Mulakan Tuah Tahun Baru Cina Di Olive Tree Hotel | Aneka Tawaran Menarik Sempena Meraikan Tahun Arnab
Mulakan Tuah Tahun Baru Cina Di Olive Tree Hotel | Aneka Tawaran Menarik Sempena Meraikan Tahun Arnab | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meraikan sebuah lagi perayaan terbesar di Malaysia, iaitu Tahun Baru Cina. Untuk kali ini kita akan melangkah masuk kedalam tahun Arnab.
Olive Tree Hotel, Penang turut menyediakan tawaran menarik bersempena meraikan ketibaan Tahun Baru Cina, tahun Arnab kali ini. Ini termasuklah buffet makan malam, set 8-course menu (untuk makan tengah hari serta makan malam) serta Yee Sang set. Semua menu dihasilkan khas oleh Chef Olive Tree Hotel demi meraikan permulaan baru yang lebih bahagia, meriah, sihat dan gembira.
Terdapat dua jenis set dengan harga berbeza yang ditawarkan iaitu set menu RM1688+ dan juga set menu RM1888+. Terdapat beberapa perbezaan dalam menu bagi kedua-dua set ini iaitu dari segi menu pembuka selera (supnya) dan juga menu ayam dan ikannya. Tanpa melengahkan masa lagi, meh sini saya kongsikan serba sedikit antara menu 8-course meal yang ditawarkan sebagai tatapan anda.
8-course Menu di Olive Tree Hotel, Penang
Yee sang toss merupakan acara wajib di setiap acara keraian Tahun Baru Cina
Psssttt, seriously, yee sang dari Olive Tree Hotel ini merupakan yang paling kena dengan tekak Melayu saya tau3. Punya sedap sehingga saya tambah weeeii. Bahan yang digunakan memang segar, seperti buah-buahan, keropok/kerepek(yang saya tidak tahu namanya :P), kekacang, cornflakes, salmon semestinya, serta dressingnya. Krup krap kup krap disetiap gigitan, tidak terasa sudah habis sepinggan dan perlu ditambah lagi he :P
Pemulaan 8-course meal Tahun Baru Cina di Olive Tree Hotel, Penang
Pembuka selera dengan doubled-boiled duck soup with dried tangerine peel (bagi set menu RM1688+) atau double boiled premium chicken soup with abalone, sea cucumber, fish maw & dried scallop (bagi set menu RM1888+)
Wok fried white prawn with Thai dried garlic & pepper
Steamed tiger garoupa with superior sauce (bagi set menu RM1688+) atau steamed chinese pomfret with superior sauce (bagi set menu RM1888+)
Steamed chicken with ginger & onion (bagi set menu RM1688+) atau braised soy sauce chiken with dried tangerine peel (bagi set menu RM1888+)
Olive Tree seafood noodles topped with fisher fillet
Pencucui mulut dengan chilled white fungus and snow pear dan cotton cake
Pssstt, ok meh sini saya nak kongsi menu manakah yang bertakhta di hati saya. Sememangnya saya merupakan peminat makanan Chinese foods. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya menikmati makanan original Chinese foods yang halal tanpa rasa was was, tetapi di Olive Tree Hotel ini saya tidak perlu risau dan berasa was-was lagi. Ini kerana ianya mempunyai sijil halal yang sah. Baiklah berbalik semula kepada menu yang manakah menjadi pilihan hati saya, yang pertama ialah menu ayamnya iaitu Steamed chicken with ginger & onion. Memang membuka selera sungguh pertama kali menu ini dihidangkan didepan mata. Bau wangian ayam steam bersama kisaran halia dan bawang menangkap halwa hidung ketika itu. Pabila mula dijamah, perrghh memang ngam betul rasa semua adunan bersama. Jangankan kata saya, Boboboy seketul tu pun licin tau makan menu ini he3. Seterusnya, menu udang iaitu wok fried white prawn with Thai dried garlic & pepper turut menjadi kesukaan saya. Pedas-pedas, rangup bawang putih goreng bersama manisan asli udang. Komplimen kepada Chef kerana menghasilkan menu sedap seperti ini. Menu ikan kerapu, dan seafood noodles turut saya minati tau3
Lunar New Year Set Menu RM 1688+ dan RM1888+
Festive buffet dinner
Psssttt, selain daripada set menu, Olive Tree Hotel tutu menarawarkan buffet makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti iaitu pada 28 Jan 2023, dari jam 7pm-10pm. Apa yang menariknya ialah bagi buffet dinner ini, pengunjung dapat menyertai workshop kaligrafi dan juga rabbit/fortune cat paintings taaaaaauuuuu. Memang menarik tau aktiviti ini. Nak tau apa yang menariknya, ajiiooooomm layan gambar dibawah ini
v
v
v
v
v
v
v
Calligraphy & rabbit/fortune cat paintings workshop
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment