Kuih Culture | Makan BEST Di Penang
Kuih Culture | Makan BEST Di Penang | Cuti sekolah masih lagi berbaki lebih kurang 2 minggu. Sudah semestinya ada diantara pembaca blog saya mempunyai perancangn untuk membawa anak-anak bercuti, walaupun di saat akhir kan3. Jika anda mempunyai perancangan untuk berkunjung ke Pulau Pinang, sudah semestinya MAKAN merupakan satu itinari yang wajib dipenuhi kan3. Iyerlah, Pulau Pinang kan dikenali sebagai syurga makanan. Pengunjung dari seluruh pelusuk Malaysia bahkan seluruh dunia sanggup ke Pulau Pinang demi MAKANAN kekdahnya kan3.
Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada para pembaca sebuah lagi port JJCM yang menarik yang boleh dijadikan persinggahan bersama keluarga pabila berkunjung ke Pulau Pinang. Restoran ini merupakan sebuah restoran yang menampilkan sisi istimewa dan tersendiri yang mana ianya bercirikan makanan dan budaya Nyonya. Unik dan penuh tradisi seperti namanya iaitu Kuih Culture. Restoran ini mempunyai HALAL Jakim, makanya tidak perlu was-was untuk menjamu selera disini.
Kuih Culture : bringing heritage and culture back to life
Mengembalikan Semula Warisan Dan Budaya Kepada Kehidupan | Kuih Culture
Mengembalikan Semula Warisan Dan Budaya Kepada Kehidupan | Kuih Culture | Sepertimana yang saya maklumkan di awal tadi, Kuih Culture merupakan sebuah restoran yang mengetengahkan ciri masakan Nyonya yang HALAL. Semestinya motif utama restoran ini adalah untuk mengembalikan budaya dan sejarah masa lalu kepada kehidupan zaman sekarang. Ini bagi memastikan ianya tak lapuk ditelan zaman dan anak-anak sekarang dapat menghayati dan mendalami pelbagai jenis masakan serta budaya Nyonya.
Saya secara personalnya memang teriiiiiingiiinn sangat dan menyukai untuk mencuba masakan dari kaum dan bangsa lain yang ada di Malaysia. Contohnya seperti masakan bercirikan masakan Cina, India dan juga Baba Nyonya. Apa yang terlintas difikiran saya pabila menyebut masakan Baba Nyonya ada kuih muih traditionalnya, serta masakan bergoreng dan berkuahnya. Pada saya, masakan Nyonya ini adalah campuran masakan bercirikan Chinesee foods dan Malay foods. Kelainan rasa yang terhasil dari gabungan dua budaya, bangsa dan rasa inilah yang saya nanti-nantikan pabila mendapat khabar berita untuk membuat review di Kuih Culture tau3.
Boboboy seketul di hadapan Kuih Culture
Sebahagian pandangan ruangan dalaman Kuih Culture
Pssstt, susun atur dan hiasan dalaman restoran adalah minimal dan simple. Sepertimana dari gambar diatas, pabila melangkah masuk kedalam restoran, anda akan melalui kaunter penyediaan dan pesanan terlebih dahulu dan kemudiannya baru anda akan ke bahagian sitting area
Antara barisan kuih muih yang terdapat di Kuih Culture pada petang terlibat
Antaranya adalah kuih talam chendol, kuih bingka ubi kayu, hainanese chicken pie, kuih jagung, dan kuih lapis
Pssstttt, sehingga hari ini saya termimpi-mimpikan kuih bingka ubi kayu itu. Memang kesukaan hati wei. Mr Hubby sah2lah meminati kuih lapis
Char Koay Teow
Psstttt, sepertimana yang telah saya maklumkan kepada pemilik Kuih Culture, itu jugalah yang akan saya maklumkan kepada para pembaca blog saya
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
SPEECHLESSSSSSSSSSSSSS
Hilang kata-kata, hanya terus suap sesudu demi sesudu serta berebut2 manja dengan Mr Hubby sepinggan CKT ini. Seeedaaaappp nak matik. Memang anda WAJIB nikmati pabila berkunjung ke Kuih Culture. WAJIB, ingat tu, WAJIB weeeiiiii. Sebenarnya setelah saya berada dalam keadaan sedar semula dan boleh berkata-kata, terus saya ajukan soalan kenapa sedap sangat CKT mereka ini he3. Sedikit rahsia yang dikongsi adalah mereka bukan sahaja menggunakan air rebusan udang (kulit) malahan mereka juga menggunakan lemak ayam (chicken fat). Tudiaaaaa, itulah rahsianya kelainan, keunikan serta kesedapan tidak terkata CKT itu tau3
White curry mee
Pssstt, untuk menu juga rasa yang ditampilkan lain. Saya pernah merasa white curry mee chinese style, dan yang ditampilkan oleh Kuih Culture ini berlainan. Sudah semestinya kelainan yang timbul adalah dari kuah putih mee itu serta juga paste karinya. Satu lagi kelainan ialah, menu ini menggabungkan mee dan juga bihun. Sebenarnya, sepertimana yang diterangkan oleh pemilik restoran, menu-menu yang dihasilkan kebanyakannya mencampurkan mee dan bihun. Walaupun namanya prawn mee ka, curry mee ka, hailam ka. Unik kan3. Harus anda cuba sendiri jika ingin lebih jelas kekdahnya he3
Nasi lemak Nyonya
Psssttt, memang unik, memang lain. Pertama kali saya mendengar, melihat serta merasa sendiri nasi lemak Nyonya ini. Pada permulaannya, apa yang terlintas di hati saya, kelainan hanyalah dari segi lauk yang didatangkan bersama nasi lemak itu, tetapi rasa nasi lemak serta sambal adalah sama seperti nasi lemak biasa yang pernah saya nikmati. Ternyata sangkaan saya meleset. Bukan sahaja lauknya berbeza, rasa nasinya juga berbeza, serta sambal yang didatangakn bersama nasi juga berbeza. Nasi lemak Nyonya ini kurang lemak, tetapi haruman lemak itu masih kuat, serta sambal yang didatangkan bukanlah sambal tumis tetapi sambal belacan Nyonya style. Seterusnya lauk yang didatangkan bersama adalah udang serta ikan jaket goreng. Sekali lagi kelainan rasa yang terserlah kerana perapan yang digunakan adalah asam jawa. Rasa yang terhasil adalah masam manis gitew. Betul-betul kelainan rasa yang terhasil dari nasi lemak Nyonya ini. Boboboy seketul dan Ayah eh menyukai set ini. Siap berebut ikan lagi wei he3
Fried laksa
Pssstt, laksa ini merupakan versi asam laksa yang digoreng. Dengan kata lain ianya versi kering tetapi masih lagi mengekalkan rasa asam laksa berkuah itu sendiri.
Prawn soup hot pot
Pssstt, sememangnya kuah sup yang penuh rasa. Terserlah kemanisan seafoods di dalam kuah itu. Manakan tidaknya, penuh haaa isinya. Dengan udangnya, dengan sotongnya, dengan bebolanya, serta dilengkapi lagi dengan cendawan dan sayuran hijaunya.
South China sea dan durian ice blended
Pssstt, yang biru penuh dengan kesegaran, yang putih penuh dengan kemanisan lemak. Dua-dua melekat dihati. WAJIB anda nikmati kedua minuman ini
Chendul durian
Psssttt, untuk menu ini tidak perlu kata apa2, cuma senyyyuuuuummmm dan nikmati sehingga licin
Gambar ihsan dari FB Kuih Culture
Nindiaaaa lagiii barisan bertingkek-tingkek kuih traditional yang boleh di dapati di Kuih Culture
Antaranya adalah pelbagai jenis bingka (putih dan ungu), pelbagai jenis kuih talam, angkoo, pulut udang, cucur badak, sugee talam, onde-onde, abok-abok, chew chwee kueh, popia goreng, huat kuih, bee ko, serta kuih cake
Kuih Culture,
59A, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Tel : 011-5628 2889
Webpage : http://kuihculture.com
FB : KuihCulture
IG : kuihculture
~~~ The End ~~~~
wow dia punya white curry mengancam!!
ReplyDelete