Thursday, January 5, 2023

Gadjet Baru Sempena Tahun Baru | Selamat Tahun Baru 2023

Gadjet Baru Sempena Tahun Baru | Selamat Tahun Baru 2023

Gadjet Baru Sempena Tahun Baru | Selamat Tahun Baru 2023 | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023, semoga segala apa jua urusan kita bersama yang tersayang dipermudahkan Allah untuk masa mendatang, amiiinnnn. 


Entry kali ini saya sekadar memulakan bebelan ditahun baru sahaja sebenarnya. Entry santai-santai tema eh. Sebenarnya bersempena dengan penghujung tahun lepas, saya ada memesan beberapa item dari sopepepe, dan kebetulan ianya tiba ditangan saya pada hari tahun baru. Makanya ianya sepeti gadjet baru sempena tahun baru gitcheeewww. Nak tahu apakah ia??????? Ajiom layan ceritera beragambar dibawah :P.


Mangkuk tingkat lunch box


Psssttt, memang suka sangat dengan desiagn dan juga warnya lunch box ini tau3. Cumanya agak frust dari segi ketahanan suhu makanan apabila menggunakannya kerana tak tahan panas puuuunnn. Sejuk bedi makanan pabila tiba waktu lunch tengah hari. Dan lagi satu yang frustnya, ianya tak boleh dipanaskan dalam microwave. Mulanya saya ingatkan dek kerana bahagian plastik lunch box itu, tapi bila diterangkan oleh pihak vendor, ianya kelana bahagian aluminium itu sebenarnya. Walaubagaimanapun, lunch box ini memang memudahkan saya untuk menyediakan bento untuk kami tiga beranak juga sebenarnya. Ini kerana compartmentnya memang ada dua yang dicantum menjadi satu siap-siap. Kebiasaannya, saya memang akan menyediakan satu menu nasi dan satu menu lauk, makanya lauk di atas dan nasi di bawah. Mudah dibawa oleh dua ketul lelaki kiriman tuhan saya tu haaaaa. Kalau tak, sebelum ini saya perlu menggunakan dua bekas tupperware berasingan ataupun satu bekas yang ada dua bahagian asing didalamnya tu haaaa. Yang mana selalu sangat menyebabkan kuah tertumpah, atau mereka tertinggal salah satu tupperware, dan agak renyah kerana bekas berasingan. Makanya lunch box mangkuk tingkat ini penyelamat la tau3. Husband dan Boboboy tu memang jenis tak panaskan makanan (guna microwave kan3), so ok lah. Next saya akan cari mangkuk tingkat yang boleh dipanaskan menggunakan microwave pula he3


Young Living Sweet Aroma diffuser


Pssstt, tahun ini sebenarnya sudah merupakan tahun ke 7 saya menggunakan YL ni haaaa. Dedolu terjebak dengan YL hasil dari pemberian hadiah kakak seketul. Memang serasi dengan Boboboy. Saya bukanlah pengguna tegar ka apa ka. Tapi sememangnya saya wajib menggunakan YL ni jika Boboboy tak sihat sahaja. Dissufer yang sebelum ini sudah rosak dari pertengahan tahun lepas. So dah ada offer saya grab la seketul diffuser. Minyak yang wajib ada dalam stok adalah thieves, R.C, lemon, dan lavender



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment