Restoran Slim Pizza | Makan BEST Di Pulau Pinang
Restoran Slim Pizza | Makan BEST Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi Selasa para pembaca blog kesayangan saya. Pastinya anda ternanti-nantikan perkongsian seterusnya port menarik makan BEST di Pulau Pinang dari saya kan3. Untuk perkongsian kali ini, saya telah menjumpai satu port baaaaaiiikkkk punya yang WAJIB anda masukkan kedalam list JJCM Pulau Pinang anda. Dimanakah? Menu Apakah? Sedapkah? Apa yang menariknya? Haaaaaaaaaaaa, WAJIB baca entry ini sampai penghujung tau3.
Buffet D.I.Y Pizza Pertama Di Uatara | Restoran Slim Pizza
Buffet D.I.Y Pizza Pertama Di Uatara | Restoran Slim Pizza | Mendengar dari nama restoran ini sahaja, sudah pasti anda semua tahu apakah menunya kan3. TETAPIIIIIIII, tungguuuuu duluuuu. Restoran Slim Pizza ini bukan sekadar restoran pizza seperti yang kebiasaannya itu taaaaauuuu. Pernah dengar BUFFET PIZZA. Eat all you can a.k.a free flow? Do it yourself (DIY) your own pizza? Haaaaaaaaa, nindiaaaaa di Restoran Slim Pizza-lah lokasinya.
Restoran Slim Pizza telah beroperasi hampir 3 tahun dan merupakan restoran pertama yang menampilkan buffet DIY pizza di Utara. Sebenarnya, saya secara peribadinya tidak pernah lagi menjumpai mana-mana restoran (dalam Malaysia) yang mengetengahkan konsep unik seperti ini. Makanya apabila saya menjumpai Restoran Slim Pizza ini, sememangnya keterujaan untuk mencuba pertama kali itu sudah tidak dapat ditahan lagi. Tambahan pula kami sekeluarga memang penggemar makanan bercheese dan pizza.
Pemilik Restoran Slim Pizza merupakan seorang pengusaha muda, En. Hadi. Dimaklumkan dengan sokongan dari keluarga, dia memberanikan diri mengetengahkan konsep lain dari yang lain disewaktu kemuncaknya perusahaan restoran berasaskan stemboat dan grill yang tumbuh bagaikan cendawan slepas hujan gitew.
Alhamdulillah berkat dorongan dan sokongan keluarga, walaupun ada getir dan cabaran pada peringkat awal, tetapi akhirnya perusahaan ini dapat bertahan sehingga memasuki tahun ketiga. Apa yang dapat saya katakan adalah niat suci untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan menampakkan hasil. Untuk makluman, sebenarnya, niat utama pemilik Restoran Slim Pizza ini mengusahakan konsep restoran seperti ini adalah untuk memberikan ruang dan peluang untuk mengeratkankan hubungan kekeluargaan. Sambil bersama-sama DIY pizza, bergelak ketawa, dan mengisi masa bersama keluarga dengan gembira.
Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, jom bersama-sama saya melayari gambar berceritera di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Restoran Slim Pizza.
Restoran Slim Pizza di Sungai Petani
Bersebelahan dengan OYO Hotel
Table sitting di luar (hadapan cafe) sebagai tambahan
Table sitting dibahagaian dalam restoran
Terdapat juga satu kontena kecil dihadapan restoran sebagai kaunter take away pizza
Barisan buffet line di Restoran Slim Pizza
Pssstttt, meh sini nak beritahu sesiap, di Restoran Slim Pizza, ianya bukan sahaja menyediakan menu pizza didalam buffet linenya tau3. Untuk segala perincian menu eh, sila baca selanjutnya naaaaaaaaaaaa :P
Roti pizza mini a.k.a the pizza base bread gitew
Psssttt, comei2 weeeiii roti eh. Kecil molek he3. Pada permulaannya, saya merasakan roti ini macam agak tebal. Ini kerana saya lebih menggemari pizza base yang jenis nipis a.k.a crust tu haaaaa. Rangup kriuk2 gitew. Tetapiiiiii, pabila mencuba roti pizza mini ini, #eh3 sedap la pula he3. Memang sedang2 elok sahaja saiznya, ketebalannya tau3. Rotinya gebu elok pabila dibakar tau3. Lebih terasa ke-pizza-an eh jika menggunakan roti pizza mini seketul-seketul begitu tau3
Barisan toppings didalam freezer yang boleh dipilih
Pssstt, memang meriah tau barisan toppingnya. Dari pilihan jenis sayuran (cendawan, hirisan nenas, bawang holland, jagung, tomato, buah zaitun, lada benggala, cicli merah), peperoni (peperoni daging, peperoni ayam, sosej ayam) , bonito, daging (daging black pepper, daging cincang, daging salai), ayam (ayam masak merah, ayam cincang), pelbagai jenis bebola (fishball, crab stick, bebola ayam, bebola daging), isi tuna, seaweed, cendawan, mozarella cheese, dan juga sos pizza istimewa
Mozarella Cheeeseeeeeeeeeeeeeee
Pssstttt, inilah item yang dinanti-nantikan oleh Ibu dan Boboboy, he3. Kami kan hantu cheeeeeseeeeeeee :P
Sos pizza resipi istimewa olahan peribadi dari Restoran Slim Pizza
Pssttt, sepertimana yang dimaklumkan oleh Hadi, sos pizza ini dihasilkan mereka sendiri kerana sos merah (tomato) yang kebiasaannya digunakan itu kadang-kadang tidak kena dengan tekak sesetengah pengunjung. Mungkin kerana rasanya lebih masam (kan tomatooooo gitew). Dengan ini pihak Restoran Slim Pizza menghasilkan sos istimewa mereka sendiri. Kira mcm signature tersendiri Restoran Slim Pizaa haaaa gitew
Barisan topping yang boleh digunakan secara konsep free flow a.k.a eat all you can
Mushroom soup
Spaghetti carbonara dan marinara
Ayam goreng
Nuget
Buah tembikai dan roti bawang putih
Psssttt, roti bawang putih itu hanya perlu dibakar dan boleh terus dimakan begitu sahaja ataupun dicicah bersama sup cendawan
Nasi arab berserta air asam salatahara
Kari
Pelbagai jenis minuman (bergas, ice lemon tea, air bandung, ais kosong)
Alatan tambahan yang boleh diguna pakai semasa sesi mempizza gitew
Tadaaaaaaaaaaa
Ajjooooommm kita mulakan sesi mempizza DIY
Alatan utama untuk mempizza DIY
Barisan pilihan (permulaan) dalam mempizza kami 3beranak di hari kejadian he3
Garlic bread dan juga spaghetti sepinggan sebagai pembuka selera sementara menunggu pizza masak gitew he3
Sesi demo mempizza oleh pemilik Restoran Slim Pizza, En. Hadi
Nindiaaaa anak seketul mempizza
Pssstt, habis hati haaa Boboboy seketul dapat mempizza sendiri secara DIY. Nampak tak penuh mozarella cheese atas pizza tu, he3. Sedaaapppp weeeeeiiii. Tunggu sat saya belanja gambar sesi menikmati pizza yang telah siap dimasak
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tediaaaaaaaa
Meleleh haaaaaaaa weeeiii
Dugaan sungguhlah menjadi seorang food blogger ni kan3
Walaupun baru sahaja menikmati hidangan ini 2 hari yang lepas, tetapiiiiii pabila menatap gambar pizza di atas ini sekali lagi peerrrgghhhh, tak tertahan rasanya
Psssttt, untuk makluman, sebenarnya dalam tempoh dua hari ini, sudah ada dua jadual untuk repeat Restoran Slim Pizza ini tau3. Satu dengan rakan2 dan satu lagi dengan kakak sekeluarga haaaaa. Semua pakat sudah tidak tahan melihat kami 3 beranak mempizza DIY Sabtu lepas. Pakat tergoda selepas saya spam gambar dan video bertingkek2 di laman IG dan FB saya he3. Seriously ini merupakan pengalaman yang berbaloi2. Memang return on investment haaa. Kalau tidak takkanlah saya sanggup dari Pulau Pinang, menyeberangi laut untuk ke Sungai Petani nuuuunnn
Roti bawang putih dan sup cendawan ini memang terbaiiiiikkkkk
Pssstt, feel sungguhlah weeiii pabila mencicah roti bawang putih yang baru dibakar panas2 fresh dari mini oven depan mata, di celup di dalam sup cendawan itu. TERBAIK
Nasi arab yang dimakan bersama air asam salatahara
Nindiaaaaaa cheese tarik time Boboboy seketul
Psssttt, anak seketul tu punyalah excited bercheesy time sehinggakan setiap kali dia nak menikmati pizza eh, dia akan request rakam video eh. Seronok dok main tarik2 dengan cheese kekdahnya he3
The damage yang terhasil dipengakhirannya :P
Pssstt, sebenarnya pinggan mangkuk itu sedikit lagi dari damage sebenar yang berlaku. Kami 3 beranak cover tahap melantak dengan mengulangpakai pinggan mangkuk ini tau3. Barulah nampak bilangan yang sama sedangkan pusingan sebenar dah 2-3 kali weeiiii :P
Restoran Slim Pizza
FB : Restoranslimpizza
IG : slimpizzabuffet
~~~ The End ~~~
sedapnyaaa kak sha.. nk kena ajak pi ni
ReplyDelete