Sisters Staycations | Dari Tahun 2020 Membawa Ke Tahun 2021 Dan Dicoretkan Pada Tahun 2022
Sisters Staycations | Dari Tahun 2020 Membawa Ke Tahun 2021 Dan Dicoretkan Pada Tahun 2022 | Assalammualaikum dan selamat petang. Sebelum memulakan coretan, disini saya ingin membuat penerangan awal bahawa entry ini merupakan entry TERTUNGGAK dari tahun 2020 :P. Iyeeerrrr berabadnya la haaaiiii, dok tertangguh nak berkongsi sisters staycation, sehinggakan dah berlaku selama 2 tahun yang berbeza. Iyerla dari staycation selepas PKP 2.0 sehingga staycation sesudah PKP 3.0 :P. Tapiiiii, apadahal keeeennn, asal dapat dicoretkan sebagai kenangan kira ok leteeewww kan2 he3 :P.
SISTERS STAYCATION 2020
Tuuuuuu, sila la tengok seketul-seketul muka sekupu2 (sepupu :P) tuuuuuuu haaaaaa
Pssstt, tu yang anak dara sorang tu, dok membebel jaaa kije dia. Dah dia sorang ja perempuan, mana nak boleh masuk sangat dengan jejaka dua ketul tu. Boys will always be boys. Tengok la muka tak heran Boboboy seketul tu he3. Penyudahnya dua ketul jejaka tu tak heran pun bebelan si anak dara, mereka tetap meneruskan sesi suap menyuap antara mereka he3. Moncong teruih anak dara seketul tu :P. Begitulah mereka, seminit o.k, seminit k.o. Oh ya, ini semasa sesi JJCM nasi ayam & soto di Nazir Nasi Ayam Bayan Baru naaaaaa
Sesi JJCM di The BRGR dan Urban Artisan, Georgetown
Pssstt, sebenarnya saya sekeluarga sudah pernah menikmati hidangan di kedua-dua lokasi ini, makanya kali ini bawa rombongan cik kiah dari Selangor pula he3
Aduduuuuuuuu Boboboy seketul ooiiiiiii
Ini sesi sarapan di port WAJIB kami sekeluarga denga menu eh nasi lemuni dan roti bakar telur gegar di Sungai Ara
Meneruskan perjalanan untuk pulang ke Taiping untuk menziarahi pusara arwah Opah eh
Al Fatihah Mak
Norsiah Binti Dahanan
Kembali ke Penang dan sambung JJCM di Danish Briyani, Batu Ferringhi
Last minit tempah chalet depan laut di Batu Ferringhi
Pssstt, location wise memang thorbaik kerana betul-betul terletak di hadapan pantai dan laut Batu Feringhi. Lokasi chalet juga berdekatan dengan pelbagai gerai makanan dan medan selera. Tapiiiii janganlah meletakkan harapan tinggi untuk situasi biliknya naaaaaaa. Sekadar boleh la buat habuan pelepas tidur untuk satu malam
Jadinya dari tengah hari membawa ke petang, sila laaaaa berendam puas-puas wahai anak-anak
Psssstt, sempat juga ber BBQ pada sebelah petang dan sememangnya laksa dekat situ sedappppssss ya amat. Teringat sehingga sekarang weeeiiii
Ini sesi JJCM Di Ferringhi Garden pula
Pssstt, sebenarnya ini unplanned JJCM. Ketika itu kami semua masih kekenyangan dan hanya keluar selepas maghrib untuk jalan-jalan ambil angin di tepian pantai sahaja. Tetiberrrrrr, jalan punya jalan, tersampai ke Ferringhi Garden. Anak-anak dahaga, so terus la singgah. Sememangnya cantek tak sanggah la interior Ferringhi Garden. Harga menu pun sessuuaaaaii la sangat dengan ambiance-nya kan3. Yang kesana pun dressing kemahin, yerla restoran ni kan untuk orang ado-adoooooo, tapi kami-kami ni ja yang sememeh, siap anak-anak dengan berbaju tido bagai haaaa he3. Tapi apadahal keeeennn. Kita bayar kan3, so just chill and enjoy jaaaaaa :P
Sesi terakhir beachin sebelum check out chalet
SISTERS STAYCATION 2021
Dimulakan dengan sesi check in Berjaya Hotel Penang
Pssstt, oleh kerana saya masih bekerja pada hari kejadian, makanya my sister yang perlu kelola untuk sesi check in bersama anak-anak. Macam biasa, setel urusan check in dalam jam 11.00am, bilik belum tersedia, makanya my sister layan anak-anak mandi pool la keeenn. Berendam sakan sehingga jam 2.00petang, terus masuk bilik. Dah kelaparan semua he3. Memang saya sudah bekalkan segala kudapan dan makanan segera yang boleh untuk anak-anak lapik perut sebelum our early dinner after saya habis kerja. Dalam jam 4.00pm, saya habis kerja, terus ke hotel dan kami semua keluar bersama-sama ke Gurney Plaza. Aim utama adalah untuk dinner di Chlli's. Review penuh next entry ok. Dah kenyang perut anak beranak, kami sambung ronda-ronda di persiaran Karpal Sigh dan barulah kembali semula ke hotel untuk beraduuuuuuuu
Keesokannya sambung lagi sesi renangan di kolam renang la keeeeeennn
Sebelum check out, kami menikmati sedikit hidangan di cafe hotel
Pssstt, ambil dua menu sahaja, kongsi rasa sorang sikit. Sebabnya dah check out nanti plannya memang nak go for lunch. Tapi dah anak-anak teringin makan di cafe hotel, kita layankan ajeeerrrr he3
Alhamdulillah rezekiiiiiii
Pssstt, elok check out tibeeeeerrr ja my sister ajak pi kedai emaih. Then tibbeeerr my sister offer avelanjer cincin adik beradik gitchew he3
Kemudian sambung sesi makan tengah hari di Pak Din Nasi Dlacha Jelutong dan Ufairah Naan Cheese Jelutong
Psstt, tapinya gambar nan hadooo kerana masing-masing dah kebuluran. Cuma sempat snap gambar naan cheese nan seketul ja haaaa, he3. Yang lain semua dah maciam ikan piranha dah haaa, depa kira nak ngaaaaapp terus :P.
Saaaiiiiittt, tak habis lagi weeeiii. Kami sambung lagi dengan sesi beachin di Pantai Teluk Bayu
Pssstt, tetengah hari rembang, dalam 2.00pm kami 5beranak dok mandi laut hooiiiii. Adalah juga dalam 3-4 group keluarga lain yang turut mandi time tu, tetapiiiiiii ramaaauuu yang dok lepak2 ja dkt pantai tu, he3. Melayan anak2 mandi dekat 2jam la juga, baru kami mula insooofff. Maka moh la kite beransur balik he3. Pakat legam dah memasing :P
Inilaaaahhh hasil terakhir semasa kami dalam perjalanan kembali kerumah pada petang itu he3 :P
Itinerari WAJIB setiap kali sisters staycation adalah sesi ziarah pusara arwah Opah eh
Al Fatihah Mak
Norsiah Binti Dahanan
Pssstt, makanya berakhirlah sudah sisters staycation tahun 2020 dan 2021, kite-kite ajeeerrrrr. Simple tapi kami semua enjoooyyyyy. Yang paling penting adalah bersama yang tersayang, mengeratkan bonding sekupu2 #eh3 sepupu2 dan adik beradik
No comments:
Post a Comment