Corat Coret Ceritera Raya Keluarga Kecil Saya | Aidilfitri 2023
Corat Coret Ceritera Raya Keluarga Kecil Saya | Aidilfitri 2023 | Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua. Sebelum kebizi-an mula melanda meh sini saya coretkan sesiap ceritera Hari Raya Aidilditri keluarga kecil saya bagi tahun ini. Semestinya coretan wajib saban tahun, sebagai kenangan dan memori keeennnn.
Saya akan share bermula dari persiapan raya (baju, kasut & kelengkapan raya) kami 3 beranak sehinggalah aktiviti raya kami 3 beranak dari raya pertama sehingga raya ke enam. Ajiioooomm layan ceritera bergambar di bawah.
Antara belian baju raya 3 beranak
Duit ghayer
Pssttt, walopun udoh hoooiii duit ghayer tahun ni, tapi redha ja la asalkan dapat tukar kan3. Duit ni pun minta tolong kwn ofis yang tukarkan. Aternya memang tak jumpa masa nak pi bank untuk menukar segala ni weeeiii
Menu berbuka Ramadhan terakhir di masjid-al-malik.USM
Pssttt, plan asalnya nak berbuka di Subaidah USM, sekali pi dah tutup daaaaaa. Teruih tala masjid USM, Alhamdulillah rezeki bernasi tomato haaaaaa. Kesokaan Boboboy seketul tu. Siap dapat tapau bawa balik sepelastik haaa nasi dengan lauk eh, syukuuuurrr
Aktiviti main bunga api di malam raya
Pssttt, malam raya tu kami 3 beranak keluar untuk melayan kerenah jantan kecil seketul tu nak main bunga api di pantai Seagate. Usung sekali si bulus kecil tuuu. Tapi dasar panakut pahit si bulus tu, dia duduuukkk dalam bag dia dari awal sampai akhir he3
Ninjiaaa menu raya keluarga kecil saya
Psssttt, sebenarnya menu raya ni dah siap dari hari Khamis lagi. Lepas ja pengumuman raya, Jumaat tak jadi raya, so terus frozen semula segala rendang ayam, rendang kerang dan lemang ituuuu. Nasi impit no hal, bubuh di bahagian chiller sahaja. Malam raya, balik ja dari main bunga api, baruuuuu panaskan semula rendang-rendang eh, steamkan lemang dan nasi impit eh. Terus supper duluan dengan menu raya. Esok pagi rayanya pun ulang menu yang sama, dan tambahan nasi tomato dan gulai daing kerisik hasil tapau-an masjid USM tuuu haaaa. Minuman dengan kopi ais
Kami 3 beranak makan pagi raya dahulu sebelum Ayah eh dengan Boboboy solat raya
Pssttt, seperti biasa kami 3 beranak akan berhari raya dirumah sendiri dahulu. Kemudian setelah selesai solat raya, barulah kami akan bertolak ke kampung untuk menziarahi pusara kesayangan dan seterusnya berhari raya dengan sanak saudara serta bercuti-cuti raya
Sesi salam raya cap Ayah & anak
Sesi salam raya cap Ibu & anak
Sesi salam raya cap Ayah & Ibu
Ziarah pusara kesayanga a.k.a arwah Opah eh
Al-Fatihah
Norsiah Binti Dahanan
Pssstt, pejam celik dah memasuki tahun ke lima arwah Opah eh meninggalkan kami. Memang saban tahun, ini merupakan lokasi pertama kami sekeluarga akan kunjungi, setelah selesai solat raya. Walaupun nuuunnn di Taiping, tapi perjalanan dari Penang terasa sekejap sahaja. Elok sampai pun masih pagi pada kebiasaannya. Dah ziarah pusara baruuuu rasa legaaaaaaa, lapang dada. Tu ampa tengok tu Boboboy hias batu nisan Opah eh dengan munge2 cintaaaaaa he3. Selesai ziarah pusara, kami sambung berhari raya rumah sanak saudara di Taiping. Rumah sepupu dan juga bapa saudara. Petangnya terus menghala ke Ipoh untuk sambung berhari raya serta cuti-cuti raya di Ipoh
OOTD Raya ke dua di Ipoh
Pssstt, dek kerana jam dan hujan, makanya kami tiba di Ipoh pun dah nak dekat waktu Maghrib. Terus check in hotel, dan keluar semula untuk makan malam di McD ja pun he3. BTW, kali ini, part hotel di Ipoh (Tower Regency Hotel & Apartments) saya tak akan review detail (seperately) sebab tak kena dengan pengharapan kami. Kalau nak diikutkan bilik dia tu ok la juga, agak luas, tapi chanel TV entah apa2, complimentary coffee cuma ada 2 pack nescafe, 4 pack white sugar, 2 pack creamer, 2 botol mineral. Kebersihan in total memang OUT. Sepanjang jalan di bahagian koridor memang kotor, berhabuk, berdebu dan karpet lusuh. Kebersihan bilik so2 sahaja, baik part katil mahupun part toilet eh, bilik pun ada nyamuk time malam, nasib baik saya bawa mosquito repellent. Paling worst adalah kolam renang eh. Punah harapan Boboboy untuk berenang. Air kolam warna hijauuu, dalam kolam jelas ada sampah sarap dan berlumut. Tapinya tiada sebarang tanda dilarang berenang ka apa ka. Sewaktu menikmati sarapan memang kami nampak, few families datang bersama anak-anak, then dok jenguk kolam tak sampai 3 minit berlalu pergi. Seriously, pihak hotel expect ada orang akan berenang dalam kolam macam tu, mengarut betul!!!!!!! Breakfast spread yang ada ialah, nasi lemak, bilis goreng, telur rebus, timun, bihun goreng, sosej, telur goreng, cereals, buah 2 jenis, air oren (sejuk) dan air coffee & tea (panas). This is the 1st and definatley my LAST time duduk hotel ni. Mati hidup semula tak akan repeat. Harga semalam yang saya dapat ialah RM170++. Dengan harga seperti ini, saya banyaaakk kali dapat hotel lain yang jauuuhhh lebih berbaloi dari yang ini. Masa check out saya ada maklumkan kaunter berkenaan keadaan pool yang kotor, dan jawapan yang saya dapat "oooo, ya ka kotor??", ko ghaseerrrr. Setel check out on 2nd day raya, terus menghala ke Lumut, sebab nak sopim sikit then nak jumpa BFF untuk beraya. Sebelum Asar kami dah mula gerak balik ke Penang. Kami menggunakan jalan biasa, dengan motif nak elak jem dalam highway. Permulaannya memang seeemooootthh ja, heloookk nak sampai ke batu kurau, dia ponya jeeeeemmmm, melekat hooii. Perjalanan yang sepatutnya hanya 10 minit jadi sampai dekat 2jam, ko ghaseerrrr???? Dua-dua hala jem taaaauuu. Lepas tu berjaya masuk highway, jem jugaaa. Kejap ok, kejap jem. Sampai kesudah tak tahu apa punca jem, dia macam suka-suka dia nak sentut jem, lepas itu dia suka-suka jalan clear. Hadaaappp ja la sampai ke Penang. Sampai Penang pun dah dekat jam 11.00malam haaaa. Lapar anak beranak, singgah kedai tom yam pekena nasi panas-panas, dah kenyang baru balik rumah, tidooooooooooo
OOTD raya ke tiga
Pssttt, hari raya ketiga sambung berhari raya di rumah terbuka rakan sepejabat dan juga bapa saudara di Penang. Nasib baiklah kali ini, perjalanan tak jam pergi dan balik, he3
Balik beraya dapat AIR DURIAN
Saya dah mula berkerja pada raya ke 4. Usung Boboboy ke ofis sebentar kerana dalam tengah hari tu kakak sayam saya pick up Boboboy untuk check in hotel dahulu for our familia cuti-cuti ghayer. Saya akan terus ke hotel selepas habis berkerja dan akan sambung bercuti untuk hari raya ke 5&6. Nantikan NEXT ENTRY untuk full ceritera 2D1N familia cuti-cuti ghayer kami naaaaa. Kami check out hotel raya ke 5, dalam tengah hari, terus ke Subaidah USM untuk jejak kasihan dengan long lost kazen kami :P. Sempat la lucnh bersama-sama & sharing is caring sejam lebih gitchew. Sebelum balik kita snap sekeping gambor buat kenangan
v
v
v
v
v
v
v
Kakak sayam saya, myself and long lost kazen :P
Pssttt, saya dan kakak sambung ziarah raya ke rumah ibu saudara. Then kakak saya balik ke asal, #eh, balik rumah dia di Banting, Selangor
Perangat apa yang patut di malam raya ke 5
Pssttt, segala rendang ayam, rendang kerang, lemang dan nasi impit masih ada dalam peti. So bila nak makan kita panaskan dan steamkan sajiaaaaaa, he3
Sarapan 3 beranaka di Subaidah USM (Bedah USM) lagiiiiiii di hari raya ke 6
Pssstt, sesiapa yang mengikuti saya di IG & FB, pastinya tahu sangat, yang Bedah USM ni merupakan port kesayanagn Bboboy seketul tu hooiiii. Wajib singgah saban minggu :P. Ini juga merupaka port detim Ibu Ayah dedolu. Dan terus menerus menajdi port makan kami sehingga kini. Sedap, murah, dan berbaloi-baloi. Tak namanya student USM la weeiii kalau tak pernah makan Bedah USM :P
OOTD Ibu di hari raya ke 6
Psstt, sila abaikan Ibu yang mebolat dengan jayanya, walaupun baru hari raya ke 6. Jenuh posim kontrol perut kempih time tu weeeiii, he3. Sila jangan bayangkan apa terjadi pabila tiba hari raya yang ke 30 naaaaaa :P. Motif ke Queensbay Mall, semata-mata sebab Boboboy request nak beli seketul toy pakai duit raya dia. Ibu letak limit maksimum RM40 sahaja. So dapatlah seketul lagi kereta remote control. Kalau nak diikutkan, macam tiap tahun juga dok beli kereta remote dekat Boboboy ni. Main tak sempat setahun macam-macam la rosak. Tahun-tahun sebelum ni, setiap kali raya Ayah eh yang belikan toys, tapi raya kali ini Ibu bagi can Boboboy guna duit raya sikit he3. Yang lainnya WAJIB simpan dalam ASB, seperti biasa he3
Berlontong di ahari raya ke 6
Pssttt, balik sahaj dari QB Mall, terus bersilat di dapur. Memang dari raya pertama dok teringin nak masak lontong sendiri he3. Bolehla buat anak tekak 3 beranak gitcheewww. Raya ke 7, iaitu Jumaat, saya kembali berkerja sehari dan seterusnya sambung cuti semula hujung minggu itu dengan sambungan cuti hari Buruh. Haaaaaa, next entry saya akan sambung lagi ceritera raya ke 8-10 naaaaa he3
~~~ The End ~~~
Salam Aidilfitri awak. Sukaaa lontong, haaa nampak tak komen part yang lontong ja, kesimpulannya sungguh kagum semua prepare sendiri. Blue theme tahun ini.
ReplyDelete