Thursday, May 25, 2023

Viral Fever | Musim Sakit Sekarang Bermacam-macam

Viral Fever | Musim Sakit Sekarang Bermacam-macam

Viral Fever | Musim Sakit Sekarang Bermacam-macam | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Sebelum ini kita dilanda musim kemarau panas berbahang, sehinggakan air empangan mulai kering dah mula terpaksa dicatu. Dalam beberapa hari ini, Alhamdulillah, sudah mula hujan dan cuaca tidaklah panas berbahang sangat. Tetapi cuaca masih berubah-ubah dan tidak menentu. Sekejap mendung, sekejap hujan lebat sekejap panas terik. Dengan keadaan cuaca yang senantiasa berubah-ubah sejak sekian lama, musim demam batuk selsema dan macam-macam lagi penyakit yang lain senantiasa kita dengari sekarang ini kan3. Seolah-olah tidak pernah surut, sekejap influenza breakout, sekejap denggi breakout, sekejap viral fever breakout, dengan covid yang masih ada di kalangan kita.


Ini yang terbaru sejak dari Syawal baru ini, beberapa kes strok haba bagai. Setahu saya sudah ada 3-4 kematian melibatkan kanak-kanak kan3. Allahu, risaunya la hai hati ini. Memang betul, sebelum ini terasa sungguh bahang haba setiap malam sehingga sukar hendak tidur. Kipas sampai 3 biji, kipas siling eh, stand fan sampai dua, kiri kanan, tetaaaapppppp berpeluh lencun weeeiii. Ni dalam 3-4 hari ni baruuuuuuuulah terasa sejuk kembali.


Sebenarnya dari sebelum puasa lagi saya nak share ceritera episod si Boboboy yang tak sihat, dengan high fevernya, batuknya, selsemanya, allergiknya bagai, sampai berminggu-minggu. Sebenarnya, dulu masa Boboboy di bawah usia 5tahun memang agak kerap tak sihat sehingga kena masuk wad. Tetapi, pabila sudah besar (sekolah rendah) ni dah jarang sangat dah. Habis teruk pun demam selsema batuk dalam 2-3hari sahaja. Tetapiiiiiiii, sejak tahun lepas, ada pula dah serangan demam batuk selsema yang teruk tau3. Saya ada up ceritera DISINI. Kiranya sudah lebih 6 bulan dah la. Kali ini kena sekali lagi, adududuuuuuuu. Serangan berlaku dalam penghujung Februari dan berlarutan sehingga pertengahan Mac, barulah betul-betul ok tau3. Selepas itu, demam semula semasa bulan puasa, tapi syukuuurrr, kali ini tak la seteruk sebelumnya itu, kiranya dalam 4-5hari dah sihat semula, syukuuurrr. Meh kita layan ceritera bergambar di bawah. Pssstt, gambar ni mana yang sempat snap ja la nooooooo he3.


Balik sekolah terus melepek, makan ubat spare mana ada dulu terus lena


Pssstt, sebenarnya pada pagi hari kejadian, Boboboy ok ja sihat dan ceria. Semaasa ambil dia balik sekolah waktu tengah hari tu, dia ok ja. Tetapi, apabila ambil dia dari taska sebelah petang tu dia mengadu sakit kepala dan sakit badan. Saya rasa badan dia ok lagi. Saya sangkakan mungkin kerana cuaca panas. Sampai ja dirumah, test badan dia, suhu normal, tapi badan dah mula dedor. So lepas mandi, makan, terus saya bagi makan ubat sapre yang memang ada dirumah. Terus start jerlum, dan on diffuser la kan3, dan tidooooooo
v
v
v
v
v
v

Sepanjang malam suhu memang dalam 38 dan kebawah. Ubat time tu on 6jam sekali dan continue tepek cool fever dan sponging seluruh badan. The next day terus jumpa doktor. Bila doc. check tempt. normal, sebab baru makan ubat sejam sebelum jumpa doc., tapi doc kata better tukar ubat ke ubat biji (dewasa). Iyeeerrrr, Boboboy still makan ubat cecair utk kanak-kanak tu haaaaa. Sebab badan dia dah besar dan umur dah boleh makan ubat dewasa so, doc. tukar la. Supaya lebih efektif lagi untuk redakan demam dia. Doc. memang bagitahu sekarang musim break out viral fever. So Doc. bagi ubat satu set terus, demam batuk selsema sakit badan dan antibiotik. So tengah hari tu start new medication. Petang dah mula berpeluh dan nampak sihat sikit, sehinggalah ke malam. Tetapiiiiii, tiba-tiba, elok tengah malam, boboboy mula ketar dan badan rasa bahang panas betul. Check temp. dah mencanak naik ke 39+. Bagi mandi (sampai 2 kali), sambung sponging seluruh badan sampai Boboboy merengek nangis sakit la, sejuk la. Hati masa tu memang dah macam nak meletup dah. Tukar timing ubat ke 4jam sekali. Tapi suhu masih tak mau turun bawah 39 tau3. So next morning terus pecut ke klinik semula
v
v
v
v
v
v

Kesian anak Ibu Ayah, time ni memang dia tak larat dan sejuk
v
v
v
v
v

Doktor tukar semua ubat kepad yang lebih kuat, siap tambah vitamin dan air garam


Demam masih sekejap tinggi sekejap ok. Makan ubat dia ok, then lepas sejam dua, dia canak naik balik


Test covid -ve, Alhamdulillah


Dari petang sampai ke malam suhu dah bwah 38 sampailah next day-nya. Tetapi bila tiba malam next day tu barulah Boboboy start hidung tersumbat sepenuhnya dan sepanjang malam badan mula dedar kembali, dan suhu jadi 38 semulaaaaaa

v
v
v
v
v
v
v

Soooo, next day tu kembali lagi ke klinik untuk kali yang entah keberapa kali, sob3


Start kena nab sebab bunyi lung tak berapa clear. Doc. decide untuk buat blood test (denggi) dan influenza. Alhamdulillah -ve


Sekali dengan Ibu Ayah buat medical check-up he3


Sekali lagi Boboboy kena tukar ubat, sekali lagi yang lebih kuat. Ubat still on 4 jam sekali dan dari tengah hari dah mula nampak Boboboy getting better. Malam tu Boboboy dah boleh bernafas dengan sebelah hidung dan tidur tidak mengeluarkan bunyi hidung tersumbat dah, syukur


Repeat nab selepas 2 hari


Masa ini demam dah ok, so Doc. kata boleh stop ubat, cuma perlu habiskan antibiotik sahaja. So elok habis antibiotik, Boboboy start sekolah.  Tetapi pada 7 Mac, malam, Boboboy start demam semula. Kali ni Boboboy tak la mengadu sakit apa pun. Suhu 38, dan dia tak batuk atau selsema apa pun. So just continue ubat yang sebelum ini dan next day siang dia dah ok. Tapiiiii, next day tu malamnya badan dia dedor semula. Check temp. normal ja. Next daynya lagi tu, tiba-tiba perasan ada ruam, bintik-bintik merah kecil di muka Boboboy, so teruslah ke klinik. Doc suruh on antibiotik barul, bagi ubat tambahan utk demam batuk selsema (spare) dan ubat gatal dan losyen calamine. Next day tu lagiiiiiiii teruk ruam tu semua hampir seluruh badan
v
v
v
v
v
v
v
v

This is 2nd time after pro-long high fever Boboboy kena serangan alergik/ruam macam ni tau3. 1st dulu tu yang last year tu la dalam ENTRY INI tu kan. Dan kali ini kena sekali lagi. So kami tukar pergi ke klinik pakar kulit pula, sama macam yang sebelum ini, sebab ubatnya untuk atasi ruam ini lebih serasi dengan Boboboy. Doc. pakar kulit memang maklum kalau rashes due to pro-long hig fever, dia akan mula dimuka, kemudian ke tangan dan seluruh badan, dan berkahir di kaki. Doc. tukar semua ubat baru, dari demam, batuk, selsema, gatal dan krim. So continue ubat semua dan akhirnya setelah 4 hari semua dah kembali ok. Demam tiada, batuk tiada, selsema tiada, ruam tiada. Alhamdulillah. So kalau nak dikira, hampir sebulan tau3 serangan sakit kali ini. Semoga sejarah ini tidak berulang lagi, amiiiinnnnn



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment