Kafe Budak Boss | Makan BEST Di Pulau Pinang
Kafe Budak Boss | Makan BEST Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Char koay teow (CKT) merupakan satu menu yang sinonim dengan masyarakat Malaysia. Ianya juga seolah-olah sinonim dengan negeri Pulau Pinang. Asal CKT ja mesti teringat Pulau Pinang kan3. Iyerlah, Pulau Pinang memang terkenal dengan signature dish CKT-nya gitew.
CKT juga pada kebiasaanya sering dikaitkan dengan udang, dan kerang. Ada juga yang pergi lebih istimewa dengan menampilkan CKT ketam serta CKT sotong. Kiranya CKT ini telah berevolusi gitew.
Tetapi untuk kali ini, saya ingin berceritera tentang sebuah kafe yang menawarkan menu CKT yang berjaya menarik perhatian saya. CKTnya adalah jauuuhhh lebih istimewa. Ianya lain dari yang lain. Berada didalam kelasnya yang tersendiri. Sekali anda lihat sudah pasti anda akan teringin serta tidak sabar untuk menikmatinya. Sekali anda menikmatinya sudah pasti anda akan teringat-ingat selepas itu tau3.
Bukan CKT sahaja, terdapat juga beberapa menu yang lain yang turut pasti menambat selera pengunjung. Ada Sizzling. Ada Satay. Ada Nasi Ayam. Nak tahu dimana????? Ajoooooommmm baca selanjutnya.
Kafe Budak Boss
CKT, Sizzling, Satay, Dan Nasi Ayam Di Jamin Enak | Kafe Budak Boss
CKT, Sizzling, Satay, Dan Nasi Ayam Di Jamin Enak | Kafe Budak Boss | Untuk makluman, saya pertama kali tertarik untuk mencuba menu di Kafe Budak Boss, apabila saya ternampak satu personal posting di dalam FB tentang Char Koay Teow KAMBING. Posting itu telah trigger nafsu makan saya secara extreme tau3. Iyerlah, saya kan penggemar tegar kambing. Nampak pula kambing dengan CKT itu sungguh serasi bersama didalam pinggan dan seolah-olah menari-nari, memanggil-manggil weeeiii. Terus saya lancarkan operasi risikan untuk mengenal pasti gerai manakah yang bertanggungjawab membuat saya angau CKT KAMBING. Nindiaaaa jumpa dah makhluk cafe yang bertanggungjawab iaitu Kafe Budak Boss.
Dah jumpa lelajuuuuu la saya riki-riki sama ada pemilik kafe berminat untuk saya review makanan yang ditawarkan di kafenya. Iyerla, memang naluri seorang #foodblogger, apa yang baik, makanan yang enak, harus dikongsi bersama kan3. So, tanpa membuang masa lagi, ajooooommm layan pengalaman saya secara peribadi dalam menikmati menu di Kafe Budak Boss.
Tediiaaaaaaaa
BERAPI
Kita bakor, kita bakor, kita bakor
Pssstt, memang menyambar2, seolah-olah sahut-menyahut api dari dapur CKT ini tau3
Gerai satay, nasi ayam serta sizzling
Aneka jenis satay in the making gitew
Sizzling hot dari dapur mee sizzling
Char koay teow KAMBING
Biasa RM 14.90
Special RM 16.90
Psssttt, kami ambil yang biasa sahaja di malam kejadian. Penuh pinggan weeeiii kambing eh. Memang BENARRRRRR dari rupa turun ke rasa. Tidak sia-sia, memang berbaloi saya menyeberangi jambatan Pulau Pinang untuk ke Kafe Budak Boss demi CKT kambing ini. Dan saya sanggup untuk menyeberanginya lagi, dan lagi, dan lagi tau3. Meh sini nak share apa ghaser eh CKT kambing ini. Pertama sekali saya mencuba sesudu kuah CKT. Ada rasa smokey, hangit2, masin2 dari gravy CKT serta lamb shoulder yang di-grill itu. Di dalam CKT terdapat kerang, udang, telur, taugeh, dan kucai. Kiranya cukup lengkap bahan standard yg patut ada dlm CKT la kan3. Rasa CKT itu secara bersendirian juga menepati expectation rasa CKT la kan3. Tetaapiiiiiiii, apa yang memberi KICK, KUASA LUAR biasa sah2 la dari lamb shoulder grill ituuuuuuuu. Perapannya tidaklah memberikan rasa yang complicated atau over powering, apa yang trigger the best taste ever adalah dari rasa kambing itu sendiri. Isi yang lembut, kombinasi komposisi isi dan lemak yang sesuai. Ketebalan setiap lapisan lamb shoulder juga sedang-sedang elok untuk menghasilkan rasa yang CUKUP. Iyeerrr, memang CUKUP lengkap rasa kambing itu. Tetapi memang tidak akan cukup sepinggan, kena berpinggan-pinggan, he3
Char koay teow SOTONG
Biasa RM 10.90
Special RM 12.90
Satay kambing, daging (lembu) dan ayam
Satay kambing RM 1.20/secucuk
Satay daging RM 0.90/secucuk
Satay ayam RM 0.70/secucuk
Psssstt, gemok2 kan satay-satay ini. Tak kira kambing ka, daging ka, ayam ka. Satay daging sedap juga tapi paling kena dengan tekak saya adalah satay kambing dan ayam. WAJIB dicicah bersama dengan kuah kacang. Baru feel terbaik gitew. Harga, saiz dan rasa memang berbaloi3
Nasi ayam
Biasa RM 5.00
Nasi + RM 5.50
Ayam + RM 7.00
Special RM 7.50
Psssttt, haaaa nindia menu pujaan hati kanda Boboboy seketul dimalam kejadian. Siap request tambah sepinggan lagi dan dikonsgi bersama aunty2 konon eh, he3
Sizzling meletop
Nasi RM 6.00
Yee mee RM 6.00
Psssttt, yang ini juga tidak kurang hebatnya. Menu kegilaan blogger nina & zaf he3. Pun samaaaaa weeeiii, siap request tambah :p
Teh tarik ais dan juga teh tarik
Psssstt, satay ni bukan kata request tambah dah weeeiiii, iols siap tapau bawak balik lagi tau3
Kasi tapau segala jenis satay
Kasi tapau segala jenis satay
Secara keseluruhannya, bagi saya secara peribadi, KESEMUA menu yang ditawarkan di Kafe Budak Boss memang SEDAP dan TERBAIK. Ini kerana saya pasti pemilik, iaitu Abg Mat, memberikan kasih sayang yang seimbang bagi setiap menu eh, he3.
Sebenarnya, kalau kita lihat Kafe Budak Boss hanya menawarkan 4 menu utama, iaitu CKT, satay, sizzling dan nasi ayam. Bukanlah tamak sepertimana sesetengah cafe yang semua jenis masakan yang wujud itu hendak dimasukkan ke dalam menu eh. Dengan masakan western, dengan masakan siam, dengan masakan melayu, dengan masakan cina, dengan masakan india, segaaalaaa jenis menu la dia nak buat. Tetapi akhirnya rasa kelaut dalam. Di Kafe Budak Boss, apa yang saya nampak, Abg Mat memlilih untuk memegang konsep 'Less is more'. Even, minuman yang ditawarkan juga dihadkan kepada menu yang basic & simple. Seperti teh, kopi, nescafe, milo, dan beberapa yang lain. Tiada segala jenis air buah ka, bobo #eh3 boba ka, capucino bagai ka. Simple, berkonsep gerai, tetapi rasa setiap satu eh memang tip top gitew. So silalah jangan semakkan otak berpusin-pusin dok request makanan dan minuman pelik2 naaaa kat Kafe Budak Boss he2 :P.
Untuk makluman anda, Kafe Budak Boss ini mempunyai dua lokasi operasi tau. HQ (tediaaaa jangan memain naaa :P) adalah di Taman Bukit. Cawangannya adalah di Jalan Sungai Rambai (bersebelahan dengan BH Petrol). Sepertimana yang dimaklumkan oleh pemilik, Abg Mat, beza kedua-duanya adalah waktu operasinya serta menu yang ditawarkan. Di HQ tiada menu CKT, oleh itu untuk yang ingin merasai CKT harus berkunjung ke cawangan Kafe Budak Boss di Jalan Sungai Rambai. Killer menu di HQ Kafe Budak Boss adalah nasi ayam tau3.
Bagi yang berminat untuk berkunjung ke Kafe Budak Boss, boleh rujuk perincian di bawah.
Kafe Budak Boss HQ (Taman Bukit)
Jalan taman bukit, Bukit kecil, Bukit mertajam 14000 Pulau Pinang
Jalan taman bukit, Bukit kecil, Bukit mertajam 14000 Pulau Pinang
Kafe Budak Boss Cawangan (Jalan Sungai Rambai)
~~~ The End ~~~
dappppnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ckt kambing....nak kena pi laaa
ReplyDeletesedap3
Deletesila3
insyaAllah tak menyesal
Psssssttt, weeeiii Jumie, akak kembang kuncup dah ni haaaaaa blogger pemeessshhh komen blog secoet akak ni haaaaaa. Nak gelak gulin2 saaaaaiiittt
terangkatttt... jom pi lagi
ReplyDeletewaalaikumussalam. perghhhhh terus lapaq ni, baru 11.30 pagi. hahaha
ReplyDeleteomg bestnye sate !!
ReplyDeleteray singgah follow sini ye. hehe
#283
lapaqnya bila tgk.. tak puas makan nasi ayam tau
ReplyDelete