Meraikan Ketibaan Tahun Naga Bersempena Perayaan Tahun Baru Cina Di Amari SPICE Penang | Best CNY Buffet Lunch & Dinner 2024 Di Penang
Meraikan Ketibaan Tahun Naga Bersempena Perayaan Tahun Baru Cina Di Amari SPICE Penang | Best CNY Buffet Lunch & Dinner 2024 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Hanya berbaki tidak sampai 2minggu lagi, masyarakat kaum Cina akan meraikan ketibaan tahun baru mengikut kalendar Lunar, iaitu tahun Naga. Tahun yang penuh dengan tuah yang berganda-ganda gitchew.
Bermula dari 9 sehingga 12 Februari 2024, Amari SPICE Penang, akan mengadakan tawaran berganda-ganda bersempena perayaan terbesar kaum Cina ini. Ini termasuklah ala-carte yee sang, reunion buffet dinner, buffet lunch & dinner CNY day, serta beberapa acara tambahan dalam memeriahkan lagi sambutan tahun ini. Dan di dalam entry kali ini saya akan berkongsi secara terperinci segalanya dengan para pembaca setia blog ini, cecewaaaahhh. Baiklah, tanpa melengahkan masa, ajiom layan ceritera bergambar dibawah untuk peristiwa malam kejadian.
Good Fortune Yee Sang di Amari SPICE Penang
Sedaaaapp la haaiiiii
Pssttt, memang sedap sungguh yee sang di Amari SPICE Penang ini tau3. Segala bahan buah-buahan, kerepek/keropk, dressing, serta termasuk protein yang digunakan dijamin segar-segar belaka tau3. Terdapat 3 jenis pilihan ala-carte yee sang dan setiap satunya dihidang secara set iaitu sama ada untuk 5-8pax ataupun 3-4pax. Jenis yang pertama diberu nama Good Fortune Yee Sang, dengan bahan tambahan istimewa jelly fish atau smoked salmon. Jenis yang kedua ialah Seafood Abundance Yee Sang, dengan tambahan makanan laut semestinya, seperti smoked salmon, smoked tenggiri, snow crab leg, jellyfish dan juga lobster salad. Manakala jenis yang ketiga, ialah Bowlful of Happiness Fruits & Vegetarian Yee Sang
PEMBUKA SELERA
Barisan menu utama yang beraneka pilihan
Psstt, segala menu utama ini berasaskan nasi, pasta, roti, mee, koteow & bihun, ikan, ayam, daging lembu dan kambing, makanan laut, masakan chinese style, masakan malay style, masakan barat, serta semestinya masakan thai style. Antaranya adalah seperti nasi putih, nasi goreng XO bersama isi ayam dan udang, udang buttermilk, sotong bunga goreng bersama daun saleri, daging goreng lada hitam, ikan siakap kukus bersama superior sos, assorted braised mushroom & water chestnut in yam nest, broccoli bersama tiram dan cendawan, vegetables ratatouilies, crispy oven baked chicken with almond & golden garlic, penne pasta with turkey ham & mushroom cream sauce, baked chicken breast stuffed with spinach & cheese, pan fried salmon with mandarin orange butter sauce, braised chicked with oriental herbs, deep fried fish with dried tom yam, thai lamb curry, fried beancurd with minced chicken, dan stir fired mixed vegetable
Cravings station dengan itiiiiikkkkkkk panggang
Pssstt, seriously memang cravings satisfied to the fullest tau3. Iyerlah, bukan senang kita orang Melayu nak mendapatkan menu berasaskan itik yang halal. Tambahan menu itik panggang chinese style sebegini. Kulit yang rangup, isi yang lembut. Perapan yang memang ngam-ngam terasa dari kulit sehingga ke dalam isi. Jika dinikmati begitu sahaja tanpa sebarang sos pencicah pun dah nikmat weeeiiii
Roasted rib eye
Garlic mashed potato bersama black pepper sauce & mushroom sauce
Grill section dengan pilihan makanan laut seperti ketam, udang, ikan, kambing serta ayam
Steamboat station
Bahagian bread & butter bersama braised szechuan soup with chicken, dan crabmeat soup
Steam section dengan pilihan chee cheong fun udang, aneka siew mai, loh ma kai (pulut kukus chinese styel), dan ma lai go (kek kukus chinese styel)
Pssttt, sememangnya chee cheong fun udang tersedap yang saya nikmati. Sebuah lagi menu yang memenuhi cravings saya untuk chinese food style foodies
Pizza station dengan smoked duck breast pizza with hoisin sauce serta char siew chicken & pineapple pizza
Pssttt, yang ini pun sama teramat sedap. Olahan dan gabungan menu barat dan chinese style memang menjadi sungguh. Sos hoisin dan smoked duck bersama cheese dan roti pizza, serta ayam charsiew bersama cheese dan roti pizza memang sesedap rasa kejadiannya weeeeiii
Japanese section dengan aneka jenis sushi, maki dan juga sashimi
Psssstt, dah namanya ke Amaya Food Gallery, Amari SPICE Penang memang wajiiiiiiib terjah section Japanese ini tau3. Tengoklah tuuuu, betapa meriahnya spread sushi, maki dan sashimi yang ada tuuuuuu. Semuaaaaa segar dan sesedap rasa taaaauuuu. Salmon teruih sekor haaa dibentangakn. Diproses depan pengunjung, fresh2 taauuu. Seriously memang sedak nak mati sashimi salmon eh tau3. Tambahan part belly eh tu, masuk mulut terus cair weeeiii
PENCUCI MULUT
Barisan pencuci mulut dengan aneka jenis kek, jeli, puding, tart, kuih muih traditional melayu, biskut hari raya cina, ais krim batang, loh han guo, bubur cha cha, chinese lotus pancake, fried nian gao, ABC, dan chocolate fountain
Antara menu santapan di malam kejadian
Pssstt, secara keseluruhannya memang terbaik la semua yang dibariskan untuk buffet makan lunch dan makan malam di Amari SPICE Penang ini tau3. Pesanan khidmat masyarakat, sila pastikan anda cuba kesemua ataupun semaksima jenis yang boleh. Ini kerana sememangnya setiap satu darinya tersendiri
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment