, October 30, 2017

Pengalaman Bercuti Dengan Malindo Air

Pengalaman Bercuti Dengan Malindo Air | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Entry hari ini special tau. Saya selalu bercerita tentang venue percutian kan3, so untuk kali ini juga tidak terkecuali. This time around, saya akan berkongsi  cerita tetang perihal transportation. Kalau saya nak bersembang tentang kereta, banyak pulakkan. Iyerla, dari proton ke perodua dari merc ke bmw, tapi bukan perihal kereta yang saya nak citer, bukan juga basikal bmx. Sebelum saya mulakan, just nak survey dahulu, anda pernah dengar tak Malindo Air?  It is one of the budget flight tapi selesa. Malindo Air ni adalah company yang based di Malaysia dan namanya asalnya digabungkan dari Malaysia dan Indonesia.

Malindo Air
Gabungan dari Malaysia dan Indonesia

Gambar ihsan google

Di Traveloka, anda boleh book the flight ticket for Malindo Air online semudah di hujung jari.  In the meantime anda boleh surf, survey and book the hotel from traveloka. Lagi satu, anda juga boleh book flight ticket sekali tau3. Atau book flight ticket dulu sebab takut cepat habis. Biasalah kan kalau kita lambat book takut melepas peluang kita nak pergi bercuti or bekerja kat outstation. Easy kan?

Laman web Traveloka untuk booked tiket penerbangan murah Malindo Air

Malindo Air (OD/MXD) is a hybrid airline that combines premium full-service and Low-Cost Carrier (LCC). 2 in 1 service diorang so uollss can pick ikut keselesaan anda. Malindo Air is a joint cooperation between Malaysia National Aerospace and Defence Industries (NADI) and Lion Air Indonesia. CEO diorang pulak adalah Chandran Rama Muthy bekas assistant to President Director of Lion Air Indonesia.Oppssss, terpanjang oula kan3. Haaa kenalah bagitahu dulu salasilah yang berkaitan kepada anda kan3, barulah anda kenal siapakah top people dalam Malindo Air.
Malindo Air started its operation on 1 May 2013, anda boleh naik dari KLIA or Subang Airport. Malindo Air boleh travel ke banyak negara di Asia such as Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia, Nepal, Singapura and Thailand. So kalau anda ada perancangan untuk explore the whole Asia, why not naik Malindo kan3. Kerusi leather, kaki yang selesa untuk sesiapa yang berkaki panjang. Lepas tu untuk travel yang jauh sikit ada 11 inch tablet device untuk tengok movie, Wifi and tempat cucuk plug nak caj fon pun ada untuk business class.
Berminat??? Haaaaaa, mari3….Saya akan terangkan bagaimanakah caranya untuk book Malindo Ticket online. First sekali anda perlu select route mana yang dikehendaki. Banyak choices yang ada untuk dipilih. Then pilih date yang anda nak pergi, the jadual yang ada nanti akan ada sekali priceyou’re your calculation untuk cost vacation. As easy as that. Then fill in info pasal passenger. Kalau book 4 seat jangan anda isi nama yang sama, isi the exact name and information of the passenger. Senang nanti stewardess or steward nak greeting. After that anda perlu pilih payment method. Lepas setel semua, Malindo e-ticket akan disend ke email anda, so don’t forget to check your email as e-ticket ni penting. Print lepas dapat and bawa airport. Just that make sure date anda dalam e-ticket tu betul so takdelah anda datang awal sehari ke airport sebab excited sangat he3.

Malindo Air female flight attendant memang semuanya cantik-cantik belaka dan sedap mata memandang sebab uniform diorang adalah white kebaya and batik long skirt with the combination of red and purple. This uniform also emphasizes on flexibility in serving passengers on board. So comfortable untuk passenger to them is number one. Nak create suasana selesa dalam kapal terbang. Untuk yang stress pun boleh relax tengok stewardess yang asyik lalu lalang pesan untuk pakai tali pinggang. Remember to somebody husband, jangan tengok lama-lama yer nanti tak pasal-pasal kena cubit dengan wife masing-masing. Anda boleh juga order snacks or meals or drinks dalam flight so no worries untuk yang lapar or dahaga.

Krew penerbangan Malindo Air yang segak dan manis belaka

Gambar ihsan google

I’ll assure u guys that you won’t be disappointed sebab Malindo Air ni sangat pentingkan service yang terbaik no matter if you take business or economy class. Easy to book in Traveloka, guaranteed comfortable along the journey, easy to book flight ticket. Siapa kata nak bercuti susah? SO cepat-cepatlah yer plan untuk next trip, he3.


~~~ The End ~~~
4

Friday, October 20, 2017

Le'Pak Kitchen  | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Le'Pak Kitchen  | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Le'Pak Kitchen  | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Selamat bertemu kembali (cecewah3 :P). Sudah hampir sebulan saya tidak berkesempatan untuk update blog seketul ini he3. Tiba-tiba kesibukan melanda. Dengan ujian kesihatan lebih dari seminggu. Alhamdulillah saya dan Boboboy sudah beransur sihat. Memang musim  sekarang DEMAM. Semoga kita semua lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan dengan baik ye.

Baiklah, sebenarnya entry ini sudah berada di dalam simpanan draft dari bulan lepas lagi. Makanya kali ini jom follow saya langsaikan entry hutang bagi sambungan sesi jalan-jalan cari makan di Taiping, Perak. Kali ini kita layan tekak ala-ala BARAT iaitu di LePak Kitchen. Nak tahu apa yang menariknya di sini, joooommm layan ceritera selanjutnya.


Menu Barat Dari Serendah RM5.00 Sepinggan | Le'Pak Kitchen

Menu Barat Dari Serendah RM5.00 Sepinggan | Le'Pak Kitchen  | Tak percayaaaaaa??? Betuuuullll, ini memang betuuulllll. Ini bukan cubaan, ini adalah benar-benar terjadi yer. Sepinggan Chicken Chop hanya RM5.00 tau3. Mana nak daaapaaattttt??? Hanya di Le'Pak Kitchen, Taiping.


Menu pilihan kami di malam kejadian

Beef Meatball (RM7.00) dan Chicken Chop (RM5.00)

Psssttttt, bagi tekak saya secara personal, gravy blackpepper dia sedap. Sedikit cair tapi rasanya sedap. Ayam chicken chop tu disaluti dengan tepung yang agak spicy dan rangup. Portion hidangan chicken chop memang tak masuk akal. Sebabnya harga hanya RM5.00, tapi set didatangkan dengan kentang goreng, coleslaw, salad, gravy dan seketul ayam. Berbaloi-baloi tau3. Untuk meatball tu, saya kurang sikit gemar dengan rasa dagingnya.

Ice blended chocolate

Psstttt, rasanya memang PURE. Pekat melekat tau3. Harganya saya dah lupa :P. Tetapi dalam range harga RM7.00-8.00.

Haaaaa, sakan Boboboy dok slurp2. Sampai naik julin biji mata he3

Action kitchen yang berkonsepkan OPEN

Susasan di dalam Le'Pak Kitchen

Pssstttt, table sitting memang banyak. Keadaan kedai yang luas dan bersih. Para pekerja juga tangkas clearkan table selepas pengunjung pulang tau3. Sebabnya bila lepas sahaja waktu maghrib memang FULL yer.


Sebenarnya, di Le'Pak kitchen ini pun ada disediakan menu shell out dan menu bergoreng lain. Menu western dia pun pelbagaaaaiiiiiii. Kalau anda berkesempatan singgah boleh la cuba juga yer.


Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Le'Pak Kitchen 

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Le'Pak Kitchen  | Kalau anda bercuti-cuti di Taiping, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu-menu di Le'Pak Kitchen. Boelh rujuk maklumat seperti di bawah :


Le'Pak Kitchen

Alamat : 
Jalan Taman Kaya, Taman Sungai Mas, Taiping, Perak

No. Tel :
012-774 4018

Facebook :



~~~ The End ~~~
3

Wednesday, September 27, 2017

Kembali Merempit Hubby & Wifey | Wordless Wednesday #21/2017

Kembali Merempit Hubby & Wifey | Wordless Wednesday #21/2017

Kembali Merempit Hubby & Wifey | Wordless Wednesday #21/2017 | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Jom layan tingkek kedua untuk WW hari ini. FYI kami Hubby & Wifey dah pencen dah segala rempit merempit ini. Tapi hanya bertahan SETAHUN :P. Dah memang minat M Hubby kan3. Saya sebagai Ms Wifey layankan ajerlah he3. So, jom layan beberap gambar sesi 'panaskan enjin' dihujung minggu.




~~~ The End ~~~
1

Mem-burger Bersama Keluarga | Wordless Wednesday #20/2017

Mem-burger Bersama Keluarga | Wordless Wednesday #20/2017

Mem-burger Bersama Keluarga | Wordless Wednesday #20/2017 | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Jom jamu mata pagi-pagi ini dengan BURGER :p


Cheezy Egg Beff Burger with fries



~~~ The End ~~~~
2

Tuesday, September 26, 2017

Mee Udang Portweld  | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Mee Udang Portweld  | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Mee Udang Portweld  | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak | Assalammualaikum dan selamat petang. Hari ini saya akan berkongsi dengan para pembaca satu lokasi WAJIB untuk singgah jikalau anda berJJCM di Taiping, Perak. Umum mengetahui bahawa di Taiping ini terdapat port terbaik untuk menikmati MEE UDANG kan2. Dengan lebih terperinci lagi ialah di Kuala Sepetang, Taiping Perak.

Terdapat pelbagai pilihan gerai-gerai milik bumiputera yang mengusahakan perniagaan Mee Udang di Kuala Sepetang ini. Antara gerai yang terkenal dan menjadi sebutan para penggemar Mee Udang sudah semestinya, Mee Udang Mak Teh dan Mee Udang Mak Jah. Kedua-dua gerai ini telah saya kunjungi dan saya juga pernah up review tentang gerai Mee Udang Mak Jah. Makanya kali ini saya ingin mencuba sebuah lagi gerai yang menjadi buah mulut para penggemar Mee Udang Kuala Sepetang iaitu Mee Udang Portweld Salleh Stall.

Gerai Mee Udang Port Weld Salleh Stall


Salleh Stall (Since 1956) | Mee Udang Portweld

Salleh Stall (Since 1956) | Mee Udang Portweld  | Sepertimana yang telah tertera pada papan tanda gerai ini, ianya telah mula beroperasi sedari dari tahun 1956. Peerrghh, mamang otai la maksudnya gerai Mee Udang Portweld Salleh Stall. Lagi satu kalau nak dibandingkan, gerai ini merupakan satu-satunya pengusaha lelaki. Iyerlah lagi dua gerai sepertimana yang saya sebutkan di atas merupakan dari pengusaha wanita. Baiklah tanpa membuang masa jom kita layan ceritera bergambar tentang gerai Mee Udang Portweld Salleh Stall.


Gerai Mee Udang Port Weld Salleh Stall

Pssttt, gerai ini betul-betul terletak di tepi jalan dengan papan tanda besar sepeti dalam gambar di atas. Makanya memang mudah untuk mengenalpasti lokasi gerai ini tau2.

Gerai asal Mee Udang Port Weld Salleh Stall

Psssttt, gerai asalnya adalah kecil sahaja. Disinilah merupakan dapur untuk penyediaan mee udang dan juga minuman. Terdapat juga beberapa kerusi meja untuk pelanggan menikmati hidangan.

Ini merupakan kawasan makan yang baru. Ianya dibina betul-betul bersebelahan dengan gerai asal Mee Udang Port Weld Salleh Stall. Kawasan tempat makan ini lebih luas dan selesa. Untuk makluman anda semua, ianya akan PENUH di waktu puncak yer. Memang PENUH he3. So maksudnya memang ramai yang suka dengan Mee Udang Port Weld Salleh Stall ini.

Menu Pilihan Hati | Mee Udang Portweld

Menu Pilihan Hati | Mee Udang Portweld | Dah pun nama gerai mee udang, sah-sahlah menu utamanya ialah MEE UDANG kan3. Tetapi terdapat juga menu lain. Antaranya ialah cucur udang. Apapun, jom layan menu pilihan hati saya pada hari kejadian.


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa
Mee Udang Special dari Gerai Mee Udang Port Weld Salleh Stall

Psssttttt, Suci dari hati perut saya, this is the BEST Mee Udang kalau saya nak bandingkan dengan ketiga-tiga gerai mee udang Kuala Sepetang yang saya pernah cuba. Memang SEDAP. Kuahnya PEKAT, MANIS dan isinya meriah. Sepinggan ini memang boleh makan berdua tau3. Harga memang MURAH dan berbaloi. 

Tokua goreng

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Mee Udang Portweld

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Mee Udang Portweld | Macam mana?? Terliur tak??? Kalau anda tak terliur, tidak mengapa, tapiiiiiiiii ni saya yang sendiri terliur apa cerita????? sob3. Memang nak kena plan lagi sekali la JJCM di Mee Udang Port Weld Salleh Stall he3. Apapun, bagi sesiapa yang teringin hendak mencuba seperti saya, anda boleh rujuk maklumat seperti dibawah. Diharap dapat membantu anda didalam mencari lokasi kejadian mee udang Kuala Sepetang he3 :P.


Mee Udang Portweld Salleh Stall

Alamat :
Jalan Trump, Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak

No. Tel : 
012-571 9372


Sebagai penutup, saya belanja gambar zoom in isi udang yang segar dan manis di dalam mee udang dari gerai Mee Udang Port Weld Salleh Stall



~~~ The End ~~~
3

Thursday, September 21, 2017

Kita Kasi Karok Dulu | Family Bonding Time

Kita Kasi Karok Dulu | Family Bonding Time

Kita Kasi Karok Dulu | Family Bonding Time | Assalammualaikum dan selamat petang semua pembaca tersayang. Cepat sungguh minggu ini berlalu kan3. Sedar tak sedar hari ini sudah hari Khamis dan esok kita akan bercuti lagi sempena Awal Muharam. Memang dalam bulan ini banyak sungguh Cuti Umum kan3. Ini yang saya suka ni he3.

Apapun, jom layan bebelan ceritera sebenar untuk hari ini dari saya. Dari tajuk entry, anda boleh agak tak apa yang saya ingin bebelkan???Tahu tak??? Tahu tak???? Haaaaaaaaaaa, untuk hari ini saya nak berceritera tentang satu aktiviti yang saya, Mr. Hubby a.k.a Ayah serta Boboboy seketul suuuuuukaaaaaa lakukan sebagai aktiviti keluarga ataupun boleh dikatakan sebagai aktiviti WAJIB family bonding time kami. Ianya adalah .............
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
KAROOOOOOOOKKKKK

Sesi Tahun 2015 | Kita Kasi Karok Dulu

Sesi Tahun 2015 | Kita Kasi Karok Dulu | Sebenarnya saya & Mr Hubby memang sukaaaaaa berkarok. TAPIIIIIII hanya Mr Hubby sahaja akan menyumbangkan lagu. Saya TAK AKAN yer, TAK AKAN :P. Saya kiranya sebagai orang belakang tabir sahaja. Tukang sorak, tukang tangkap gambar, tukang gelak, tukang buat bising :P. Dari zama bercintan cintun sampailah ke zaman suami isteri. Tetapi bila sudah ada anak, aktiviti ini terhenti seketika. Iyerlah nak berkarok dan tinggalkan anak macam tak sampai hati, nak bawa anak pula memang tak sesuai langsung la kan3. Gila ke apa bawa baby pergi karok :P. Makanya, tidak berkaroklah kami suami isteri beberapa tahun :P.

Setelah beberapa purnama #eh3 akhirnya bila Boboboy seketul tu dah mula menunjukkan bunga-bunga anak seorang penghibur a.k.a Boboboy dah mula bernyanyi-nyanyi (di depan tv ataupun di dalam kereta), makanya kami pun buat keputusan untuk try & error sesi karok dengan Boboboy seketul. Kiranya pada waktu itu Boboboy seketul berumur 3tahun la tau3. Pada permulaannya memang Boboboy JAKUN a.k.a PELIK, tetapi selepas 20-30minit, Boboboy mula tunjukkan belang :P. Terbukti sangat ANAK AYAH :p he3. Jom layan ceritera bergambar sesi karok kami anak beranak.

Ayah & Boboboy setting apa yang patut sebelum sesi goreng karok :P

Ayah yang goreng sedas dua lagu dulu
Boboboy seketul dalam fasa 'sit & see' lagi :P

Muka pelik anak seketul bila Ayah eh tarrrrriiiiikkkk 

Pssstttt, untuk makluman, Boboboy memang tak pernah tengok Ayah nyanyi tau3. Ayah ni nyanyi kalau dalam bilik karok sahaja yer. Tak macam Ibu eh, nyanyi dalam bilik air, depan tv dan juga didalam kereta. So memang kerap la Boboboy dengar suara sumbang Ibu :p. Tetapi Ibu ni kalau dah masuk bilik karok memang nan hado la nak nyanyi. MALUUUUU :P. Sebenarnya saya ni tak reti nak nyanyi kalau tiada suara penyanyi asal. Habis lintang pukang jadinya tau3. Muzik kemana suara nyanyian kemana :P. Sebab itu saya lebih suka layaaaaaannn suara Ayah eh sahaja he3.

Finally Ayah & Boboboy goreng lagu karok bersama-sama

Psssstttt, priceless tau tengopk muka kegembiraan Boboboy seketul. Dia betul-betul enjoy he3. Meh sini saya belanja dua ketul video the karok session of Ayah & Boboboy
v
v
v
v
v
v
Gigih tak muka Boboboy seketul????
Nak tengok ekspresi muka lagi WIN dari Boboboy?????
v
v
v
v
v
v
v
v
Haaaaaaaaaa, kasi tarriiiiikkkkkkkk he3

Pssstttt, oleh kerana 1st sesi karok ni SUCCESS, makanya kami suami isteri sambung lagi dengan beberapa sesi  karok lain sepanjang tahun 2015. Tidaklah sekerap mana pun, tapi boleh dikatakan selang 2-3 bulan akan ada satu sesi he3. Lepas gian la kan3.

Sesi Tahun 2016 | Kita Kasi Karok Dulu

Sesi Tahun 2016 | Kita Kasi Karok Dulu | Seterusnya apabila Boboboy berumur 4tahun, kami masih lagi layankan sesi karok. Dah tentu-tentu la tak boleh berhenti aktiviti karok kan3, PEBERET anak beranak tu kan3 :P Jom layan ceritera bergambar sesi karok tahun 2016.

Kami tiga beranak dalam sesi karroooookkkk la kau :P

Melonjak sakan Boboboy seketul tu dapat goreng lagu

Psssttt, walaupun entah apa-apa jer la yang anak seketul tu nyanyi kan3. Layankan ajer la konsepnya he3 :P

Ibu dan Boboboy laaaaayaaaannn Ayah goreng seketul lagu pulop

Sesi Tahun 2017 | Kita Kasi Karok Dulu

Sesi Tahun 2017 | Kita Kasi Karok Dulu | Ini kira sesi karok terkini la yer. Anak tembun seketul itu masih mengekalkan kesukaan untuk berkarok bersama Ayah seketul dia. Ibu nan seketul ini masih dibelakang tabir :P.

Wefie kami tiga beranak 

Berbunga-bunga hati Ibu bila Boboboy duet dengan Ayah tau3

Main-main pulak Boboboy seketul ni kan3



~~~ The End ~~~
0