Restoran Minah, Gelugor | Makan Best di Penang
Restoran Minah, Gelugor | Makan Best di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah hari ini kita telahpun tiba ke hari yang ke 5, dan hari pertama Jumaat di tahun baru 2024. Syukur kehadrat Ilahi diatas segala Rahmat & kebahagiaan yang kita nikmati di tahun lepas. Serta semoga untuk tahun ini segalanya dipermudahkan juga untuk kita semua, amiiiinnnn.
Untuk entry hari ini, saya akan berkongsi sebuah lagi lokasi makan yang best di Penang. Kali ini, untuk makan tengah hari naaaaa, sejenis restoran yang menawarkan juadah nasi lauk beraneka pilihan. Terletak di Gelugor, Penang. Sebenarnya restoran ini telah wujud sedari saya belum lahir lagi tau3. Saya masih lagi ingat arwah Opah eh selalu bercerita tentang Minah Restoran masa masih lagi mengandungkan saya. Waktu itu kami susah, so tak mampu la nak beli lauk luar. Tapi sebab arwah Opah eh memang masa pregantkan saya tu memang sukaaaaa sungguh kari ikan bawal dari Minah Restoran ni tau3. Makanya di waktu itu memang arwah akan membeli kuah sahaja tau2. Sebungkus dalam 20-30 sen sahaja. Belambak dapat. Boleh makan dari tengah hari sampai ke malam. Nasi putih, lauk ikan masin, dan sambal belacan masak sendiri, bersama kuah gulai ikan bawal Minah Restoran. Memang kerap beli kuah, dalam seminggu tu 2-3kali la juga. Sehinggalah saya lahir dan kami berpindah randah merata-rata. Tetapi Minah Restoran tetap di hati arwah Opah eh.
Kemudianya pabila saya berkahwin dan kembali menetap di Penang ni, sememangnyalah Minah Restoran menjadi port lunch kesukaan kami berdua la kan3. Arwah ada beritahu, dulu restoran ni kecik ja, lauk pauk pun tak la banyak mana, dan memang menu utama hanyalah kari ikan bawal dia naaaaa. Then masa saya menetap kembali di Penang (13thn yang lalu), restoran ini pun tak lah seperti sekarang ini. Sememangnya pengunjung tetap masih lagi orang Penang. Bukan orang luar atau pelancong. Kalau ada orang luar pun, kita boleh cam mereka datang bersama org Penang, gitchew. Tetapiiiiiii, saya pun dah lupa bila ketikanya Restoran ini mula viral dan berduyun-duyuuuuuunnn orang luar dalam tepi bawah atas dok serbu. Samapi kamiiiii, orang Penang molaaaaa laaaa tak dapat nak menikmati makan tengah hari di situ, kerana memang tak kosaaaa la orang Penang nak buat ghamaaaaiii sama kan3. Rimas betul kalau dok mai viral-viral bagai ni. So mengkala kata dah viral, kami stop la makan di Minah Restoran, sehinggalah dua minggu lepas. Akhrnya kami jejak kaki semula ke Restoran Minah.
Interior dan seating area Minah Restoran, Gelugor, Penang
Psssstt, gamabor sign board lupa nak snap :P. Banyak betul perubahan interior Minah Restoran ini sekarang tau3. Lebih selesa, lebih luas, lebih bersih, lebih cantik
Barisan menu yang di tawarkan di Minah Restoran, Gelugor, Penang
Pssstt, memang rambang mataaaaaaa wei. Secara totalnya ada 3 section berbeza. So maknanya tidakah terlampau crowded jika orang ramai kan3. Bermacam-macam jenis masakan ada, sambal, masak lemak, masak asam, goreng2, panggang, kari, masak parpu, sayuran, ulaman dan juga sambal
Ninjiiiiaaaaaaaa forever starsssss menu di Minah Restoran
Ini pun forever starsssss menu di Minah Restoran
Psssttt, memang sedari dulu, dua menu inilah menu WAJIB pabila berkunjung ke Minah Restoran tau3. Memang wajiiiiiiiiiiibbbbbb
Menu kegilaan ramai juga ni
Pssttt, kepala ikan dan ikan belah belakang turut merupakan menu yang kerap kali meniti di bibior para pengunjung Minah Restoran tau3. Tetaaaaaapi setakat ini saya belum lagi tau3
Cap Ibu dan anak di Minah Restoran, Gelugor, Penang
Bil eh
Psstt, dua orang makan tak sampai RM30. Kira oklah kan3. Cumanya secara personal, harga air agak tinggi, tapi air dia pun memang sedaaaakkkkksss he3
~~~ The End ~~~
Meriah betul makanannya terus rasa terliur tengok. Lama tak pergi Penang. Ada kakak duduk Gelugor. Husband dia memang orang Bukit Gelugor tu.
ReplyDelete