Friday, February 7, 2020

Ikea Batu Kawan | Girls Day Out Konon Eh

Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang | Girls Day Out Konon Eh

Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang  | Girls Day Out Konon Eh | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Esok merupakan hari sambutan Thaipusam. Makanya seperti biasa yang terjadi saban tahun, akan berduyun-duyunlah manusia yang akan mengeJAMkan Pulau Pinang bermula dari hari ini lagi. 

Sekolah Boboboy pun hari ni bagi balik awal, bermula jam 10.00 pagi. Makanya, Ibu terus mempentingkan (ni perkataan yang Boboboy guna :P) #eh3 memontengkan Boboboy seketul. Tak kuasa haaaihhhh, hantar sekejap kesekolah, nak masuk ofis, lepastu nak keluar pergi ambil pula. Dengan keadaan jalan yang sesak a.k.a jam, buat seteres Ibu jaaaaaa atas jalan nanti.

Berbalik kepada tujuan entry saya kali ini, sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman PERTAMA saya dan Boboboy seketul menjejakkan kaki ke IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang. Iyyyeeerrrrrr, PERTAMA kali. Haaiiiippppp, jangan dok gelakkan kami naaaa :P.

IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang


Hanya Kerana  Makanan | Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang 

Hanya Kerana  Makanan | Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang | Sekali lagi, iiyeeerrrrr, hanya kerana MAKANAN di IKEAlah saya teringin sangat untuk menjejakkan kaki ke sini. Sebenarnya, pertama kali saya menjejakkan kaki ke IKEA ialah di Damansara pada tahun 2013. Masa itu Mr Hubby ada kursus di KL. Ayah eh kursus, Ibu, Opah & Boboboy berjimba di IKEA he3.

Untuk trip ke IKEA Batu Kawan ni, dah lamaaaaaa dah request dgn adik2 tersayam (my colleagues) untuk buat girl trips gitew. Tapinyaaaaaa, pakat bajet lari, pakat bizi, maka tertangguhlah kekdahnya. Akhirnya pada sehari sebelum cuti CNY, plan ini menjadi weeeeiiiii. Ajoommm layan ceritera bergambar kami yang peghak buuiihhhhh, beramai-ramai mentekedarah di IKEA :P.

WAJIIIBBB keeennnnn posim cenggini :P

Psstttt, gigih weeeeiii iols dgn adik2 tersayam dok posim dekat port2 yang WAJIB posing he3. Kau ado posim maut dekat IKEA dengan SELIPAR jepun ???? Iols sudah, uols bila lagi #posimseliparjepundiikea gitewwwww :P

Haaaaaa, ni pun WAJIB keeennnn :P

Our foods

Psssttt, kami semua ada 3 org (Ibu/Ummi/Mama) bersama dua ketul jantan kecik weols he3. Kami share2 la makanan ni. Si Mama seketul tu tapau sbb jantan kecik eh dua ketul tak ikut he3. Next trip nak bawak empat2 ketul jantan kecik bersama-sama, bior ribut topan dalam IKEA tu he3 :P

IKEA Swedish Meatballs

Mushroom soup

Crunchy Almond Chocolate Cake

Psssttttt, haaaaaaa, meh sini nak komen sikit makanan dari IKEA ni. Meatball Swedish IKEA ni kan memang famous dan menjadi kegilaan ramai orang. Tetapinya, ada juga komen2 yang mengutuknya kan3. So, bagi saya secara peribadi, saya masih lagi boleh terima rasa meatball ini. Tidaklah nak kata sedap terlampau sampai termimpi-mimpi, ataupun bukanlah tak sedap langsung sehinggakan rasa menyesal ka apa ka. Kalau nak diikutkan ada ja meatball lain yang saya pernah makan yang lebih sedap he3. Tapi memang meatball IKEA ni lain la rasanya dari yang lain tu. Tak reti nak describe apa yang lainnya. Mungkin dari kombinasi dalam plate yang ditampilkan iaitu bersama jam serta kacang hijau kot he3. Mushroom soup memang kena dengan selera saya. Cukup rasa dan memang meriah dengan cendawan. Bagi keknya pula memang saya sangat, sangat, sangat suka weeeiiii. WAJIB makan kalau ada next visit he3 :P



Bila perut kenyang baruuuuuuuulah boleh berjimba-jimba dalam gudang IKEA gitew

Psssttt, maciam-maciam kerenah Ibu, Ummi dan Mama bersama dua ketul jantan kecik tu hoooiiiiii. Apapun memang enjoy sangat2. Makan2, gosip2 dan jalan2 cuci mata dengan dua ketui adik kesayangan iols ni taaaauuuuuuu. Tazabar nak tunggu next trip Ibu, Ummi, Mama dan keempat-empat ketul jantan kecik weols. Dah set dah next visit nak kena torai karipap eh, chicken wings eh dengan sekim eh. Haaaaa, nampak dop sekali lagi ke IKEA kerana makanan eh :P. Mek piqah & mek hanis lekaaaaiiihhh set date & time :P



~~~ The End ~~~

4 comments:

  1. pertama kali saya makan meatball ikea kat damansara, takleh nak telan. haha. kampung people sungguh la. hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. Karipap.. Eskem sehingget dia sedappp

    ReplyDelete
  3. i rarely went to ikea, tapi bila pegi untuk makan je haha

    ReplyDelete
  4. IKEA mana2 negeri memang best pi waktu pg. hahaa tak ramai org

    ReplyDelete