Friday, January 7, 2022

Chilli's Gurney Plaza  | Makan BEST di Penang

Chilli's Gurney Plaza  | Makan BEST di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi Jumaat penuh barokah untuk semua pembaca blog kesayangan. Baiklah sebelum saya memulakan 2022 Birthday Staycation ESOK, meh sini saya nak share addiction terbaru kami sekeluarga iaitu port JJCM terkini a.k.a Chilli's Gurney Plaza. Sebenarnya dah lama makan di Chilli's, cumanya tidaknya sampai ke tahap nak selaluuu, gitchew. Tetapi bermula dari bulan lepas, Chilli's telah mola menjadi our favourite spot for having lunch or dinner, dan sememangnya menjadi kebiasaan kami kalau nak makan Chilli's, kami akan ke Gurney Plaza. Saya tak pastilah pula jika di Penang, Chilli's mempunyai cawangan di lokasi lain. 


Secara amnya, Chilli's ni merupakan sebuah restoran beasaskan Texas-Mexican kind of foods. Tetapi througout the years, Chilli's sudah mengembangkan menunya lebih meluas dengan menambah kepada mix of Southwestern-inpired, classic American and international flavour (haaaaaa, hat ni saya dapat dari website dia naaa :P). 


Baiklah, saya malas dah nak membebel panjang, ajiioomm layan ceritera kami di Chilli's Gurney Plaza................


Ni kira on November 2021 punya visit, just Ibu & Boboboy


Psssttt, tu Boboboy dok kusyuuukkk mewarna and jawab puzzles & riddles Chilli's tu haaaaaaa. Kan memang untuk kids diorang akan bagi satu set (brochure & crayon color). Memang bagus kan3. Dapatlah the kids buat something activities sementara menunggu the foods kan3.


On that day saya just order satu main dish and Boboboy dapat eat for FREE

Psssttt, memang dekat Chilli's ni kalau kita order one main course, kita akan entitle untuk dapat one kids meal for FREE. Dan kerana inilah juga kami sookaaaaa ke Chilli's, jiimaaaaatt avelanja, gitchew. So on that day saya order Big Mouth Bites (iaitu 4 mini burgers dengan beef bacon, cheddar cheese, sauted onions & jalapeno-ranch, dan sides dia crispy onions rings & fries), rege eh RM31.95. Then untuk FREE kids menu kami pilih Grilled Chicken Bites & Fries. Untuk air saya ambil Minute Maid Orange Fruit Drink dan untuk Boboboy Milo ais (air Boboboy pun FREE sbb memang termasuk dan set for kids tu haaaaaa). Dan lagi satu yang best adalah air ni FREE REFILL weeeeeeeeiiii. Tapi tak semua laaa naaaaaaa. Yang FREE REFILL hanya yang dalam category fountain drinks, hot drink and friut juices. Ohooiiii, sokaanyaaaa he3


Ni versi zoom in our burgers of the day


Ni pula choices of menu set for kids meal
Psssttt, ikutkan rege satu set tu RM9.95, taaaaapiiiiii, akan dapat FREE dengan satu main menu, gitchew

Next is our visit last month semasa Sisters Staycation. Kali ni bawa rombongan cik shikin dari Banting, Selangor :P.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Appertizer : Texas Cheese Poppers (8biji breaded cheese bites dgn filling Monterey Jack cheese, cheddar cheese & cilantro, dan dihidang bersama Chipotle-ranch sauce sebagai dipping), RM18.95

Pssstt, hat ni kesokaan Boboboy. Yerla, mengkala kata apa-apa yang berkaitan dengan CHEESE memang kesokaan jantan seketul Ibu Ayah la kan3 :P


Main Dish 1 : Fajita Trio (grilled chicken, beef & prawns), RM52.95

Pssstt, menu ni lebih kepada sharing tau3, sebab memang banyak. Menu ni secara detailsnya terdiri daripada sizzling plates yang didalamnya berisi hasil grill isi ayam, daging dan juga udang bersama chipotle-garlic butter, cilantro, green peppers & onions. Dihidangkan bersama dgn tortilas dan pilihan toppings (shredded lettuce, pico de gallo, mixed cheese, sour cream, fresh guacamole dan fresh salsa). Haaaaaa, berderet items eh kan3, semua tu saya dapatkan dari laman web rasmi Chilli's :P. Saya dan my sister sukaaaaaaa menu ini. My sister suka sebab banyaaaaakkk sayoq, saya suka sebab sedap gilaaaa grill beef & prawn tu bila makan bersama tortilas yang lembuuiiiiittt tau3. Salsa dia pun sedap naaaaa. Elok sampai kemeja memang semerbak bau grill, panas2, berasap2


Main Dish 2 : Masih lagi dengan kesokaan kami semua a.k.a Big Mouth Bites


Kids FREE meal : Grilled Chicken Bites & Fries dan Cheese Pizza

Pssstt, yang burger ayam tu sah2 la kesokaan kan3, tapi yang pizza tu pun sedaaapppsss nak matiiik. Pizza avodo kosong saja taaauuu, tapi sedaaaapppsss. Roti dia memang sedap gila, lembuit di dalam rangup diluar, topping tomato sauce dengan cheese tu pun secukup rasa, dah tak perlu ada bahan-bahan topping tambahan


Baverages : FREE REFILL, kami pilih Milo for the kids, dan untuk me and my sister we choose cappuccino & lemonade


Secara keseluruhannya, memang best dan berbaloi untuk menikmati hidangan di Chilli's bersama keluarga dan kawan-kawan tau3. Boboboy dah request to have his Birthday lunch dekat Chilli's this coming Wednesday dah haaaaaaaa :). So kalau anda pun teringin cuba, memang saya rekemen juga. Sehingga berjumpa dalam next entry, Assalammualaikum dan stay safe semua.



~~~ The End ~~~

2

Wednesday, January 5, 2022

Penang Foodies Always Takes' Your Breath Away, Gitchew | Wordless Wednesday #2/2022

Penang Foodies Always Takes' Your Breath Away, Gitchew | Wordless Wednesday #2/2022 | Assalammualaikum dan selamat petang sekali lgi. Last entry for today dan masih lagi dengan tema eh WW................



















~~~ The End ~~~

0

Deco-deco Dapur Secoetku | Wordless Wednesday #1/2022

Deco-deco Dapur Secoetku | Wordless Wednesday #1/2022 | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Ajiom layan 1st ever WW for the year 2022 :P.





~~~ The End ~~~

0

Tuesday, January 4, 2022

Sisters Staycations | Dari Tahun 2020 Membawa Ke Tahun 2021 Dan Dicoretkan Pada Tahun 2022

Sisters Staycations | Dari Tahun 2020 Membawa Ke Tahun 2021 Dan Dicoretkan Pada Tahun 2022 | Assalammualaikum dan selamat petang. Sebelum memulakan coretan, disini saya ingin membuat penerangan awal bahawa entry ini merupakan entry TERTUNGGAK dari tahun 2020 :P. Iyeeerrrr berabadnya la haaaiiii, dok tertangguh nak berkongsi sisters staycation, sehinggakan dah berlaku selama 2 tahun yang berbeza. Iyerla dari staycation selepas PKP 2.0 sehingga staycation sesudah PKP 3.0 :P. Tapiiiii, apadahal keeeennn, asal dapat dicoretkan sebagai kenangan kira ok leteeewww kan2 he3 :P.


Sebenarnya, memang sudah menjadi lumrah untuk kami adik beradik untuk meluangkan masa bersama dengan staycations. Iyerla, saya hanya mempunyai seorang kakak sahaja, dan beliau menetap di Selatan tanah air. So kalau nak berkumpul tu memang jarang sangat la kan3. Kena tunggu cuti sekolah, atau cuti hari perayaan sahaja la kan3. Sedari arwah Opah masih ada, sememangnya pabila tiba waktu kakak saya nak balik ke Utara, makanya kami akan plan untuk staycation kami adik beradik bersama anak-anak. Para suami sila kelola diri sendiri untuk 2 atau 3 hari itu kekdahnya he3. 

Berbalik kepada ceritera sisters staycation selepas PKP 2.0 pada bulan Julai 2020, itinerari adalah seperti biasa WAJIB ada sesi memuaskan nafsu serakah dengan JJCM serta beachin & poolin. Ajiom layan ceritera bergambar dibawah.


SISTERS STAYCATION 2020


Tuuuuuu, sila la tengok seketul-seketul muka sekupu2 (sepupu :P) tuuuuuuu haaaaaa


Pssstt, tu yang anak dara sorang tu, dok membebel jaaa kije dia. Dah dia sorang ja perempuan, mana nak boleh masuk sangat dengan jejaka dua ketul tu. Boys will always be boys. Tengok la muka tak heran Boboboy seketul tu he3. Penyudahnya dua ketul jejaka tu tak heran pun bebelan si anak dara, mereka tetap meneruskan sesi suap menyuap antara mereka he3. Moncong teruih anak dara seketul tu :P. Begitulah mereka, seminit o.k, seminit k.o. Oh ya, ini semasa sesi JJCM nasi ayam & soto di Nazir Nasi Ayam Bayan Baru naaaaaa


Sesi JJCM di The BRGR dan Urban Artisan, Georgetown


Pssstt, sebenarnya saya sekeluarga sudah pernah menikmati hidangan di kedua-dua lokasi ini, makanya kali ini bawa rombongan cik kiah dari Selangor pula he3


Aduduuuuuuuu Boboboy seketul ooiiiiiii


Ini sesi sarapan di port WAJIB kami sekeluarga denga menu eh nasi lemuni dan roti bakar telur gegar di Sungai Ara


Meneruskan perjalanan untuk pulang ke Taiping untuk menziarahi pusara arwah Opah eh


Al Fatihah Mak
Norsiah Binti Dahanan


Kembali ke Penang dan sambung JJCM di Danish Briyani, Batu Ferringhi


Last minit tempah chalet depan laut di Batu Ferringhi


Pssstt, location wise memang thorbaik kerana betul-betul terletak di hadapan pantai dan laut Batu Feringhi. Lokasi chalet juga berdekatan dengan pelbagai gerai makanan dan medan selera. Tapiiiii janganlah meletakkan harapan tinggi untuk situasi biliknya naaaaaaa. Sekadar boleh la buat habuan pelepas tidur untuk satu malam


Jadinya dari tengah hari membawa ke petang, sila laaaaa berendam puas-puas wahai anak-anak


Psssstt, sempat juga ber BBQ pada sebelah petang dan sememangnya laksa dekat situ sedappppssss ya amat. Teringat sehingga sekarang weeeiiii


Ini sesi JJCM Di Ferringhi Garden pula


Pssstt, sebenarnya ini unplanned JJCM. Ketika itu kami semua masih kekenyangan dan hanya keluar selepas maghrib untuk jalan-jalan ambil angin di tepian pantai sahaja. Tetiberrrrrr, jalan punya jalan, tersampai ke Ferringhi Garden. Anak-anak dahaga, so terus la singgah. Sememangnya cantek tak sanggah la interior Ferringhi Garden. Harga menu pun sessuuaaaaii la sangat dengan ambiance-nya kan3. Yang kesana pun dressing kemahin, yerla restoran ni kan untuk orang ado-adoooooo, tapi kami-kami ni ja yang sememeh, siap anak-anak dengan berbaju tido bagai haaaa he3. Tapi apadahal keeeennn. Kita bayar kan3, so just chill and enjoy jaaaaaa :P


Sesi terakhir beachin sebelum check out chalet



SISTERS STAYCATION 2021


Dimulakan dengan sesi check in Berjaya Hotel Penang


Pssstt, oleh kerana saya masih bekerja pada hari kejadian, makanya my sister yang perlu kelola untuk sesi check in bersama anak-anak. Macam biasa, setel urusan check in dalam jam 11.00am, bilik belum tersedia, makanya my sister layan anak-anak mandi pool la keeenn. Berendam sakan sehingga jam 2.00petang, terus masuk bilik. Dah kelaparan semua he3. Memang saya sudah bekalkan segala kudapan dan makanan segera yang boleh untuk anak-anak lapik perut sebelum our early dinner after saya habis kerja. Dalam jam 4.00pm, saya habis kerja, terus ke hotel dan kami semua keluar bersama-sama ke Gurney Plaza. Aim utama adalah untuk dinner di Chlli's. Review penuh next entry ok. Dah kenyang perut anak beranak, kami sambung ronda-ronda di persiaran Karpal Sigh dan barulah kembali semula ke hotel untuk beraduuuuuuuu


Keesokannya sambung lagi sesi renangan di kolam renang la keeeeeennn


Sebelum check out, kami menikmati sedikit hidangan di cafe hotel


Pssstt, ambil dua menu sahaja, kongsi rasa sorang sikit. Sebabnya dah check out nanti plannya memang nak go for lunch. Tapi dah anak-anak teringin makan di cafe hotel, kita layankan ajeeerrrr he3


Alhamdulillah rezekiiiiiii 


Pssstt, elok check out tibeeeeerrr ja my sister ajak pi kedai emaih. Then tibbeeerr my sister offer avelanjer cincin adik beradik gitchew he3


Kemudian sambung sesi makan tengah hari di Pak Din Nasi Dlacha Jelutong dan Ufairah Naan Cheese Jelutong


Psstt, tapinya gambar nan hadooo kerana masing-masing dah kebuluran. Cuma sempat snap gambar naan cheese nan seketul ja haaaa, he3. Yang lain semua dah maciam ikan piranha dah haaa, depa kira nak ngaaaaapp terus :P. 


Saaaiiiiittt, tak habis lagi weeeiii. Kami sambung lagi dengan sesi beachin di Pantai Teluk Bayu


Pssstt, tetengah hari rembang, dalam 2.00pm kami 5beranak dok mandi laut hooiiiii. Adalah juga dalam 3-4 group keluarga lain yang turut mandi time tu, tetapiiiiiii ramaaauuu yang dok lepak2 ja dkt pantai tu, he3. Melayan anak2 mandi dekat 2jam la juga, baru kami mula insooofff. Maka moh la kite beransur balik he3. Pakat legam dah memasing :P



Inilaaaahhh hasil terakhir semasa kami dalam perjalanan kembali kerumah pada petang itu he3 :P


Itinerari WAJIB setiap kali sisters staycation adalah sesi ziarah pusara arwah Opah eh
Al Fatihah Mak
Norsiah Binti Dahanan


Pssstt, makanya berakhirlah sudah sisters staycation tahun 2020 dan 2021, kite-kite ajeeerrrrr. Simple tapi kami semua enjoooyyyyy. Yang paling penting adalah bersama yang tersayang, mengeratkan bonding sekupu2 #eh3 sepupu2 dan adik beradik



~~~ The End ~~~

0