Tuesday, September 1, 2020

Semuanya Di Hujung Jari Part Three | Di Kala Musim PKP

Semuanya Di Hujung Jari Part Three | Di Kala Musim PKP

Semuanya Di Hujung Jari Part Three | Di Kala Musim PKP | Assalammualaikum dan selamat tengah hari. Belum terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 63 MALAYSIA-ku. Semoga negara kita terus berada didalam lindungan dan limpahan Rahmat dari yang Maha Esa, amiinnnnn.


Berbalik kepada entry kali ini, bersempena dengan waktu makan tengah hari, meh sini saya jamu mata anda semua dengan beberapa menu makanan yang saya nikmati bersama keluarga semasa PKP. Ini kiranya masih lagi sambungan dari belian di atas talian semasa musim PKP la ya pembaca semua he3.


Sebelum ini saya telah berkongsi, tentang belian barangan kering, penjagaan diri dan kesihatan, serta barangan basah. Untuk entry kali ini, saya akan berkongsi tentang belian barangan makanan yang sedia untuk dimakan terus pula. Ajooooomm layan gambar berceritera di bawah.


Burger

Psssttt, burger ini diusahakan oleh anak muda Melayu kita. Memang terbaik dan dijamin sekali cuba pasti akan repeat lagi dan lagi dan lagi. Pengusaha ini masih lagi meneruskan COD item burgernya walaupun kita sudah masuk ke fasa PKPP. Nanti saya akan kongsi pengalaman dine in pula ya. Oppssssss, lupa pula nak share nama gerai burger ini >>>>>>>> The Fat Burger

Aiskrim

Pssttt, inilah yang dikatakan pengaruh rakan sebaya. Nak makannya 3 beranak ja, yang dibelinya bapookkkk haaaa. 6liter ni weeiiii, dekat sebulan juga baru habis licin he3

Durian

Pssstt, ini untuk Ayah eh saja naaa. Sebabnya Ibu dengan Boboboy tak makan buah durian. Tapi Ibu ambil juga satu tupperware buat kuah durian, makan cicah roti memang suuurrrrrr, he3. Haaaaaa, yang itu Ibu makan, tapi anak nan seketul itu apaaaaaaa saja yang berkaitan dengan durian memang BIG  NO he3

Murtabak cheese

Pssstt, ini juga merupakan kesukaan time PKP. Berbaloi2, cukup isi daging/ayam ditambah dengan hot dog dan juga mozarella cheese. Iyeeerrrrr, murtabak cheese ni tau. Berbaloi2 harganya dengan menu yang dihidangkan

Keropok lekor

Pssstt, keropok lekor ni pun 3kali repeat. Penting ya rakan2 untuk mempunyai bekalan kudapan time PKP kan3. Dan dibawah juga antara kudapan yang telah selamaaattt dinikmati bersama keluarga.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Aneka kuih muih

Aneka biskut, kekacang, buah kering dan juga fresh

Aneka biskut dan kuih raya

Pssttt, ini kudapan semasa raya PKP he3


Secara asasnya, seperti yang telah saya nyatakan dalm entry sebelum ini, niat saya selain dari membeli keperluan dan bekalan makanan di waktu fasa PKP, saya juga ingin membantu para peniaga kecil yang terkesan, jika tidak banyak, sedikit pun Alhamdulillah. Sebagai rakyat marhaen, saya rasa seorang sedikit membeli mana yang mampu, mana yang perlu, ianya akhirnya akan dapat menjana ekonomi kita kan3. Moga kita semua terus terpelihara di dalam Rahmat Yang Maha Esa, amiiinnnn.



~~~ The End ~~~

3 comments: