Friday, January 6, 2023

Repeat Leisure Cove Hotel & Apartments | Tempat Penginapan Bajet di Pulau Pinang

Repeat Leisure Cove Hotel & Apartments | Tempat Penginapan Bajet di Pulau Pinang

Repeat Leisure Cove Hotel & Apartments | Tempat Penginapan Bajet di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang Jumaat semua. Sepertima mana sudah terang lagi bersuluh melalui tajuk eh tu haaa, entry ini merupakan entry repeat review tempat penginapan bajet di Pulau Pinang iaitu di Leisure Cove Hotel & Apartments.


Sebelum ini saya pernah up review tempat yang sama pada tahun 2018 di SINI. Dan sewaktu itu kami telah menginap di sana pada tahun 2017 sebenarnya :P. Sewaktu itu arwah Opah eh masih ada lagi. Al-Fatihah, Norsiah Binti Dahanan. Untuk entry kali ini, kami sebenarnya telah menginap di hotel ini pada pertengahan tahun 2022, dan review eh di up pada tahun 2023. So kira samalah juga dengan review yang pertama hari itu kan3, stay tahun lain, up review tahun lain :P.


Alkisahnya, sebenarnya tercetusnya sebab kenapa kami repeat stay di Leisure Cove Hotel & Apartments adalah kerana this is the cheapest beach hotel in Penang naaaaaaa. Kiranya hotel by the beach, dengan kemudahan kolam renang, view pantai yang menarik serta bilik hotel yang ok. Bukanlah sebuah hotel berbintang-bintang, lebih kepada budget hotel, tetapi selesa dan berbaloi dengan harganya. Lagipun diwaktu itu, kiranya seperti last minit plan untuk bercuti-cuti sempena cuti sekolah. Pada awalnya memang dah plan dan setuju, kami tidak bercuti-cuti kemana-mana pada waktu cuti sekolah itu, sekadar mengisi waktu riadah hujung minggu bersama keluarga kecil kami sahaja , di dalam Penang. Tetapiiiiii, elok nak masuk penghujung minggu percutian, tiba-tiba Ibu & Ayah terdetik rasa eh kesiannya anak seketul tu, tak cuti mana-mana, tak duduk hotel apa pun. Makanya on the last Friday of the school holiday Ibu sepantas kilat agodakan booking hotel eh he3. Sabtu terus check-in dan Ahad check-out. 


Ikutkan apa yang dinyatakan di dalam laman web tempahan tu, hotel ni baru refurbish. So ajiom kita lihat apakah yang lainnya dari yang sebelum ini.....


Lobby Leisure Cove Hotel & Apartments


Deluxe King Room


Pssttt, saya tak perasan langsung apa bezanya bilik ini dari waktu saya menginap tahun 2018 dahulu he3 :P. Tapi bilik memang luas dan selesa walaupun agak old school he3. Sesuai la dengan harga hanya RM100/semalam


Bahagian ruang bilik airnya


Psstt, yang bestnya sebab ada bathtub. So puaslah Boboboy berendam. Tak cukup kolam, sambung dalam bathtub pula


Kids pool


Adults pool dengan jacuzzi pool


Pssttt, boleh dilihat beza warna air kolam tu antara kids pool dan juga adults pool. Masa tu rasanya diorang cakap pam air dia rosak. Risau juga takut air kotor ka apa ka, syukur lepas mandi berjam-jam, Boboboy ok sahaja he3



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment