Alhamdulillah, Rezeki Awal Tahun 2022 | Duit Asyuuukk Dengan Dividen ASB
Alhamdulillah, Rezeki Awal Tahun 2022 | Duit Asyuuukk Dengan Dividen ASB | Assalammualaikum dan selamat petang sekali lagi para pembaca kesayangan :). Para pelabur dah check ka beluuummm dividen ASB anda???? he3. Saya ni dari awal pagi 3 Januari 2022 dah check haaa. Almaklum laaa, excited sebab dah agak lama terhenti pelaburan dalam ASB kekdahnya he3.
Alhamdulillah, dengan rezeki lebih sedikit yang Allah limpahkan semula pada tahun lepas, makanya saya cuba untuk mula semula pelaburan ASB saya. Iyerla, sekarang ini sememangnya adalah penting untuk kita mempunyai simpanan dan yang lebih baik serba sedikit pelaburan kan3. Ekonomi negara yang terumbang ambing, ditambah dengan keberadaan Covid-19, ramai yang terkesan kan3. Makanya adalah lebih baik untuk kita cuba membuat persiapan serba sedikit untuk hari-hari kedepan nanti kan3.
Kalau nak diikutkan, memang sedari tahun 2009 lagi saya sudah mula menglibatkan diri di dalam pelaburan ASB. Diketika itu, ianya bermula kerana saya membuat pinjaman simpanan ASB. Masa tu memang lebat laaaa dividen eh tetiap tahun weeeii. 11%, 10% dan paling avodoooo pun di masa itu dalam 8%. Riban-riban jugalah dividen yang diperolehi haaaaa. Kemudiannya pada tahun 2011 saya dah surrender pinjaman ASB saya itu. Selepas itu sememangnya sangat-sangat lagha dan lupa daratan dah kehidupanku :P. Bab simpanan ka, pelaburan kaaaa, tidak ada dalam kamus hidup he3. Asyik enjoooyyyy dan lived my life kata omputeh he3.
Sehinggalah saya sekeluarga melalui fasa keSUSAHan pada tahun 2018. Betul2 sesudah arwah Opah eh meninggalkan kami. Tidak pernah terfikir atau terlintas di benak fikiran, kami akan melalui fasa sebegitu sebenarnya. Tapi itulah kuasa Allah yang Maha Esa, sekejap sahaja Allah tunjukkan kuasaNya. Terduduk kami suami isteri. Inilah yang dikatakan Allah hendak menunjukkan bahawa rezeki yang kami nikmati sebelum ini merupakan bahagian arwah Opah eh kan3. Bila mana arwah Opah telah kembali kepadaNya, maka terputuslah rezeki itu.
Sebenarnya, tidak ramai yang tahu keadaan kami ketika itu. Hanya kakak saya bersama beberapa orang sahabat yang saya anggap seperti adik beradik sahaja yang tahu. Owh, saya juga dihadirkan dengan seorang bos yang sangat-sangat peka dan murah hati, sedari dari hari pertama saya mula bekerja lagi. Hanya mereka2 inilah yang banyak menghulurkan bantuan untuk kami bangkit semula. Allah Maha Adil, Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah ambil semula nikmat mempunyai mak, tapi Allah hadirkan ramai orang dikeliling saya ketika saya memerlukan. Syukur Alhamdulillah.
Jika nak diikutkan, kita yang dewasa ini tidaklah terkesan sangat kalau hidup susah, tetapi kesiankan anak ja sebenarnya kan3. Iyerla, tak pernah dari lahir lagi Boboboy melaluinya. Sehinggalah saat pabila Allah ambil Opah eh, Allah uji dengan kesusahan Ibu Ayah eh pula. Tahap kesusahan itu benar-benar menyentak saya pabila satu situasi dimana saya tidak mampu untuk membelikan coklat choki choki untuk Boboboy, kerana baki wang yang ada dimasa itu hanya cukup untuk membeli sedikit sayur dan telur bagi menu kami sekeluarga pada minggu itu, sehingga dapat gaji pada minggu seterusnya. Allahu, menitis air mata Ibu. Tapi saya bersyukur kerana, walaupun Boboboy dibesarkan dalam kehidupan yang boleh dikatakan senang (bukanlah kaya raya, tapi tidaklah susah kan3), dia seorang yang amat memahami bila kita katakan tidak kepadanya. Contohnya Ibu tak cukup duit nak belikan apa-apa barang yang dia inginkan, atau Ibu Ayah dah tidak dapat untuk bawa dia bercuti-cuti atau makan-makan seperti sebelum ini. Boboboy memang sangat-sangat memahami. Dia OK jika tidak dapat apa yang dimintanya. Syukur Alhamdulillah.
Selama lebih kurang 2tahun jugalah kami cuba bangkit, kami cuba mengatur semula kehidupan, kami cuba stabilkan kewangan keluarga. Syukur, dikala ramai yang terkesan dek wabak Covid-19, kami sekeluarga pula telah mula boleh bernafas bermula dari ketika itu. Itulah yang dikatakan cubaan dan rezeki setiap insan berbeza, Allah adalah sebaik-baik perancang. Setelah setahun kewangan kembali stabil, tahun berikutnya, iaitu tahun lepas, barulah saya berkemampuan untuk memikirkan kembali perihal simpanan dan juga pelaburan. Makanya mulalah kembali mengaktifkan akaun ASB, he3. Dan tanggal hari ini, 3 Januari 2022 merupakan tanggal untuk saya kembali merasai kegembiraan menikmati dividen pelaburan gitchew. Tidaklah sebanyak mana, tapi tetap bersyukur dengan rezeki Allh. Moga-moga kedepan nanti lebih lagi nikmat rezeki Allah limpahkan, amiiiiiinn.
Dividen 4.25%, dengan tambahan bonus 0.75%
Psstttt, walaupun inilah dividen & bonus paling rendah pernah saya nikmati, tetapi Alhamdulillah. Memang ada peluang pelaburan yang lain sebenarnya, tetapi saya buat masa ini lebih selesa dengan ASB, gitchew
~~~ The End ~~~
Jangan lupa ketepikan sedikit untuk zakat wang simpanan (2.5% )
ReplyDeleteInsyaAllah
Deleteterima kasih atas peringatan