Friday, March 25, 2022

Sajian Kembara Desaku Di Royale Chulan Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2022 Di Penang

Sajian Kembara Desaku Di Royale Chulan Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2022 Di Penang

Sajian Kembara Desaku Di Royale Chulan Hotel Penang | Best Ramadhan Buffet Dinner 2022 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi Jumaat semua. Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya Ramadhan (dalam tone menyanyi gitchew). Kita hanya berbaki lebih kurang seminggu sahaja lagi untuk menyambut bulan Ramadhan. Bulan mulia dan dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Kemeriahan pasti kembali dirasai pada tahun ini pabila kita semua sudah boleh kembali untuk menikmati kemeriahan Ramadhan seperti sebelum dunia dilanda fasa pandemik. Bazaar Ramadhan, buffet Ramadhan, solat tarawih, dan aktiviti surau/masjid bersempena Ramadhan sudah kembali dibenarkan diadakan walaupun dengan pematuhan SOP. Syukur Alhamdulillah.


Pada tahun ini, Royale Chulan Penang, turut sama memeriahkan Ramadhan dengan menawarkan Buffet Ramadhan dengan bertemakan Sajian Kembara Desaku. Tawaran ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh umat islam yang berpuasa, malahan rakan-rakan serta kenalan berbangsa/agama lain turut sama boleh memeriahkan suasana berbuka puasa kan3. Ini dapat mengeratkan dan mengukuhkan hubungan silaturrahim semua kaum, InsyaAllah. Baiklah, dengan ini meh sini saya kongsikan bersama para pembaca menu menarik yang ditawarkan di Buffet Ramadhan Sajian Kembara Desaku Di Royale Chulan Hotel Penang.


Lalaun masuk untuk ke Sri Tanjung Cafe, lokasi Buffet Ramadhan di Royale Chulan Penang


PEMBUKA SELERA 


Aneka jenis kerabu (kerabu taugeh, kerabu mangga, acar timun nenas, acar rampai), sambal bilis kacang manis, salad ubi, coleslaw, highland salad, yam soon sen, chicken rolls with beancurd, kurma, aneka jeruk buah, ikan masin, pasembur, ulam-ulaman bersama aneka sambal, dan buah-buahan


SUP


Sup tulang rawan nusantara bersama roti benggali dan soft rolls


Psssssttt, memang layan cicah roti benggali dengan sup tulang panas-panas. Rasa kuah sup tidaklah terlampau berempah, sedang-sedang sahaja, dan ianya sesuai untuk anak-anak yang tidak suka pedas (rasa rempah). Sup ni dibuat makan bersama nasi putih pun sedappppssss


MENU UTAMA


Nasi biryani, nasi tomato, nasi putih, ayam masak rose istimewa, ikan tenggiri berlado, sotong goreng berempah, sambal tumis retak seribu, butter prawn, daging rendang mamak, sayur aneka dan pucuk ubi masak lemak cili padi


Psssttt, sememangnya sedari azali kalau ke Royale Chulan Penang untuk buffet Ramadhan, Boboboy pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati nasi tomato ayam masak rose itu taauuuuu. Bagi Ibu, malam kejadian tu, Ibu betul-betul layan masak lemak cili api dan juga rendang mamak tu haaaa. Tetapi masih lagi tidak melupakan menu all favourite Ibu saban tahun iaitu butter prawn eh


PENCUCI MULUT


Bubur kacang hijau, bubur gandum, bubur kacang hitam, bread butter pudding, aneka puding&jelly, banana chocolate cake, red velvet cake, moist chocolate cake, fruit tartlet, pavlova, creme caramel, chilled fruit cocktail with nata de coco, aneka kuih muih melayu (bengkang ubi kayu, seri muka, donut, cucur badak, kuih lopes)


Pssstt, Boboboy dah jatuh hati dengan kek coklat tu tau3. Siap bertambah lagi haaaa. Ibu pula jatuh hati dengan kuih lopes dan juga bengkang ubi kayu ituuuuuuu, teringat-ingat sampai sekarang, adududuuuuu


KAUNTER AKSI INDOOR


Goreng pisang, keledek & keladi goreng, keropok lekor, laksa & char koay teow Penang


Pssssttt, memang saban tahun CKT Sri Tanjung Cafe pasti menabat selera. Tidak pernah mengecewakan. Bahagian goreng panas-panas, dengan pisang dan keropok lekor juga enak untuk dinikmati  tau3


 KAUNTER AKSI OUTDOOR


Berkonsepkan gerai pondok


Kambing panggang & sate ayam/daging


Pssstttt, kaunter rebutan ni haaaaaa. Asal letak habis ja tau sate ayam & daging tu tau3. Kambing golek memang terbaik pabila dicicah bersama air asam mahupun sos black pepper


Roti jala


Psssttt, Boboboy seketul suka roti jala cicah bersama kari ayam


Bubur lambuk


Ikan bawal goreng & ayam goreng berempah


Pssstt, kaunter ini juga merupakan tarikan. Ikan bawal dan juga ayam berempah itu digoreng panas-panas, peerrrggghh memang semerbak bau memenuhi ruang udara he3


Ais kacang & minuman sejuk/panas


Selfie cap Ibu & anak (seperti biasa wajib adaaaaa :P)


Antara hidangan kami dua beranak d malam kejadian


Ninjiiaaaa Boboboy seketul takzabar nak menjamu selera nasi tomato kegemarannya di Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang


Buffet Ramadhan di Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang
Tema : Sajian Kembara Desaku

Tarikh

Bermula 8 April - 2 May 20212

Harga

RM98 nett/dewasa, RM68.00 nett/warga emas & kanak-kanak (6-12thn)

Promosi 'early bird'

Buy 8 FREE 2

(belian voucer dari 1-31 Mac 2022)

 Buy 8 FREE 1

(belian voucer dari 1 April - 2 May 2022)

Laman sesawang

royalechulan-penang

Facebook

royalechulanpenang

Instagram

royalechulanpenang



Compliment gifts dari Royale Chulan Penang, ooooohhh tersentuh hati malam itu dengan layanan yang sentiasa terbaik dari team Royale Chulan Penang
Happy 8th Anniversary
Semoga terus sukses & terus maju jaya




~~~ The End ~~~

2 comments:

  1. Wow.. Menariknya menu buffet Ramadan kali ni.. Selamat Berpuasa.. 🌙😋😋☺️☺️

    ReplyDelete