Friday, December 20, 2019

ASEAN Feast Buffet Dinner Di VOUK Hotel Suites | Best Buffet Dinner Di Penang

ASEAN Feast Buffet Dinner Di VOUK Hotel Suites | Best Buffet Dinner Di Penang

ASEAN Feast Buffet Dinner Di VOUK Hotel Suites | Best Buffet Dinner Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Yaaaaa ammppuunnn. Masih belum habis lagi dengan entry makaaanaaaannnn, he3. Dah itu kesokaan segenap umat manusia kan3. Sudah namanya #foodblogger, pabila mendapat tahu tempat yang bagus, tawaran yang hebat, sudah semestinya harus dikongsi bersama para pembaca kan3.

Baiklah untuk kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu lagi tawaran buffet makan malam yang terkini yang ditawarkan oleh VOUK Hotel Suites, Penang. Untuk makluman, pihak hotel aktif memperbaiki serta berinovasi dalam penawaran tema serta menu terbaru untuk tawaran buffetnya, tidak kiralah untuk makan malam mahupun makan tengah hari. Makanya jomlah bersama-sama saya menyelidik serba sedikit tawaran terkini bagi buffet makan malam VOUK Hotel Suites, Penang.


Cap Ibu dan anak di ASEAN Feast Buffet Dinner, VOUK Hotel Suites, Penang


Harga Mampu Milik Dengan Menu Menambat Selera | ASEAN Feast Buffet Dinner Di VOUK Hotel Suites

Harga Mampu Milik Dengan Menu Menambat Selera | ASEAN Feast Buffet Dinner Di VOUK Hotel Suites | Untuk makluman para pembaca, sebelum ini pihak Bagi tema terbaru ini, pihak Cést Si Bon Restaurant, VOUK Hotel Suites, Penang ini pernah menampilkan pelbagai tema seperti chu-char ikan bakar3 abdul buffet dinner, serta Fat-bulous dinner. Ianya mengetengahkan menu masakan chinese style, original Penang style, masakan barat, serta asia.

Untuk tema kali ini, ASEAN Feast Buffet Dinner, sudah semestinya ianya mengetengah masakan ASEAN yang dekat dengan hati. Kelainan yang disuntik untuk tawaran kali ini adalah harganya yang MURAH serta mampu dibeli oleh kebanyakan masyarakat. Dengan itu jangan lepaskan peluang keemasan ini ya. Untuk gambaran serba sedikit tawaran ini, jom baca ceritera bergambar dibawah.

Barisan buffet line bagi ASEAN Feast Buffet Dinner di VOUK Hotel Suites



PEMBUKA SELERA

Salad bar

Pssttt, memang segar sungguh bahan-bahan hijau, purple, oren dan merah ini tau3. Kriuk3 & crunchy. Sungguh nikmat menikmati salad ini


Potato salad


Smoked salmon salad


Unagi japanese seaweed

Psssttt, sedaaaaapppp tau3 smoked salmon salad dan unagi japanese seaweed ini. Saya sebagai peminat salmon, sudah semestinya akan menyukai smoked salmon salad. Sebenarnya saya tidak berapa menggemari unagi tau3. Tetapi untuk menu unagi japanese seaweed ini,  saya jatuh hati. Seolah-olah memberi rasa uumpph & trigger keenakan unagi itu. Seaweed itu rangup kriuk2 dan unagi itu lembut dengan rasa asap2 gitew. WAJIB cuba


Aneka keropok dan jeruk buah


Sup ayam


MENU UTAMA


Nasi minyak

Pssttt, dua pinggan haaaaa Boboboy seketul nikamti menu ini. So anda nilai la sendiri sedap ka tidak he3 :P

Stir fried mussels with kam heong style


Ayam percik

Psssttt, satu lagi menu yang menambat selera hamba di malam kejadian. Seriously memang sedap sehingga menjilat jari weeiiii. Secukup rasaaaaaaaa tau kuah percik itu. Wangiannya, lemaknya, rempah ratus perapannya, rasa kerisiknya, manisnya, masinnya, semuaaaalaaah bergabung seindah berirama bersama. Sehingga menjilat2 saya dibuatnya tau2. 3 kali tambah untuk menu ini he3. Sekali lagi WAJIB cuba

Deep fried fish with tao cheong


Telur bawang

Vegetable of the day

Pssttt, menu ini juga saya suka. Nampak simple tapi cukup lengkap rasanya tau3


Stewed tofu with pickled lettuce and minced chicken

Spaghetti marinara sauce



KAUNTER AKSI


Mee udang

Pssstttt, haaaa hat ni sedaaaaappp jugaaaaa. Saya suka, saya suka, saya suka, saya suka, saya saaanggaaattt suka3, he3. Tak mau cakap banyak dah, cuma senyum, dan WAJIB cuba sahaja :)


Crepes 


ABC


Fruit punch


PENCUCI MULUT


Bubur gandum


Aneka jenis kek, puding, jelly dan tart


Buah-buahan

Aiskrim


Coffee & tea



Tadaaaaaaa
Barisan pinggan, mangkuk, cawan dan gelas kami dua beranak di malam kejadian


ASEAN Feast Buffet Dinner di VOUK Hotel Suites



150 mins express lunch di VOUK Hotel Suites



~~~ The End ~~~

1 comment: