Friday, December 6, 2019

'Celebrate A Gleeful Christmas' Di Cititel Penang | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang

'Celebrate A Gleeful Christmas' Di Cititel Penang | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang

'Celebrate A Gleeful Christmas' Di Cititel Penang | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang | Masih lagi dengan semangat bulan perayaan Krismas. Ini merupakan saat yang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti dengan yang tersayang, tidak kiralah bersama keluarga mahupun bersama rakan taulan. Dengan ini saya akan terus berkongsi dengan para pembaca blog kesayangan saya pilihan manarik buffet makan tengah hari serta makan malam bersempena perayaan Krismas 2019, yang ditawarkan oleh hotel-hotel di Pulau Pinang.

Cititel Penang merupakan sebuah hotel yang tidak pernah melepaskan peluang memberikan tawaran terbaik demi para pengunjung hotelnya. Bersempena perayaa Krismas tahun ini, pihak Cititel Penang mengetengahkan tema 'Celebrate A Gleeful Christmas'.



'Celebrate A Gleeful Christmas' di Cititel Penang


Hidangan Penuh Rasa dan Menggamit Selera Seisi Keluarga| 'Celebrate A Gleeful Christmas' Di Cititel Penang

Hidangan Penuh Rasa dan Menggamit Selera Seisi Keluarga| 'Celebrate A Gleeful Christmas' Di Cititel Penang | Sepertimana yang saya maklumkan di awal tadi, pihak Cititel Penang menawarkan aneka menu mewah dan enak yang pasti akan menambat selera para pengunjungnya. Tawaran ini boleh dinikmati sewaktu buffet makan tengah hari serta makan malam bersempena perayaan Krismas ini. Seperti biasa, adalah lebih nikmat jika saya sambung dengan ceritera bergambar dibawah. Jom bersama-sama melayari malam media review bertemakan 'Celebrate A Gleeful Christmas' di Cititel Penang.


Hidangan ISTIMEWA yang boleh dinikmati bersempena dengan semangat sambutan perayaan Krismas di Cititel Penang

Salad shooter : prawn cocktail on glass, crabmeat & avocado on spoon, chicken liver on toast

Hot dish : slipper lobster, seafood thermidor, pan fried sea bass with mango salsa, baked potato with cheese sauce

Pssstt, saya terpikat dengan menu slipper lobster. Menu ini simple sebenarnya, kerana ianya hanya dibakar, tetapi dek kerana isinya yang segar, rasanya sungguh menyerlah. Boboboy meminati menu sea bass fish itu

Carving : roasted turkey & stuffing with roasted potato, vegetables, cranberry sauce & giblet sauce

Pssttt, sah-sah menu wajib kan3. Tak Krismas la kalau tidak ada ayam turki kan3. Masa inilah untuk kita menikmati menu ini kan3

Desserts : assorted french pastries, cheese cake, chocolate brownies, Christmas pudding, Christmas cookies, stolen and yule long



PEMBUKA SELERA


Sausage & cheese salad, cold cuts dan green mango salad


Aneka jenis sushi dan maki bersama pickle ginger, wasabi dan shoyu sauce


KAUNTER AKSI

Sate ayam dan daging berserta nasi impit, hirisan timun dan bawang yang enak dinikmati bersama kuah kacang

Psssttt, WAJIB menikmati menu ini tau3. Setiap kali mengunjungi Cititel Penang, saya dan Boboboy pasti menikmati menu ini. Walaupun kekenyangan dengan menu2 yang lain, tapi tetap menu ini tak pernah miss. Ohhooiiii, kalau miss sudah pasti termimpi-mimpi. Secara peribadi, kami menyukai sate di Cititel Penang kerana perapan sate itu tidak 'over powering' dan rasanya bangkit pabila dicicah dengan kuah kacang pekat likat iu tau2. Even, nasi impit pabila dicicah dengan kuah kacang itu pun bersalut elok jaaaa tau2. Memang terbaik


Mee Hokkein

Pssstt, HOT ITEM malam kejadian. Udang refill berkali2, begitu juga dengan kuah meenya. WAJIB tau anda cuba


KAUNTER SUP


'Doubled boiled chicken soup' dan 'cream of cauliflower soup'



MENU UTAMA


Spaghetti with spicy prawn and tomato sauce


Butter prawns with oat

Fish head curry

Roasted duck


Grilled lamb chop with mint sauce

Chicken teriyaki

Steamed egg 'chawan mushi'

Green vegetables with mushroom


Chicken lor bak


Bean curd with minced chicken, mushroom and hot bean paste

Deep fried seafood wanton with cilantro mayonnaise



PENCUCI MULUT


Aneka jenis pastri, kek dan puding, leng chee kang, buah-buahan, rojak penang, chocolate fondue, aiskrim



Nindiaaaaa barisan pinggan mangkuk dua beranak pada hari kejadian

Psssttt, memang puas hati sungguh. Pelbagai jenis menu, pelbagai jenis rasa. Dari hidangan berksonsepkan japanese, ke chinese, ke western, ke melayuan, ke fusion. Penuh meriah dan mewah dengan rasa tersendiri. Memang memenuhi taste bud kami dua beranak. WAJIB dinikmati setiap kali berkunjung ke Citititel Penang sudah semestinya kari kepala ikan salmon, roasted duck, chawan mushi, dan sate. Memang tak namanya ke Cititel la kalau tidak menikmati menu2 ini tau3. Sila ingat WAAAJIIIIBB. 

Haaaa, dua2 menu diatas ini merupakan RATU dihati yang terbaru pabila berkunjung ke Cititel Penang tau3. Sebelum ini, bagi pencuci mulut, pujaan hatiku adalah mochi. WAJIB nikmati mochi, tetapi untuk kali ini kek puding jagung, kek puding pandan serta banana fritters merupakan pilihan hati. TERBAIK weeeiiiiii. WAJIB nikmati tau3

A Gleeful Christmas Eve Buffet Dinner
24 Dec. 2019
6.30pm - 9.45pm
RM118nett (Adult), RM59nett (Child)
.
A Gleeful Christmas Day Buffet Lunch
25 Dec. 2019
12.00noon - 3.00pm
RM63nett (Adult), RM31nett (Child), RM44nett (Senior Citizen)
.
A Gleeful Christmas Day Buffet Dinner
25 Dec. 2019
6.30pm - 9.45pm
RM103nett (Adult), RM52nett (Child), RM72nett (Senior Citizen) 

Lokasi :
Main Street Cafe, Cititel Penang

Contact :
04-2911128

Laman sesawang :

Facebook:

Instagram :



~~~ The End ~~~

1 comment:

  1. kecewaaaaa tak dpt makan dh.. sedap teruk krismas kali ni

    ReplyDelete