Resepi Arwah Opah Eh Ikan Cencaru Belah Belakang | Resepi D'Dapor
Resepi Arwah Opah Eh Ikan Cencaru Belah Belakang | Resepi D'Dapor | Assalammualaikum dan selamat hari Khamis semua. Cuaca di Penang sekarang ni hujan lebat. Walaupun baru sahaja sudah menikmati makan tengah hari, perut mulai berkeroncong semula apabila hendak menaip entry ini he3.
Ikan cencaru belah belakang ni merupakan menu pujaan hati kami sekeluarga, kecuali si Boboboy seketul la kan3 (sebab pedas :P). Dulu masa arwah Opah ada memang keraaaappp sangat request Opah buat. Terpaling sedap di dunia bagi kami suami isteri. Dulu memang tidak pernah saya buat sendiri, mesti nak air tangan mak kan3. Lagi satu sebab saya rasakan macam renyah sangat nak buat menu ni tau2. Tetapi nasib baiklah saya memang sempat belajar cara-cara menyediakan bersama arwah, walaupun tidak menyediakannya sendiri, kecuali part goreng ikan tu ja la yang saya buat he3 :P.
Makanya untuk entry kali ini, meh sini saya sharekan resepi penuh untuk rujukan sesiapa yang teringin menyediakan sendiri menu ikan cencaru belah belakang. Ini merupakan resepi turun temurun dari Opah eh tau3, insyaAllah dijamin enak sehingga menjilat jari.
Ikan cencaru belah belakang
Bahan-bahan sambal sumbat ikan cencaru belah belakang (untuk 4-5ekor ikan):
Bawang merah (kecil) 4-5biji (dimayang halus)
Bawang merah (besar) 1-2biji (dimayang halus)
Bawang putih satu labu (dimayang halus)
Halia 2inci (dimayang halus)
Kunyit hidup 1inci (dimayang halus)
Serai 4-5batang (dimayang halus)
Cili kering 7-8tangkai
Air asam jawa (secukup rasa/agak2 ikut tekak sendiri saja :P)
Gula (secukup rasa/agak2 ikut tekak sendiri saja :P)
Garam (secukup rasa/agak2 ikut tekak sendiri saja :P)
Cara-cara penyediaan :
Setiap bahan dimayang halus, kecuali cili kering
Goreng @ saute (guna minyak sedikit sahaja) satu2 bahan (secara berasingan) sehingga layu dan naik bau
Angkat dan letak tepi (seperti gambar di atas)
Bole mula menumbuk bahan-bahan (guna lesung batu) tetapi jangan sehingga hancur ya
Hasil tumbukan biar ada tekstur baru sedap
Mulakan dengan menumbuk serai, diikuti halia, cili kering, bawang putih, dan bawang merah (besar dan kecil)
Ingat tau, hasil akhir bahan ditumbuk tu jangan halus, biat bertekstur
Seterunya bolehlah perasakan dengan gula dan garam
Kemudian masukkan air asam jawa
Haaa, part air asam jawa ni bancuh dgn air yg sedikit sahaja na, biar ia pekat tak mengapa
Ini supaya sambal kita tu tidaklah jadi mcm berkuah, barulah senang nak sumbat dalam ikan nanti dan kejadiannya akan lebih cantik hat gitcheeewww
Boleh rujuk gambar di bawah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Sila sumbat secara tamak haloba :P
Hasil ikan cencaru belah belakang yang telah berjaya disumbat dengan sambal eh
Pssttt, sudah siap begini bolehlah digoreng
Tadaaaaaaaaa
Ninjiaaaa ikan cencaru belah belakang resepi arwah Opah eh
Psssttt, saya sejenis yang suka goreng garing. Kiranya akan ada tekstur kriuk kriuk (ikan dan sambal). Setengah orang suka yang tidak garing. Makanya tepuk dada tanyalah selera anda dan gorenglah mengikut pilihan tekak masing-masing ya.
Selamat mencuba
~~~ The End ~~~
sedapnya, tapi tak berani nak buat, takut tak jadi hahaha
ReplyDeletecer cuba ikut step by step resipi ni, insyaAllah menjadi he3
Deletesedapnya, ada yg letak nyoq jugak eh, tapi versi opah ni mcm lagi simple pedas n sedap!
ReplyDelete