Chilli's Gurney Plaza | Makan BEST di Penang
Chilli's Gurney Plaza | Makan BEST di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi Jumaat penuh barokah untuk semua pembaca blog kesayangan. Baiklah sebelum saya memulakan 2022 Birthday Staycation ESOK, meh sini saya nak share addiction terbaru kami sekeluarga iaitu port JJCM terkini a.k.a Chilli's Gurney Plaza. Sebenarnya dah lama makan di Chilli's, cumanya tidaknya sampai ke tahap nak selaluuu, gitchew. Tetapi bermula dari bulan lepas, Chilli's telah mola menjadi our favourite spot for having lunch or dinner, dan sememangnya menjadi kebiasaan kami kalau nak makan Chilli's, kami akan ke Gurney Plaza. Saya tak pastilah pula jika di Penang, Chilli's mempunyai cawangan di lokasi lain.
Secara amnya, Chilli's ni merupakan sebuah restoran beasaskan Texas-Mexican kind of foods. Tetapi througout the years, Chilli's sudah mengembangkan menunya lebih meluas dengan menambah kepada mix of Southwestern-inpired, classic American and international flavour (haaaaaa, hat ni saya dapat dari website dia naaa :P).
Baiklah, saya malas dah nak membebel panjang, ajiioomm layan ceritera kami di Chilli's Gurney Plaza................
Ni kira on November 2021 punya visit, just Ibu & Boboboy
Psssttt, tu Boboboy dok kusyuuukkk mewarna and jawab puzzles & riddles Chilli's tu haaaaaaa. Kan memang untuk kids diorang akan bagi satu set (brochure & crayon color). Memang bagus kan3. Dapatlah the kids buat something activities sementara menunggu the foods kan3.
Ni versi zoom in our burgers of the day
Ni pula choices of menu set for kids meal
Psssttt, ikutkan rege satu set tu RM9.95, taaaaapiiiiii, akan dapat FREE dengan satu main menu, gitchew
Next is our visit last month semasa Sisters Staycation. Kali ni bawa rombongan cik shikin dari Banting, Selangor :P.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Appertizer : Texas Cheese Poppers (8biji breaded cheese bites dgn filling Monterey Jack cheese, cheddar cheese & cilantro, dan dihidang bersama Chipotle-ranch sauce sebagai dipping), RM18.95
Pssstt, hat ni kesokaan Boboboy. Yerla, mengkala kata apa-apa yang berkaitan dengan CHEESE memang kesokaan jantan seketul Ibu Ayah la kan3 :P
Main Dish 1 : Fajita Trio (grilled chicken, beef & prawns), RM52.95
Pssstt, menu ni lebih kepada sharing tau3, sebab memang banyak. Menu ni secara detailsnya terdiri daripada sizzling plates yang didalamnya berisi hasil grill isi ayam, daging dan juga udang bersama chipotle-garlic butter, cilantro, green peppers & onions. Dihidangkan bersama dgn tortilas dan pilihan toppings (shredded lettuce, pico de gallo, mixed cheese, sour cream, fresh guacamole dan fresh salsa). Haaaaaa, berderet items eh kan3, semua tu saya dapatkan dari laman web rasmi Chilli's :P. Saya dan my sister sukaaaaaaa menu ini. My sister suka sebab banyaaaaakkk sayoq, saya suka sebab sedap gilaaaa grill beef & prawn tu bila makan bersama tortilas yang lembuuiiiiittt tau3. Salsa dia pun sedap naaaaa. Elok sampai kemeja memang semerbak bau grill, panas2, berasap2
Main Dish 2 : Masih lagi dengan kesokaan kami semua a.k.a Big Mouth Bites
Kids FREE meal : Grilled Chicken Bites & Fries dan Cheese Pizza
Pssstt, yang burger ayam tu sah2 la kesokaan kan3, tapi yang pizza tu pun sedaaapppsss nak matiiik. Pizza avodo kosong saja taaauuu, tapi sedaaaapppsss. Roti dia memang sedap gila, lembuit di dalam rangup diluar, topping tomato sauce dengan cheese tu pun secukup rasa, dah tak perlu ada bahan-bahan topping tambahan
Baverages : FREE REFILL, kami pilih Milo for the kids, dan untuk me and my sister we choose cappuccino & lemonade
Secara keseluruhannya, memang best dan berbaloi untuk menikmati hidangan di Chilli's bersama keluarga dan kawan-kawan tau3. Boboboy dah request to have his Birthday lunch dekat Chilli's this coming Wednesday dah haaaaaaaa :). So kalau anda pun teringin cuba, memang saya rekemen juga. Sehingga berjumpa dalam next entry, Assalammualaikum dan stay safe semua.
~~~ The End ~~~
pernah 2x je makan kat chilis ni kat KL. best makan situ.
ReplyDeletesaya pun suka
Deletetapi sekali boleh la
rakyat marhaen keeennn he3