Saturday, January 21, 2023

Mee Kari Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor

Mee Kari Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor | Assalammualaikum dan selamat pagi, selamat hujung minggu yang panjang semua. Selamat menyambut Tahun Baru Cina bagi yang meraikannya. 


Untuk entry dihujung minggu, meh sini kita teruskan entry dengan tema eh hari ini iaitu resepi d'dapor. Sebenarnya entry ini ada dalam draft dari tahun 2022 tau2, tapi akhirnya jadi entry 2023 he3 :P. Resepi ini merupakan percubaan pertama kali saya tau3. Hasil carian google dan saya oleh serba sedikit mengikut suka hati (biasalah kan3, mestilah kita nak olah ikut tekak kita anak beranak, personal touch gitchew :P). So ajiiooooom layan ceritera perkongsian saya tentang resepi Mee Kari.


Mee Kari air tangan Mami Tepen 


Bahan-bahannya :

4/5biji bawang merah (dikisar halus)
1 labu bawang putih (dikisar halus)
3-4 sudu cili kisar
2pek kecil rempah kari daging (bancuh bersama sedikit air)
rempah 3 sekawan
segenggam ikan bilis (dikisar halus bersama sedikit air)
RM3-4 santan segar
2 kiub pati ayam
stok ayam
ayam 1/2 ekor (dipotong kecil)
fishball
tauhu kering


Bahan topping :

fishcake (digoreng asing)
sawi (dicelur sebentar)
taugeh (dicelur sebentar)
telur rebus
limau kasturi

Cara-cara penyediaannya :

~ panaskan minyak sedikit dan tumis rempah 3 sekawan bersama bahan kisar (bawang merah, putih, cili)
~ bila dah naik bau, masukkan rempah kari dan sambung tumis sehingga naik bau lagi dan pecah minyak
~ masukkan ikan bilis yang telah dikisar
~ kemudian masukkan ayam, batang sawi, dan juga fishball, tumis sebentar
~ kemudian masukkan air dan santan secukupnya (agak-agak kepekatan mengikut citarasa masing-masing)
~ masakkan sebentar sehingga mendidih, kemudian masukkan kiub pati ayam dan garam/gula secukup rasa
~ akhir sekali masukkan tauhu kering, dan masak sebentar (3-4minit)
~ pabila kuah sudah mendidih, boleh tutup api dan dihidangkan
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tadaaaaaa, seperiuk besor haaaaaaaa. Hadap la situ dari pagi sampai ke malam selagi tak habis :P, he3
v
v
v
v
v
v
v

Semangkuk mee kari yang tidak dapat di track lagi mangkuk yang dah keberapa :P, he3


Pssstt, mangkuk yang kemudian ni saya tambah twist sikit dengan menambahkan bawang putih goreng rangup dan juga chilly oil homemade saya. Memang sedap ditekak saya kerangupan bawang putih goreng dan kepedasan dari chilly oil itu, baru bertambah kick he3



~~~ The End ~~~

0

Wednesday, January 18, 2023

Dari Dapur Secoetku Lagiiiiiii  | Wordless Wednesday #2/2023

Dari Dapur Secoetku Lagiiiiiii  | Wordless Wednesday #2/2023 | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Entry WW memang entry tepek-tepek sahaja gitcheeww. Kita lump-sumkan apa saja gambar yang ada, he3. So ajiioommm layan.........




~~~ The End ~~~

0

Tuesday, January 17, 2023

Mulakan Tuah Tahun Baru Cina Di Olive Tree Hotel | Aneka Tawaran Menarik Sempena Meraikan Tahun Arnab

Mulakan Tuah Tahun Baru Cina Di Olive Tree Hotel | Aneka Tawaran Menarik Sempena Meraikan Tahun Arnab | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meraikan sebuah lagi perayaan terbesar di Malaysia, iaitu Tahun Baru Cina. Untuk kali ini kita akan melangkah masuk kedalam tahun Arnab. 


Olive Tree Hotel, Penang turut menyediakan tawaran menarik bersempena meraikan ketibaan Tahun Baru Cina, tahun Arnab kali ini. Ini termasuklah buffet makan malam, set 8-course menu (untuk makan tengah hari serta makan malam) serta Yee Sang set. Semua menu dihasilkan khas oleh Chef Olive Tree Hotel demi meraikan permulaan baru yang lebih bahagia, meriah, sihat dan gembira. 


Terdapat dua jenis set dengan harga berbeza yang ditawarkan iaitu set menu RM1688+ dan juga set menu RM1888+. Terdapat beberapa perbezaan dalam menu bagi kedua-dua set ini iaitu dari segi menu pembuka selera (supnya) dan juga menu ayam dan ikannya. Tanpa melengahkan masa lagi, meh sini saya kongsikan serba sedikit antara menu 8-course meal yang ditawarkan sebagai tatapan anda. 


8-course Menu di Olive Tree Hotel, Penang


Olive Tree Salmon Yee Sang
v
v
v
v
v
v
v

Yee sang toss merupakan acara wajib di setiap acara keraian Tahun Baru Cina


Psssttt, seriously, yee sang dari Olive Tree Hotel ini merupakan yang paling kena dengan tekak Melayu saya tau3. Punya sedap sehingga saya tambah weeeii. Bahan yang digunakan memang segar, seperti buah-buahan, keropok/kerepek(yang saya tidak tahu namanya :P), kekacang, cornflakes, salmon semestinya, serta dressingnya. Krup krap kup krap disetiap gigitan, tidak terasa sudah habis sepinggan dan perlu ditambah lagi he :P


Pemulaan 8-course meal Tahun Baru Cina di Olive Tree Hotel, Penang


Pembuka selera dengan doubled-boiled duck soup with dried tangerine peel (bagi set menu RM1688+) atau double boiled premium chicken soup with abalone, sea cucumber, fish maw & dried scallop (bagi set menu RM1888+)


Wok fried white prawn with Thai dried garlic & pepper


Steamed tiger garoupa with superior sauce  (bagi set menu RM1688+) atau steamed chinese pomfret with superior sauce  (bagi set menu RM1888+)


Steamed chicken with ginger & onion  (bagi set menu RM1688+) atau braised soy sauce chiken with dried tangerine peel  (bagi set menu RM1888+)


Olive Tree seafood noodles topped with fisher fillet


Braised dried oyster, sea mass, fish mow, abalone & gardens greens


Pencucui mulut dengan chilled white fungus and snow pear dan cotton cake


Pssstt, ok meh sini saya nak kongsi menu manakah yang bertakhta di hati saya. Sememangnya saya merupakan peminat makanan Chinese foods. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya menikmati makanan original Chinese foods yang halal tanpa rasa was was, tetapi di Olive Tree Hotel ini saya tidak perlu risau dan berasa was-was lagi. Ini kerana ianya mempunyai  sijil halal yang sah. Baiklah berbalik semula kepada menu yang manakah menjadi pilihan hati saya, yang pertama ialah menu ayamnya iaitu Steamed chicken with ginger & onion. Memang membuka selera sungguh pertama kali menu ini dihidangkan didepan mata. Bau wangian ayam steam bersama kisaran halia dan bawang menangkap halwa hidung ketika itu. Pabila mula dijamah, perrghh memang ngam betul rasa semua adunan bersama. Jangankan kata saya, Boboboy seketul tu pun licin tau makan menu ini he3. Seterusnya, menu udang iaitu wok fried white prawn with Thai dried garlic & pepper turut menjadi kesukaan saya. Pedas-pedas, rangup bawang putih goreng bersama manisan asli udang. Komplimen kepada Chef kerana menghasilkan menu sedap seperti ini. Menu ikan kerapu, dan seafood noodles turut saya minati tau3


Lunar New Year Set Menu RM 1688+ dan RM1888+


Festive buffet dinner


Psssttt, selain daripada set menu, Olive Tree Hotel tutu menarawarkan buffet makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti iaitu pada 28 Jan 2023, dari jam 7pm-10pm. Apa yang menariknya ialah bagi buffet dinner ini, pengunjung dapat menyertai workshop kaligrafi dan juga rabbit/fortune cat paintings taaaaaauuuuu. Memang menarik tau aktiviti ini. Nak tau apa yang menariknya, ajiiooooomm layan gambar dibawah ini
v
v
v
v
v
v
v

Calligraphy & rabbit/fortune cat paintings workshop



~~~ The End ~~~

0