Monday, December 16, 2019

'Merriest Christmas' Di The Wembley Penang | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang

'Merriest Christmas' Di The Wembley Penang | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang

'Merriest Christmas' Di The Wembley Penang | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Pejam celik, pejam celik, kita telahpun berada dipertengahan bulan Disember. Bulan terkahir untuk setiap tahun. Masih lagi merupakan bulan cuti sekolah bagi anak-anak. Serta sudah semestinya bulan perayaan Krismas yang dinanti-nantikan oleh para penganut agama Kristian kan3.

Sepertimana, entry saya yang sebelum ini yang mana saya berada dalam fasa perkongsian lokasi-lokasi menarik untuk menikmati buffet makan malam sempena Krismas di hotel sekitar Pulau Pinang. Kini tiba masanya saya akan berkongsi tawaran yang disediakan oleh The Wembley pula. Jom bersama-sama melayari perincian bergambar seterusnya.

'Merriest Christmas' Di The Wembley Penang

Sambutan Dan Hidangan Penuh Kemeriahan | 'Merriest Christmas' Di The Wembley Penang

Sambutan Dan Hidangan Penuh Kemeriahan | 'Merriest Christmas' Di The Wembley Penang | Saban tahun, memang inilah antara buffet makan malam sempena Krismas yang saya, Mr. Hubby dan Boboboy seketul nanti-nantikan tau3. Pasti kami tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta merasai kemeriahan buffet makan malam yang ditawarkan oleh The Wembley Penang. Tahun ini lebih teruja kerana tertarik dengan tema yang diketengahkan iaitu 'Merriest Christmas'. 

Antara barisan buffet makan malam di The Wembley Penang yang bertemakan 'Merriest Christmas'



PEMBUKA SELERA


Asian tapas

Pssttt, fried dumpling itu memang menjadi pujaan hati iols saban kali mengunjungi The Wembley Penang


Seafood on ice

Pssttt, laku keras ok section ini. Manakan tidak, sememangnya makanan laut yang dihidangkan cukup segar. Kesukaan hati saya sah2 la udang serta slipper lobster itu. Saya gemar menikmatinya bersama titisan lemon, chili flakes, mayonies dan tabasco sos

Salad bar


Cold cuts & smoked salmon


Sashimi

Psstt, kerasukan weeeiii bila sampai kaunter ini haaaaa. nampak dooppp tuuuu???? Ohhooiiiii, memang mengiurkan sungguh lah hirisan salmon, tuna octopus segala tu haaaaa. Oren ada, merah ada, putih ada. Tapi seriously, memang wajib anda nikmati. Rugiiiiiiii tak tahu nak cakap la kalau anda tak nikmati sashimi segar ini tau3. Hanya perlukan sedikit titisan lemon (pastikan hanya sedikit ya, supaya ianya tidak menjejaskan rasa isi sashimi itu tau3), dan terus ngap, perrrghhhh, seolah-olah masih terasa dirongga mulut ni weeiiii. Sedap, segar, penuh nikmat


Sushi & maki

Psssttt, haaaaaa, kaunter ini pun kesukaan di malam kejadian. Iols dengan dengan Boboboy kan peminat sushi dan maki, so sah3 la ini merupakan pembuka selera kesukaan kami dua beranak kan3. Pesyen kami dua beranak, memang menikmati maki dan sushi begitu sahaja. Tetapi anda boleh juga menikmatinya bersama shoyu atau wasabi atau ginger pickles. Ikut selera masing-masing la kan


Aneka pilihan pembuka selera yang turut terhidang, ada sate (ayam & daging), cheese platter, dan pizza

Psssttt, untuk bahagian ini, Ayah eh menyukai sate daging dan ayam. Untuk Boboboy seketul kegilaan eh pizza. Saban kali berkunjung memang WAJIB Boboboy pulun pizza Wembley Cafe. Malam itu sahaja sudah 6 keping pizza tau3


Terdapat juga aneka sup (double boiled free range chicken soup & winter squash soup) yang enak dicicah bersama roti


MENU UTAMA

12 hours slow cooked beef ribs


Grilled salmon with citrus & herbs salsa

Psssttt, memang menu ini WAJIB cuba. Apa yang menarik adalah salsanya itu. Thumbs up and compliment to the chef. Sebenarnya isi salmon itu rasanya biasa sahaja jika dimakan begitu sahaja kerana sememangnya ianya tidak diperap ataupun berkuah khas. Ianya cumanya digrilled dan sangat, sangat, sangat, ENAK pabila dimakan bersama dengan citrus & herbs salsa itu tau3


Steamed fish with nyonya sauce

Psstttt, ini merupakan kali kedua saya menikmati menu ini di The Wembley dan saya masih lagi menyukai rasanya. WAJIB juga anda cuba

Crispy fried prawn with garlic, chili & spices

Steamed half scallop with pickles lettuce

Breast of chicken in madeira jus, brussel sprout

Lamb stew with onion and cabbage

Psstttt, haaaa nindiaaaaa seketul lagi menu pujaan hati Ibu dan Ayah di malam kejadian. Seedaaaaapppp. Memang sedaaapp. Isi yang lembut selembutnya. Kuah yang penuh rasa rempah/herba serta manisan daging/lemak kambing itu sendiri. WAJIB anda nikmati


Wok fried mantis prawn with dried chilli


Potato gnocchi with olives, mushroom & tomato sauce


Baked seafood thermidor


Roasted pumpkin and chestnuts with honey glazed

Braised forest mushroom with pacific clam and green



KAUNTER AKSI

Krismas special, sah2 la WAJIB kan3
Whole roasted Turkey with yorkshire pudding, stuffing & it's special sauces

Pasta station dengan penampilan istimewanyaaaaaaa..... The Parmesan wheel



PENCUCI MULUT


Aneka jenis pencuci mulut yang terdiri daripada kek, creme brulee, tart, puding, jelly, christmas cookies & candies

Psssttt, WAJIB anda nikmati creme brulee di Wembley Cafe ini tau3. Tidak pernah mengecewakan

 
Leng chee kang

Aneka buah-buahan segar dan juga jeruk

ABC


Aiskrim

Pssttt, WAJIB menikmati airkrim Wembley Cafe. Tidak kira yang scoop ataupun yang jenis batang. Kedua-duanya enaaaaakkkkkkk dan mempunyai rasa tersendiri



Inilah dia barisan pinggan mangkuk kami tiga beranak di malam media review 'Merriest Christmas' di The Wembley Penang

Psssttt, kalau nak disenaraikan menu WIN pada malam kejadian sekali lagi, saya akan memilih shashimi, sushi, grilled salmon with citrus & herbs salsa, lamb stew with onion and cabbage, creme brulee dan juga aiskrim



Tawaran buffet makan tengah hari serta makan malam bersempena Krismas 2019 yang bertemakan  'Merriest Christmas' di The Wembley Penang



~~~ The End ~~~

1 comment: