Yang Remeh Dan Yang Temeh | Kisah Blogger Nan Seketul
Yang Remeh Dan Yang Temeh | Kisah Blogger Nan Seketul | Assalammualaikum dan selamat petang selasa para pembaca kesayangan. Baiklah, untuk hari ni silalah benarkan saya membebel sepatah dua (sepatah dua la sanggaaaattt kan3), tentang liku-liku, perit getir, suka duka dan yang remeh dan yang temeh seorang blogger perlu hadapi di dalam menghasilkan sesebuah karya a.k.a entry.
Sedar tak sedar saya telah berblog sedari tahun 2014, dan telah memasuki tahun ke 7 dah pun. Dari sekadar menyahut seruan dari seorang blogger untuk berubah dari hanya seorang silent blog reader kepada seorang penulis blog. Dari sekadar berkongsi kisah peribadi keluarga serta pengalaman sendiri, sehinggalah terjebak dengan segala jenis review secara rasmi. Sememangnya jika anda mengenali diri saya secara nyata a.k.a personal, saya akui saya seorang yang banyak mulut, suka membebal dan comel #eh3 mudah mesra. Ada juga kadang-kadang tu kemaluan #eh3 malu-malu diperingkat awal, seperti sekor kucing a.k.a malu-malu kucing, tapi sekejapan sahaja, kerana sesudah 5 minit saya akan bertukar he3 :P. Dengan itu ianya seakan sesuai untuk saya membebel serta berceritera secara penulisan di dalam blog.
Peringkat awal berblog memang tidak pernah meletakkan watermark untuk gambar, bahasa pun tunggang terbalik, design blog ala-ala zaman tok kadok serta sudah semestinya tidak terlibat dalam menjana pendapatan berblog. Manakan tidak, saya memang tidak mempunyai pengetahuan langsung di dalam bidang ini terutama design ataupun coding segala tu haaa. Namun, Alhamdulillah semakin lama semakin cuba memahami erti sebenar di dalam berblog (giittcchhhewww). Walaupun masih belum mahir, tetapi saya sudah berani untuk mendapatkan nasihat serta servis dari rakan blogger yang pakar. Sejujurnya saya sedar sehingga kini masih banyaaaakkk lagi saya ketinggalan, tapi pelan-pelan kayuh la yer dop.
Dah nama pun part time blogger. Pelbagai kekangan dok melintas kesana kesini kesana kesini kekdahnya he3. Sebab tu sekejap tenggelam, sekejap timbul, tapinya saya tetap akan kembali kan3. Doakanlah saya terus istiqamah dalam berblog yaaaaaa.
Ni saja ja saya nak kongsi total blog PV (semalam) yang saya rasakan macam cantik sahaja nombornya he3
1, 294, 000
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment