Triton's Kitchen Pastinya Untuk Pencinta Makanan Laut | Weekend Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang
Triton's Kitchen Pastinya Untuk Pencinta Makanan Laut | Weekend Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi Isnin semua. Macam mana hujung minggu anda semua bersama keluarga?? Semoga gembira dan bahagia senantiasa, amiinnnn.
Untuk kali ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca sebuah tawaran menarik buffet makan malam hujung minggu yang pastinya dapat mencuri hati ahli keluarga tersayang tau3. Dijamin pasti akan menjadi suatu malam yang diingati pabila dinikmati bersama keluarga tersayang tau3. Menawarkan aneka pilihan makanan laut yang lazat yang mendapat inspirasi daripada makanan asli negara-negara di Asia, serta dibuat ekslusif oleh Chef berbakat dari Royale Chulan Penang. Antaranya ialah dari negara Thailand, Malaysia, Korea, Hong Kong, Vietnam, dan juga Philipina. Tema yang diketengahkan kali ini ialah Triton's Kitchen sememangnya khusus untuk semua pencinta makanan laut tau3. Tanpa melengahkan masa lagi, ajiom layan ceritera bergambar saya dibawah..........
Antara barisan buffet line di Triton's Kitchen Seafood Buffet Dinner, Royale Chulan Penang
PEMBUKA SELERA
Seafood on ice, smoked salmon platter, miang kam, hosomaki sushi, chuka idako, lattut (rumpai laut Sabah), ensaladang mangga, aneka jenis salad (mixed salad, salad kaki ayam, pomelo crab salad, tum mak hoong:salad betik muda dengan baby crab, soon pak:salad kacang botol, tahong:caeser salad with mussles, kimchi, salad timun jepun, salad mangga & udang) bersama dressing&condiments, serta aneka buah-buahan
Pssstt, section ni yang paling extravanganza tau di malam kejadian. Nak tahu kenapaaaa????? Ajiom layan beberapa snapshot gambar dibawah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaaaaa, acara meng-asap-kan menu di sampan pembuka selera, yang melambangkan seolah-olah sedang berlayar di lautan gitcheewwww
Psstt, seriously bagi peminat raw items, semestinya anda akan kelabu mata dengan seleksi menu seafood on ice dari Royale Chulan ini tau3. Selain itu, star of the night juga termasuklah smoked salmon platter, lattut (rumpai laut Sabah) dan juga tum mak hoong:salad betik muda dengan baby crab
MENU UTAMA
Barisan menu utama terdiri daripada menu seperti nasi briyani makanan laut, seafood baked rice with nestum & cheese, ossobuco masala, kari hijau ayam, daging bulgogi bersama sayur, salmon with torch ginger salsa, stir fried crabs with glass noodles, kari sotong bersama nenas, udang masak szechuan, spicy tahong / tiram hitam masak pedas, deep fried phoenix rolls dan terung dan siput goreng pedas
Psssttt, untuk section menu utama pula, menu yang wajib cuba dan dimasukkan dalam list anda ialah nasi briyani makanan laut itu, ossobuco masala itu, salmon with torch ginger salsa itu, udang masak szechuan itu, daging bulgogi itu dan juga terung dan siput goreng pedas itu. Dijamin pasti akan memikat selera setiap orang yang menikmatinya tau3
SUP
Seafood tomyam dan winter melon soup with prawns
KAUNTER AKSI
Kaunter aksi paling PANAS di malam kejadian iaitu Korean Seafood BBQ
Psssttt, saya suka, saya suka, saya suka. Memang ummpphh betul kuah bbq eh tu taaaauu. Pedas pedas manis gitcheeww. Dinikmati bersama dengan makanan laut yang dijamin segar dari laut, seperti calamari, udang, scallop, mussels, siput papan dan siput laut. Setiap pinggan akan dimasak atas permintaan dan boleh dinikmati panas-panas tau3
Pad Thai bersama udang dan kerang serta Pho Bo Noodles with chicken broth
Pssttt, Thailand vs Vietnam. Satu goreng dan saru lagi sup. Dua-dua mempunyai keunikan masing-masing. Pertama kali mencuba Pad Thai ini. Agak sama dengan Koteow goreng, tapiiii tidak serupa. Nak tahu apa yang tidak serupa itu, kenalah cuba sendiri tau3. Tapi memang sedaappsss naaaaa
Kaki kambing panggang bersama sos lada hitam, sos cendawan dan juga sos mint
Pssstt, bab kambing memang tak payah segala puji-pujian bagai la kan3. Sememang ini merupakan section pilihan bagi penggemar kambing. Seperti biasa, kambing ini paling thorbaik pabila dimakan bersama gabungan ketiga-tiga sos pencicah yang ada iaitu sos lada hitam, sos cendawan dan juta sos mint. Adduuhaaaaiii, terinta-ingat pula he3
Baked salmon in puff pastry
Psssttt, ini juga sebuah lagi menu THORBAEK di malam kejadian. Unik dan sememangnya sedaaapppsss weeii. Isi ikan salmon yang disaluti pastry yang rangup diluar dan lembut di dalam. Dari rupa paras luarannya itu sahaja sudah memukau, so jangan bayangkan rasanya. Jangan bayangkan ok, terus cuba sendiri, baru anda tahu. Isi salmon tebal, kekal lembut dan berjus. Memang pujian harus diberikan kepada Chef untuk menghasilkan menu ni tau3
Gratinated golden scallops with dill cream
Tadaaaaaaaaa
Pose maneh Chef bersama menu thorbaek eh, he3
Dimsum makanan laut
Halo-halo (ais kisar bersama buah-buahan & aneka topping)
Bread butter pudding dan juga bubur kacang hitam
Aiskriiiiiimm bersama sos hersyes dan aneka topping
PENCUCI MULUT
Barisan pencuci mulut seperti, aneka jenis kek (kek butter oren, kek coklat, kek karot walnut, kek pisang, kek batik, kek lapis pandan) dengan hiasan tema laut gitchew, chocolate fountain, tart keju, pavlova, creme caramel, panna cotta, apple crumble, aneka puding dan kuih muih tempatan
MINUMAN PANAS & SEJUK
Barisan pilihan minuman panas (teh tarik, nescafe tarik, tea & coffee) dan minuman sejuk (jus limau nipis, honeydew, kurma dan rosell)
Tadaaaaaaaa
Antara seleksi menu pilihan hati di malam kejadian
Pssstt, sememangnya puuaaassss hati weeeiiii. Dari seleksi pembuka selera, ke seleksi menu utama, ke seleksi kaunter aksi, ke selesi pencuci mulut, sehinggalah ke seleksi minuman panas dan sejuk eh, meeemmaaangg THORBAIK. Naik rambang mata, rambang selera nak pilih nak cuba yang mana satu, nak repeat yang mana satu tau3. Sehinggan pada pengakhirannya memang sengkak to the max perut anak beranak tau3
Jangan tunggu lama-lama
Segeralah membuat tempahan anda
Nikmatilah hidangan yang memukau di Triton's Kitchen Seafood Buffet Dinner, Royale Chulan Penang
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment