Wednesday, September 27, 2017

Kembali Merempit Hubby & Wifey | Wordless Wednesday #21/2017

Kembali Merempit Hubby & Wifey | Wordless Wednesday #21/2017

Kembali Merempit Hubby & Wifey | Wordless Wednesday #21/2017 | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Jom layan tingkek kedua untuk WW hari ini. FYI kami Hubby & Wifey dah pencen dah segala rempit merempit ini. Tapi hanya bertahan SETAHUN :P. Dah memang minat M Hubby kan3. Saya sebagai Ms Wifey layankan ajerlah he3. So, jom layan beberap gambar sesi 'panaskan enjin' dihujung minggu.




~~~ The End ~~~
1

Mem-burger Bersama Keluarga | Wordless Wednesday #20/2017

Mem-burger Bersama Keluarga | Wordless Wednesday #20/2017

Mem-burger Bersama Keluarga | Wordless Wednesday #20/2017 | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Jom jamu mata pagi-pagi ini dengan BURGER :p


Cheezy Egg Beff Burger with fries



~~~ The End ~~~~
2

Tuesday, September 26, 2017

Mee Udang Portweld  | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Mee Udang Portweld  | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Mee Udang Portweld  | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak | Assalammualaikum dan selamat petang. Hari ini saya akan berkongsi dengan para pembaca satu lokasi WAJIB untuk singgah jikalau anda berJJCM di Taiping, Perak. Umum mengetahui bahawa di Taiping ini terdapat port terbaik untuk menikmati MEE UDANG kan2. Dengan lebih terperinci lagi ialah di Kuala Sepetang, Taiping Perak.

Terdapat pelbagai pilihan gerai-gerai milik bumiputera yang mengusahakan perniagaan Mee Udang di Kuala Sepetang ini. Antara gerai yang terkenal dan menjadi sebutan para penggemar Mee Udang sudah semestinya, Mee Udang Mak Teh dan Mee Udang Mak Jah. Kedua-dua gerai ini telah saya kunjungi dan saya juga pernah up review tentang gerai Mee Udang Mak Jah. Makanya kali ini saya ingin mencuba sebuah lagi gerai yang menjadi buah mulut para penggemar Mee Udang Kuala Sepetang iaitu Mee Udang Portweld Salleh Stall.

Gerai Mee Udang Port Weld Salleh Stall


Salleh Stall (Since 1956) | Mee Udang Portweld

Salleh Stall (Since 1956) | Mee Udang Portweld  | Sepertimana yang telah tertera pada papan tanda gerai ini, ianya telah mula beroperasi sedari dari tahun 1956. Peerrghh, mamang otai la maksudnya gerai Mee Udang Portweld Salleh Stall. Lagi satu kalau nak dibandingkan, gerai ini merupakan satu-satunya pengusaha lelaki. Iyerlah lagi dua gerai sepertimana yang saya sebutkan di atas merupakan dari pengusaha wanita. Baiklah tanpa membuang masa jom kita layan ceritera bergambar tentang gerai Mee Udang Portweld Salleh Stall.


Gerai Mee Udang Port Weld Salleh Stall

Pssttt, gerai ini betul-betul terletak di tepi jalan dengan papan tanda besar sepeti dalam gambar di atas. Makanya memang mudah untuk mengenalpasti lokasi gerai ini tau2.

Gerai asal Mee Udang Port Weld Salleh Stall

Psssttt, gerai asalnya adalah kecil sahaja. Disinilah merupakan dapur untuk penyediaan mee udang dan juga minuman. Terdapat juga beberapa kerusi meja untuk pelanggan menikmati hidangan.

Ini merupakan kawasan makan yang baru. Ianya dibina betul-betul bersebelahan dengan gerai asal Mee Udang Port Weld Salleh Stall. Kawasan tempat makan ini lebih luas dan selesa. Untuk makluman anda semua, ianya akan PENUH di waktu puncak yer. Memang PENUH he3. So maksudnya memang ramai yang suka dengan Mee Udang Port Weld Salleh Stall ini.

Menu Pilihan Hati | Mee Udang Portweld

Menu Pilihan Hati | Mee Udang Portweld | Dah pun nama gerai mee udang, sah-sahlah menu utamanya ialah MEE UDANG kan3. Tetapi terdapat juga menu lain. Antaranya ialah cucur udang. Apapun, jom layan menu pilihan hati saya pada hari kejadian.


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa
Mee Udang Special dari Gerai Mee Udang Port Weld Salleh Stall

Psssttttt, Suci dari hati perut saya, this is the BEST Mee Udang kalau saya nak bandingkan dengan ketiga-tiga gerai mee udang Kuala Sepetang yang saya pernah cuba. Memang SEDAP. Kuahnya PEKAT, MANIS dan isinya meriah. Sepinggan ini memang boleh makan berdua tau3. Harga memang MURAH dan berbaloi. 

Tokua goreng

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Mee Udang Portweld

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Mee Udang Portweld | Macam mana?? Terliur tak??? Kalau anda tak terliur, tidak mengapa, tapiiiiiiiii ni saya yang sendiri terliur apa cerita????? sob3. Memang nak kena plan lagi sekali la JJCM di Mee Udang Port Weld Salleh Stall he3. Apapun, bagi sesiapa yang teringin hendak mencuba seperti saya, anda boleh rujuk maklumat seperti dibawah. Diharap dapat membantu anda didalam mencari lokasi kejadian mee udang Kuala Sepetang he3 :P.


Mee Udang Portweld Salleh Stall

Alamat :
Jalan Trump, Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak

No. Tel : 
012-571 9372


Sebagai penutup, saya belanja gambar zoom in isi udang yang segar dan manis di dalam mee udang dari gerai Mee Udang Port Weld Salleh Stall



~~~ The End ~~~
3

Thursday, September 21, 2017

Kita Kasi Karok Dulu | Family Bonding Time

Kita Kasi Karok Dulu | Family Bonding Time

Kita Kasi Karok Dulu | Family Bonding Time | Assalammualaikum dan selamat petang semua pembaca tersayang. Cepat sungguh minggu ini berlalu kan3. Sedar tak sedar hari ini sudah hari Khamis dan esok kita akan bercuti lagi sempena Awal Muharam. Memang dalam bulan ini banyak sungguh Cuti Umum kan3. Ini yang saya suka ni he3.

Apapun, jom layan bebelan ceritera sebenar untuk hari ini dari saya. Dari tajuk entry, anda boleh agak tak apa yang saya ingin bebelkan???Tahu tak??? Tahu tak???? Haaaaaaaaaaa, untuk hari ini saya nak berceritera tentang satu aktiviti yang saya, Mr. Hubby a.k.a Ayah serta Boboboy seketul suuuuuukaaaaaa lakukan sebagai aktiviti keluarga ataupun boleh dikatakan sebagai aktiviti WAJIB family bonding time kami. Ianya adalah .............
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
KAROOOOOOOOKKKKK

Sesi Tahun 2015 | Kita Kasi Karok Dulu

Sesi Tahun 2015 | Kita Kasi Karok Dulu | Sebenarnya saya & Mr Hubby memang sukaaaaaa berkarok. TAPIIIIIII hanya Mr Hubby sahaja akan menyumbangkan lagu. Saya TAK AKAN yer, TAK AKAN :P. Saya kiranya sebagai orang belakang tabir sahaja. Tukang sorak, tukang tangkap gambar, tukang gelak, tukang buat bising :P. Dari zama bercintan cintun sampailah ke zaman suami isteri. Tetapi bila sudah ada anak, aktiviti ini terhenti seketika. Iyerlah nak berkarok dan tinggalkan anak macam tak sampai hati, nak bawa anak pula memang tak sesuai langsung la kan3. Gila ke apa bawa baby pergi karok :P. Makanya, tidak berkaroklah kami suami isteri beberapa tahun :P.

Setelah beberapa purnama #eh3 akhirnya bila Boboboy seketul tu dah mula menunjukkan bunga-bunga anak seorang penghibur a.k.a Boboboy dah mula bernyanyi-nyanyi (di depan tv ataupun di dalam kereta), makanya kami pun buat keputusan untuk try & error sesi karok dengan Boboboy seketul. Kiranya pada waktu itu Boboboy seketul berumur 3tahun la tau3. Pada permulaannya memang Boboboy JAKUN a.k.a PELIK, tetapi selepas 20-30minit, Boboboy mula tunjukkan belang :P. Terbukti sangat ANAK AYAH :p he3. Jom layan ceritera bergambar sesi karok kami anak beranak.

Ayah & Boboboy setting apa yang patut sebelum sesi goreng karok :P

Ayah yang goreng sedas dua lagu dulu
Boboboy seketul dalam fasa 'sit & see' lagi :P

Muka pelik anak seketul bila Ayah eh tarrrrriiiiikkkk 

Pssstttt, untuk makluman, Boboboy memang tak pernah tengok Ayah nyanyi tau3. Ayah ni nyanyi kalau dalam bilik karok sahaja yer. Tak macam Ibu eh, nyanyi dalam bilik air, depan tv dan juga didalam kereta. So memang kerap la Boboboy dengar suara sumbang Ibu :p. Tetapi Ibu ni kalau dah masuk bilik karok memang nan hado la nak nyanyi. MALUUUUU :P. Sebenarnya saya ni tak reti nak nyanyi kalau tiada suara penyanyi asal. Habis lintang pukang jadinya tau3. Muzik kemana suara nyanyian kemana :P. Sebab itu saya lebih suka layaaaaaannn suara Ayah eh sahaja he3.

Finally Ayah & Boboboy goreng lagu karok bersama-sama

Psssstttt, priceless tau tengopk muka kegembiraan Boboboy seketul. Dia betul-betul enjoy he3. Meh sini saya belanja dua ketul video the karok session of Ayah & Boboboy
v
v
v
v
v
v
Gigih tak muka Boboboy seketul????
Nak tengok ekspresi muka lagi WIN dari Boboboy?????
v
v
v
v
v
v
v
v
Haaaaaaaaaa, kasi tarriiiiikkkkkkkk he3

Pssstttt, oleh kerana 1st sesi karok ni SUCCESS, makanya kami suami isteri sambung lagi dengan beberapa sesi  karok lain sepanjang tahun 2015. Tidaklah sekerap mana pun, tapi boleh dikatakan selang 2-3 bulan akan ada satu sesi he3. Lepas gian la kan3.

Sesi Tahun 2016 | Kita Kasi Karok Dulu

Sesi Tahun 2016 | Kita Kasi Karok Dulu | Seterusnya apabila Boboboy berumur 4tahun, kami masih lagi layankan sesi karok. Dah tentu-tentu la tak boleh berhenti aktiviti karok kan3, PEBERET anak beranak tu kan3 :P Jom layan ceritera bergambar sesi karok tahun 2016.

Kami tiga beranak dalam sesi karroooookkkk la kau :P

Melonjak sakan Boboboy seketul tu dapat goreng lagu

Psssttt, walaupun entah apa-apa jer la yang anak seketul tu nyanyi kan3. Layankan ajer la konsepnya he3 :P

Ibu dan Boboboy laaaaayaaaannn Ayah goreng seketul lagu pulop

Sesi Tahun 2017 | Kita Kasi Karok Dulu

Sesi Tahun 2017 | Kita Kasi Karok Dulu | Ini kira sesi karok terkini la yer. Anak tembun seketul itu masih mengekalkan kesukaan untuk berkarok bersama Ayah seketul dia. Ibu nan seketul ini masih dibelakang tabir :P.

Wefie kami tiga beranak 

Berbunga-bunga hati Ibu bila Boboboy duet dengan Ayah tau3

Main-main pulak Boboboy seketul ni kan3



~~~ The End ~~~
0

Saturday, September 16, 2017

Resipi D'Dapur Ayam Grill 10 Minit | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur Ayam Grill 10 Minit | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur Ayam Grill 10 Minit | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa | Assalammualaikum dan selamat hujung minggu semua. Allahuakhbar, semalam seharian bumi Pulau Pinang dilanda hujan lebat. Pengakhirannya Pulau Pinang diuji dengan banjir kilat hampir dikebanyakkan tempat yang mengakibatkan kekalutan. Ramai penduduk yang terperangkap di jalan raya serta di rumah akibat tidak dapat keluar dan terperangkap dengan jalan raya yang ditutup akibat banjir. Ini diburukkan lagi dengan keadaan laut pasang sebenarnya. Sama-samalah kita berdoa agar semoga penduduk Pulau Pinang yang terjejas dilindungi dan diringankan ujian musibah ini AMIN.

Saya memang duduk dan bekerja di Pulau Pinang. Cumanya saya bekerja di dalam kawasan pulau, tetapi menetap di tanah besar Pulau Pinang iaitu Bertam. Kawasan yang terjejas teruk adalah di sekitar dalam pulau Pulau Pinang. Saya terkesan sewaktu hendak pergi dan balik dari kerja sahaja. Alhamdulillah di kawasan rumah saya tidak terjejas. Cumanya, oleh kerana saya dan suami berulang alik dengan bermotosikal, makanya kami suami isteri bermandi hujan pergi dan balik la kan3. Sewaktu pergi tu kurang sikit basahnya, sewaktu balik yang memang basah kuyup he3.

#eh3 terpanjang pulak bebelan di kala hujan saya :p. Entry ini sebenarnya saya nak kongsi dengan pembaca satu lagi resipi dari periuk ajaib Noxxa saya. Kali ini resipinya adalah Ayam Grill a.k.a Ayam Panggang 10 minit Periuk Ajaib Noxxa.

Ayam Grill 10 Minit Periuk Ajaib Noxxa


Bahan-bahan dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur Ayam Grill 10 Minit

Bahan-bahan dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur Ayam Grill 10 Minit | Ayam grill ni memang kesukaan kami sekeluarga. Paling best kalau dapat ayam yang bersaiz kecil (muda). Lebih enak rasa isi ayam tu jika nak dibandingkan dengan ayam yang bersaiz besar tau3. Jom layan ceritera bergambar resipi D'Dapur Ayam Grill 10 Minit Periuk Ajaib Noxxa di bawah ini.



Bahan-bahan Ayam Grill 10 Minit Periuk Ajaib Noxxa:

~ Seekor ayam (saiz sederhana atau kecil)
~ Ubi kentang - 3-4 biji (dibuang kulit dan dipotong dadu)
~ Bawang besar - 2-3 biji (dipotong dadu)
~ Sos tiram (disapu rata pada permukaan luar dan dalam ayam secukupnya)
~ Serbuk aregano dan rosemary (disapu pada permukaan ayam)


Kaedah penyediaan Ayam Grill 10 Minit Periuk Ajaib Noxxa:

~ Perapkan ayam dengan sos tiram, serbuk aregano dan rosemary secukupnya (lebih kurang 20-30minit)
~ Perapkan ubi kentang dengan sedikit garam, serbuk aregano dan rosemary secukupnya
~ Susunkan ayam ditengah periuk Noxxa
~ Susunkan ubi kentang dan bawang di keliling ayam (rujuk gambar di bawah)
v
v
v
v
v
v
v

~Setkan cooking mode secara steam selama 10minit dan biarkan ayam masak didalam periuk Noxxa
~ Setelah siap, buka penutup periuk Noxxa
~ Setkan cooking mode secara stir fried
v
v
v
v
v
v
v
~ Teruskan strir fried ayam sehingga garing dan offkan periuk Noxxa
~ Ayam Grill 10 Minit Periuk Ajaib Noxxa sedia untuk dihidangkaaaannnnn
v
v
v
v
v
v
v
v
Taaaaadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............



~~~ The End ~~~
0

Friday, September 15, 2017

The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Sambutan Ulang Tahun Ke 57 Mak a.k.a Opah

The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Sambutan Ulang Tahun Ke 57 Mak a.k.a Opah

The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Sambutan Ulang Tahun Ke 57 Mak a.k.a Opah | Assalammualaikum dan selamat pagi. Allahuakhbar, kebesaran Allah. Pulau Pinang dibasahi hujan lebat sejak dari semalam lagi. Pagi ini pelbagai kawasan sudah mula ditenggelami banjir. Ramai yang tersangkut di dalam jam akibat banjir. Apapun Alhamdulillah, saya telah selamat sampai ke pejabat seperti biasa. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa dan dihindari dari sebarang musibah. AMIN.

Baiklah, mari kita sambung dengan ceritera sebenar entry hari ini. Akhirnya berjaya juga saya mencoretkan kenangan sambutan ulangtahun kelahiran my Mak a.k.a Opah yang ke 57. So, entry ini adalah entry terakhir. Kali ini saya akan review hotel yang menjadi pilihan kami 7 beranak untuk bersama-sama sepanjang 3hari 2malam di Pulau Pinang.


The Gurney Resort Hotel & Residences

Gambar ihsan Google


The Room : Twin Studio Suite | The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang

The Room : Twin Studio Suite | The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Seperti biasa, tempahan saya survey dan buat secara online dan seperti biasa juga saya masih kekal dengan tempahan melalui laman web traveloka. Kami sekeluarga check in pada 30 Mei 2017 dan check out pada 1 jun 2017. Bilik yang menjadi pilihan saya adalah Twin Studio Suite.

Untuk makluman semua, harga yang saya bayar untuk penginapan 3H 2M di The Gurney Resort Hotel & Residences ini adalah RM320.30. Ini setelah ditolak dengan kupon voucher dari Traveloka yer. Memang berbaloi-baloi kan3. Tak percaya??? Jom kita layan ceritera pengalaamn kami tujuh beranak bermalam dua malam di  The Gurney Resort Hotel & Residences dan anda sendiri buat pertimbangan sama ada ianya berbaloi atau pun tidak.

View dari pintu entrance, bahagian pantry (kanan) dan juga pintu masuk ke tandas (kiri)


Ruang rehat / ruang tamu

Ruang meja membaca serta katil (KING size bed)

Psssttt, bilik ini memang luuuaaassss. Sesuai untuk lebih dari 2 orang. Macam kami sekeluarga la, 3 dewasa, dan 4 kanak-kanak. Siap bawak segala toto dan bantal extra. Sofa tu pun boleh dijadikan tempat tido. Nak solat, nak bentang toto untuk tido, anak-anak nak berlari. Memang luas he3.

Ruang tidur 

Pssstttt, haaaaaa nampak tak cermin see through dekat sebelah kati itu?? Itulah cermin yang boleh nampak terus ke ruang dalam tandas. Disinilah Boboboy seketul mengendap semasa misi 'surprise' Opah yang saya ceritakan di dalam entry INI. Cermin itu boleh ditutupi dengan blind sahaja yer. Tetapi blind tu pun jarang juga so masih boleh nampak hingga ke dalam :P he3. Nak tengok macam mana boleh see through dalam keluar itu???? Meh sini nak tunjuk.......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Haaaaaa, nampak tak??? :p he3

 Meja kecil yang menempatkan TV 

Pssttt, saya rasa macam tak sesuai pulak kedudukan meja TV ini. Dengan meja kecil dan berhampiran dengan pintu bilik air. Mungkin patut diubah sedikit perletakkannya kan3?

Ruang tandas yang luaaaaasssss

Pssstt, memang luas ok ruang tandas ini. Siap dengan wardrobe empat pintu tau3. Cumanya agak bahaya bagi kanak-kanak, kerana bila ruang itu sudah luas, sakan la diorang berlari-lari kan3. Memang tak boleh terlepas pandang tau kalau anda ada anak kecil.

Secara keseluruhannya, secara personal kami sekeluarge memang berpuas hati dengan bilik Twin Studio Suite. Ini kerana dari segi keluasan, keselesaan, kebersihan dan kemudahan dalam bilik memang OK. Tidaklah saya katakan terbaik, tetapi OK. Cumanya mungkin perlukan pembaikan dari segi perabot. Ini kerana sesetangahnya sudah usang. Kiranya boleh dikatakan bilik ini sesuai untuk percutian keluarga.


Kolam Renang a.k.a The Swimming Pools | The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang

Kolam Renang a.k.a The Swimming Pools| The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Baiklah, dah tiba kepada topik yang ditunggu-tunguu. #eh3 ditunggu-tunggu kaaaaa??? :P Apakah?? KOLAM RENANG a.k.a SWIMMING POOL la kan3. Sebenarnya ini part yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak la kan3. Sudah semestinya he3. Jom layan ceritera kolam renang di The Gurney Resort Hotel & Residences

Ruang kemudahan di aras kolam renang The Gurney Resort Hotel & Residences

Pssstttt, sekali lagi memang luuuaaaaassss. Terdapat ruang rehat/menunggu dengan kemudahan bean bag dan rumput hijau tiruan itu. Terdapat ruang menunggu yang berkerusi dan meja seoalah-olah di tepian pantai. Terdapat ruang gym bersebelahan. Semuanya dengan konsep TERBUKA.


Ruang menunggu/rehat berpasir

Psssttt, kesemua ruang kemudahan di The Gurney Resort Hotel & Residences ini berkonsep terbuka tetapi COVERED a.k.a berbumbung yer. Jadinya tidak perlu risau jika hujan he3.

Kawasan kolam renang kanak-kanak

Psssstttt, memang luuuaaassssss kan3. dengan pelbagai tarikan (air terjun cendawan, slide dan juga ruang renang)

Memang seronok my sis dan juga the kids bersuka ria di kolam renang The Gurney Resort Hotel & Residences

Psssttt, setiap pagi memang WAJIB luangkan masa di kolam renang dahulu baru boleh keluar dan berjimba-jimba diluar hotel tau3 :P. Seperti anda maklum, kami bercuti disini sewaktu bulan puasa, tetapi memang tidak terasa kepanasan di ruang kolam renang ini, kerana ianya mempuntai lapisan pelindung diruang atas. Boleh rujuk gambar dibawah.
v
v
v


Kolam renang dewasa


K.A.M.I
Menikmati percutian dengan penuh TENANG :)

Kemudahan Riadah Yang Pelbagai Di Bawah Satu Bumbung | The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang

Kemudahan Riadah Yang Pelbagai Di Bawah Satu Bumbung | The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Di aras yang sama dengan kolam renang The Gurney Resort Hotel & Residences, terdapat pelbagai kemudahan untuk pelanggan. Antaranya adalah gym, sauna, bilik mandi wap, ruang merokok, dan ruang riadah.


Area gym yang bersebelahan dengan sitting area area kolam renang

Boboboy seketul bergym dengan berbaju renang


Bilik sauna

Psssttt, bilik sauna ini agak luas. Kiranya boleh memuatkan sehingga 10-15 ddewasa. Sauna lelaki dan perempuan juga diasingkan

Kawasan bola tampar pantai

Psssttt, walaupun ianya bukan di tepi pantai, tetapi pihak hotel tetap menyediakan area berpasir untuk riadah bola tampar.


Area riadah keluarga


Kawasan merokok yang diasingkan

Bersebelahan dengan area merokok juga terdapat satu lagi kawasan riadah untuk bola sepak pantai tau3.


Lokasi Dan Maklumat Perhubungan| The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan| The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang | Secara keseluruhannya, kami sekeluarga memang berpuas hati sepanjang kami menginap di The Gurney Resort Hotel & Residences ini. Staff di kaunter pun efisien, yang mana urusan check in kami lancar. Staff di bahagian hadapan dan bilik juga mesra. Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan tepi pantai Gurney Drive serta terdapat pelbagai kemudahan restoran makanan. So, kalau anda ingin bercuti di Pulau Pinang bolehlah jadikan hotel ini sebagai satu pilihan untuk menginap.

The Gurney Resort Hotel & Residences

Alamat : 18, Gurney Dr
Georgetown, 10250, Penang

No. Tel : 604 370 7000




~~~ The End ~~~
0