Bertemakan 'Juadah Di Teluk Bahang', Di Angsana Teluk Bahang | Best Buffet Dinner 2022 Di Penang
Bertemakan 'Juadah Di Teluk Bahang', Di Angsana Teluk Bahang | Best Buffet Dinner 2022 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua para pembaca. Angsana Teluk Bahang merupakan sebuah hotel yang baru memulakan operasinya di Pulau Pinang. Pada bulan April yang akan tiba tidak lama nanti, Angsana Teluk Bahang akan menawarkan buffet makan malam yang bertemakan 'Juadah Di Teluk Bahang'. Mengetengahkan masakan pelbagai kaum di Malaysia, Melayu, Cina, India dan juga sentuhan Borneo. Selain itu, ianya urut mengetengahkan masakan barat sebagai penambah perisa barisan buffetnya. Nak tahu dengan lebih terperinci menu serta hidangan yang mengiurkan, ajiiooomm layan ceritera bergambar dibawah.
Lokasi buffet makan malam yang bertemakan 'Juadah Di Teluk Bahang', di Jendela Restaurant, Tingkat 3, Angsana Teluk Bahang
Pssstt, memang santeeeeeeekkkk weeeiiii. Konsepnya, hiasan dalamannya, dekorasinya, susun aturnya, pemandangannya, semuanyalah, memang mengagumkan, pasti terpesona dikala pertama kali tiba di sini tau3. Konsep yang diketengahkan gabungan outdoor dan indoor, termasuk bagi bahagian table sitting dan juga buffet line-nya. Restoran ini bersebelahan dengan kolam renang dan dihidangkan bersama pemandangan terus laut yang terbentang luas
PEMBUKA SELERA
Pembuka selera terdiri daripada aneka jenis buah-buahan segar (kurma madu, betik, tembikai, nenas, mata kucing, jambu merah), aneka jenis jeruk buah (mangga, cermai, betik, kedondong, pala), rojak buah, aneka jenis kerabu (kerabu taugeh, kerabu kaki ayam, kerabu soo hoon dengan udang, potato salad with green apples, thai young papaya salad) dan juga salad segar bersama aneka dressing, serta ulam-ulaman nusantara (kacang botol, bendi, timun, tomato, ulam raja, ulam pegaga, daun selom, jantung) bersama aneka sambal (sambal belacan, sambal tempoyak, sambal mangga, sambal kelapa, sambal kicap pedas, petis udang, cincalok)
Pssstt, haaaa, yang ni baru permulaan, baru bahagian pembuka selera, tu puuunnn dah naik juling biji mata nak memilih mana satu yang didambakan hati untuk dinikmati dahulu, he3
MENU UTAMA
Malay Cuisine : nasi kukus bersama kaffir, rendang daging, udang masak sambal petai, kepah masak paprik, daging rusuk asam pedas, & ayam goreng berempah
Pssstt, wajib try daging rusuk asam pedas dengan rendang daging dia tau3. Memang original mak-mak punya masakan tau rendang tu. Daging memang lembuuiiiitt ya amat, baik bagi menu rendang mahupun asam pedas tu tau3. Saya betul2 menyukai urat2 dan lelemak daging rusuk tu, nikmat betul pabila dileraikan dengan tangan dan terus ngaaaappp, terus cair di dalam mulut
Chinese Cuisine : stir fried prawns in spicy sauce, sauted Hong Kong kailan with mushroom, wok fried mee hoon with seefood, black pepper crab
Pssstttt, sah2 la kesukaan saya ketam ituuuuu. Dan juga sauted Hong Kong kailan with mushroom. Memang layaaannn
Indian Cuisine : Nasi briyani, aloo ghobi, butter chicken masala dan madras lamb curry
Psssttt, haaa, yang ni kesokaan Boboboy seketul tu laaaaa. Nasi briyani dimakan bersama dengan butter chicken masala, peerrrrgghhh. Tak sempat Ibu nak tumpang rasa sedikit, abeh licin dah Boboboy pulun, he3
Western Cuisine : Wasabi marinated fried chicken with sesame sauce & roasted mediterranean vegetables
SOUP
Szechuan hot&sour soup dan sup kambing berempah bersama assorted bread
CARVING STATION
Ayam bakar bumbu dan bebek bakar sambal ijo bersama aneka sos/sambal (sambal tomato, sambal ijo, sambal kicap)
Pssstt, yang ini pun kesukaan Ibu ni weeeiii. Bukan senang nak dapat menu itik weeeeiii. Oppsss, bagi yang tak tahu, bebek tu itik naaaaaa. Saya memang penggemar itik tau3. So kali ni memang tak lepaskan peluang menikmati menu ini. Memang terbaik la bebek bakar sambal ijo ni. Saya tiap tambah lagi samal ijo dia he3. Wajib cuba tau
MURTABAK JAWA
Murtabak ayam dan daging bersama bawang jeruk
DIM SUM STATION
Ikan siakap kukus bersama superior soya sauce
Psssttt, menu ini menjadi rebutan tau3. Saya baru nak ambil, tengok2 liciiiiiinnn. Tapiii jangan risau, pihak restoran pasti tambah naaa. Makanya cepat2 la saya ambil he3. Memang sedap, fresh dan lembuuuuuttt isinya, wangi dan masuk dengan masakan sos kicap soya itu tau2. Ini kiranya chinese style cooking la, memang laayaaaaan, wajib cuba juga naaa
Aneka jenis keropok
NOODLE STATION
Bakso daging, serta herbal chicken soup bersama mee, kuay teow dan bihun serta aneka condiments (bebola daging, fish cake, fish ball, udang, po choi, choi sum, taugeh, bawang) dan juga aneka sos/topping (soya sauce, sesame oil, black vinegar, sliced chili padi, pickles green chilli, & blended chilli)
Pssstt, cuma nak kata sedaaaaaap. Sedap ya amat weeii bakso eh. Kuah sup bakso tu dengan bebola daging itu, peerrrgghhh. Wajib cuba
DESSERT STATION
Gulai daging masak hitam, gulai lemak nangka, gulai kambing dan gulai patin tempoyak
Psssttt, ya ampuuunnnn, tak menahan sungguh pabila pertama kali melihat menu gulai kawah ni tau3. menjejes-jejes air liur haaaa. Ni dok tengaok semula gambar menu ni pun dok menjejes tak habis lagi weeiii. Bagi saya secara personal inilah antara menu star pada malam kejadian. So sah2 la ampa wajib cuba sendiri naaaa
TANDOORI STATION
Kambing golek (diperap bersama kunyit, serai dan galagal), satay ayam & daging, makanan laut (ikan sardin, ikan kembung, ikan tilapia dan ikan pari) yang dibakar diatas daun pisang bersama sambal istimewa. Hidangan bakar-bakar ini boleh dinikmati bersama air asam jawa, sambal belacan, kicap pedas, petis udang dan cincalok
Pssstt, ya ampuuuunnn, saya terlupa snap gambar kambing golek skor tu haaaaa. Punya dok asyik rekod video kambing, lupa terus gambar gambing, he3. Apa pun, kambing golek ooohhh, kambing golek ku sayaaaamm. Sedap ya amaaaatt weeiii. Seriously sedap nak matik. 3 kali tambah malam itu saya bedal he3. Paling tak tertahan pabila dapat bahagian dengan lelelemaks dia tu haaaa, memang totally cair di dalam mulut. Tak perlu cicah apa2 sos pun dah sesedap rasa dah. Sedap sunguh la haaaiiiii, teringat-ingat sampai sekarang
CHOCOLATE FOUNTAIN
Pilihan vanilla sponge, chocolate brownies, churros, cream puff, marshmallow, dan aneka buah-buahan (honey dew, nenas, buah naga)
AISKRIM & ABC STATION
Aneka aiskrim potong (onde-onde, durian king, kacang merah, pulut hitam, yam)
BAVERAGE STATION
Sambil menikmati hidangan, kita juga dipersembahkan dengan persembahan khas gamelan dan wayang kulit
Buffet makan malam
"Juadah Di Teluk Bahang"
Level 3, Jendela Restaurant, Angsana Teluk Bahang
14th-30th April , 2022
6:30pm to 10:00pm
Normal price :
RM 128nett for adult
RM 64nett for children 6 to 12 years old
Special Early Bird Price :
RM 105nett for adults
RM 52.50nett for children 6 to 12 years old
(available for a limited time only between Friday, 11 March to Wednesday, 13th April, 2022)
Children 5 years old and
below eat for FREE
For bookings, please call
+604 8170888 or email us at: telukbahang@angsana.com
~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment