Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang
Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Sudah agak lamaaaaaa saya tidak membuat coretan review tempat penginapan kan3. Sebenarnya ada lagi beberapa tempat penginapan serta ceritera percutian yang ingin saya coretkan di dalam blog kesayangan ni tau3. Tetapi kekangan masa dan idea membantutkan segalanya sehinggakan terperam sudah ceritera itu. Ada yang telah saya ingat-ingat lupa dah pun haaaaa he3. Nak kena recall and refresh semula la jawabnya nanti :p.
Makanya sebagai pembuka jalan semula kearah review tempat penginapan dan cuti-cuti didalam blog saya ini, dengan ini marilah kita mulakan dengan percutian keluarga yang terkini, hiburan sensasi #eh3, iaitu di Lexis Suites Penang. Saya bersama keluarga kecil saya telah bercuti di Lexis Suites Penang pada cuti hari raya Aidiladha baru-baru ini. Oleh kerana kita masih lagi dalam fasa pemulihan dari wabak Covid-19 dan negara masih lagi di dalam fasa PKPP, kami membuat keputusan hanya untuk bercuti 3 beranak dalam menyambut hari raya Aidiladha.
Hari Raya Aidiladha kali ini, masih sama seperti hari raya Aidilfitri yang lepas, iaitu memang betul-betul satu norma baharu dalam pengisian perayaan. Hanya Ayah seorang sahaja yang pergi solat hari raya di masjid, Ibu dan Boboboy sekadar bersedia dirumah dan menunggu kepulangan Ayah. Sesudah itu kami bermaaf-maafan 3 beranak dan kemudian terus menikmati juadah simple pagi raya yang saya sediakan. Seterusnya kami menuju ke rumah ibu saudara saya yang terletak berdekatan dengan kediaman kami. Inilah satu-satunya rumah yang yang saya ziarah raya tau3. Iyerlah, dari hari raya Aidilfitri, ibu saudara saya (adik arwah Opah eh) jemput beraya, tetapi diwaktu itu memang saya belum bersedia untuk berziarah raya. Makanya kali ini kira sebaai cover balik haaaa gitcheeww, he3. Selesai ziarah raya kami terus ke Lexis Suites Penang untuk check in dan memulakan percutian 2hari 1 malam.
Bagi penginapan kali ini, saya telah menempah Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang. Kalau hendak diikutkan harga published rate bilik ini adalah RM808 semalam tau3. Tetapi boleh juga diperoleh dengan harga diskaun pada kebiasaannya dengan nilai serendah RM400 atau sehingga RM500 semalam. Nak dijadikan rezeki kami sekeluarga, akibat dari pengaruh rakan sebaya yang membawa kebaikan, saya telah terjebak membeli voucher promosi harga runtuh di laman web rasmi Lexis Hotels & Resorts, pada awal September 2020. Dengan hanya RM280, untuk penginapan 2 hari 1 malam (tanpa sarapan), di Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang, Alhamdulillah.
Voucher ini sah sehingga Mac 2021 dan kerana itulah saya berani membeli voucher ini tau3. Iyerlah, perasaan memang membuak-buak hendak bercuti bersama keluarga, tetapinya masih juga risaukan dan takut dengan penularan Covid-19. Alhamdulillah, setelah yakin dengan keselamatan semasa, yang mana Pulau Pinang sudah lama berada dalam zon hijau, barulah saya memberanikan diri confirmkan tarikh untuk menginap. Tambahan pula setelah mendapatkan kepastian dari pihak pengurusan hotel dalam melakukan SOP dengan baik serta memikirkan ianya lebih selamat jika semua kemudahan seperti kolam renang dan sauna adalah secara individu di dalam bilik masing-masing kan3.
Untuk makluman, waktu check in adalah jam 3petang dan check out 11pagi, tetapi, oleh kerana ianya merupakan hari pertama hari raya, so guest tidak ramai dan saya dapat check in awal he3 (dalam 1.30 tengah hari). Ini merupakan pengalaman pertama saya menginap di Lexis Suites Penang atau mana-mana hotel di bawah pengurusan Lexis Hotels & Resorts (PD atau Putrajaya). Terujanya kami 3 beranak. Iyerlaaaaaa, kan kalau dapat menginap di hotel ini pasti akan terasa seperti orang ada-ada gitew he3. Oklah ajooooommm kita sambung dengan ceritera bergambar di bawah untuk lebih feel.
Sememangnya secara peribadi, ini merupakan kenangan yang akan sentiasa terpahat di dalam ingatan. Sudah semestinya ini bukan kali terakhir kami menginap di Lexis Suites Penang. InsyaAllah kalau ada rezeki dan panjang umur sudah pasti kamai akan repeat menginap disini.
Untuk entry seterusnya nanti saya akan kongsi pula gambar berceritera tentang aktiviti kami 3 beranak bersuka ria menikmati percutian 2 hari 1 malam di Executive Pool Suites, Lexis Suites Penang. So tungguuuuuuuuu naaaaaaa.......
~~~ The End ~~~
Luas dan cantik biliknya kan, seronok ada pool private :D
ReplyDeleteHaah, memang luas sgt2, elok kalau pergi ramai2. Kami ni pi 3beranak ja he3
Delete