Tuesday, March 29, 2022

Balik Kampung Iftar Buffet Di Eastin Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2022 Di Penang

Balik Kampung Iftar Buffet Di Eastin Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2022 Di Penang

Balik Kampung Iftar Buffet Di Eastin Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2022 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi para pembaca semua. Sememangnya kita semakin menghampiri bulan mula bulan Ramadhan tahun 2022. Pastinya kita umat Islam, semakin teruja dan bersemangat untuk meneruskan ibadat puasa dan amalan-amalan sunat sempena bulan penuh berkat ini kan3.


Selain itu, bulan Ramadhan juga merupakan bulan yang boleh kita ambil peluang untuk mengeratkan hubungan dan silaturahim sesama keluarga dan juga sahabat handai iaitu dengan berbuka besama-sama beramai-ramai. Sudah semestinya ramai diantara kita sudah mulai riki-riki, tawaran buffet Ramdhan yang berdeketan kan3. Dengan itu, pada kali ini saya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang yang akan menawarkan buffet berbuka puasa sempena bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Namanya sudah tidak asing lagi, iaitu Eastin Hotel Penang. Mengetengahkan tema yang dekat di hati semua iaitu Balik Kampung Iftar Buffet, dan ini semestinya menjanjikan menu serta hidangan air tangan Ibu yang pasti menggamit kenangan di kampung halaman. Elok rasanya kita teruskan review terperinci dengan ceritera bergambar di bawah, ajiiioooooommm.


Barisan buffet di Swez Brasseries, Eastin Hotel Penang


PEMBUKA SELERA

Barisan pembuka selera yang terdiri daripada ulam-ulaman tempatan bersama pelbagi jenis sambal, salad & aneka jenis dressing, aneka jenis kerabu, aneka jenis buah-buahan segar, ketupat dan lemang bersama rendang (ayam & ekor lembu) dan serunding (ayam & daging)


Psssttt, dalam bahagian ini, sah-sah cap Ibu & anak serbu ketupat lemang itu dulu kan3. Kita ghayeeerrrr awai tema eh he3. Pertama kali dalam hidup saya, saya dapat melihat dan merasa rendang ekor lembu. Nampak dak minyak asli dari lelemak ekor ituuuu, alahai enaknya. Rendang ayam dan serundingnya juga tidak kalah tau3


MENU UTAMA


Barisan menu utama yang terdiri daripada sambal tempe & kacang buncis, burung puyuh goreng madu, ketam goreng berempah, mussles masak paprik, sotong masak lemak, udang masak merah, tandoori kambing, gulai daging, ayam percik, nasi putih, spaghetti aglio olio with assorted mushroom,  bubur lambuk daging, pasembor, serta aneka jenis keropok (ikan, udang, papadom)


Psssttt, ya ampuuuunnnn. Pertama kali saya review buffet Ramadhan dan terpesona dengan kesemua barisan menu masakan yang dihidangkan di dalam barisan menu utama ni taaauuuuu. Seriously semuaaaaaaaa yang disenaraikan di atas memang menarik perhatian & menggamit kenangan betul. Belum rasa tau, baru lihat dan hidu. Mana nak dapat weeeiii dekat hotel hidang burung puyuh???? Saya tak tahu la orang lain, tapi bagi saya, ini pertama kali, dan saya soookaaaaaa burung puyuh ittuuuuuuuu, he3. Ketam goreng berempah juga terbaik. Ketam yang fresh, dimasak dengan kuah garing2 pekat yang menyeliputi kulitnya. Selain itu menu spaghetti aglio olio eh juga supeerrrrbb. Sedap nak matik haaaa. Penuh dengan rasa cendawan, sukanyaaaaaa. Bagi Boboboy seketul pula, dia memang pulun sungguh ayam percik tu haaaa. Dua kali tambah weeeeiii he3. Dua menu unik yang lain yang anda patut cuba ialah mussles masak parik dan juga tandoori kambing tu tau3. Unik dan sedap di anak tekak saya secara peribadinya. Tidak rugi untuk anda cuba tau3


KAUNTER AKSI


Kari kepala ikan


Roti john & murtabak


Kebab (daging lembu, ayam dan juga kambing)


Satay (ayam & daging), kuah kacang bersama nasi impit, bawang & timun potong

Psssttt, satay daging dia lembuuiittt weeeeii. Tak la keras kejung liat, sampai bila kita gigit tercabut gigi palsu semua haaa. Sedang elok rasanya dan kelembutan satay daging itu. Memang layan dicicah bersama kuah kacang

Mee kari dan laksa Penang


Pssstt, haaaaa ninjia antara menu repeat kalau setiap kali saya ke Eastin Hotel. Mee kari eh memang kesukaaaaaaaannnn saya he3. Sambal mee kari tu saya akan tambah dengan tamak halobaaaaaa :P


Nasi briyani, kambing panggang & kuah kuzi


Psstttt, sah-sah la nasi briyani ni kesukaan Boboboy seketul tu kan3. Tapi dia makan bersama ayam percik haaaa. Tu yang dua kali tambah tu weeii. Kambing tu Ibu yang pulun, puuunnn dua kali tambah :P


Ikan panggang garam bersama air asam


Sup gearbox & tulang rawan


Pssssttt, haaaa ampa nampak dop bergelimpangan gear box ituuuu. Mai pilih, mai pilih, mai pilih, he3. Tulang rawan pun adooo haaa. Memang syoorrgaaaa la bagi penggemar sup gearbox kan3


PENCUCI MULUT



Aneka barisan pencuci mulut yang pasti menambat halwa mata dan rasa anda
Antaranya adalah panna cotta, fruit cocktail pudding flan, berries yogurt mousse in glass, chocolate mint mousse, marble cheese cake, opera cake, chocolate brownies, manggo pudding, sago gula melaka, coconut tart, mango pave, coffee cream caramel, japanese cheese cake, lemon profiterole, warm chocolate prune pudding, lemon jelly & nata de coco, kuih muih tempatan dan pengat nangka


Psssttt, sekali lagi saya terkesima weeeeiiii. Memang kena special compliment kepada team kitchen Swez Brasseries, Eastin Hotel Penang. Setiap satu, ya betuull, setiap satu hidangan dari menu pencuci mulut ini unik, tersendiri dan menarik. Seolah-olah setiap satu menu memang diberikan personal touch. Banyaaakk pula tu haaa. Dan kesemuaaaaaaa memang membuatkan setiap mata yang memandang terpesona. Dari mata turun ke lidah. Memang saya rasa setiap satu hidangan dari menu pencuci mulut tau. Pertama kali saya merasa kesemuaaaaaa hidangan yang ditawarkan dalam mana-mana review, dan tidak ada satu pun mengecewakan lidah dan tekak saya. Tetapiiiii, antara semua meh sini saya share my personal choosen menu iaitu opera cake, coffee cream caramel dan coconut tart. Ya ampuuuunnn, ketiga-tiga menu ini pertama kali saya cuba dan ianya sedaapppsss sungguh. Boboboy seketul menyukai chocolate brownies itu


Halo halo with ice cream


Pssstt, haaaa hat ni pencuci mulut yang berasal dari Filipina. Ianya merupakan minuman sejuk berasaskan air kelapa, ais dan beberapa condiments seperti hirisan isi kelapa, nangka, eledek, dan mangga, dan jagung manis


Goreng pisang & apom balik


Minuman sejuk dan panas



Tadaaaaaaaaaaaaaaaa.... our plates for that night :P



Wajah cap Ibu & anak sebelum sesi santapan bermula


Ninjiiiiaaaa, Boboboy pulun sakan dah nasi briyani, ayam percik eh he3


Psssttt, aduuduuuuuu, natijah seorang blogger pabila melihat kembali gambar menu semasa buat entry, mulaaaaa laaaaa dok teringat2


Balik Kampung Iftar Buffet
Swez Brasseries, Eastin Hotel Penang
8 April - 1 May 2022
7.00pm - 10pm
RM99nett (dewasa), RM79nett (senior citizen), 50% discount (Child, 6-12y/o)
Early bird promo :
Buy 10, dine 11



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment