Saturday, October 8, 2022

Rendang Perak | Kerang vs Ayam

Rendang Perak | Kerang vs Ayam

Rendang Perak | Kerang vs Ayam | Assalammualaikum dan selamat hujung minggu semua. Untuk resepi kali ini, saya akan kongsi resepi rendang Perak. Dedolu masa arwah Opah eh ada, tak pernah pun terfikir nak belajar betul-betul dan catit resepi rendang Perak arwah Opah eh. Bila arwah dah tiada, inilah antara masakan yang saya rindui. 


Makanya lelaju la google di atas talian bahan-bahan dan cara-cara memasak rendang Perak. Hasil google tu saya combinekan dengan memori ingat-ingat lupa saya sewaktu mengacau membantu arwah Opah eh di dapur semasa memasak rendang Perak eh :P. Alhamdulillah, setelah 2-3 kali percubaan, akhirnya saya dah dpt tune memasak rendang Perak. Walaupun rasanya tidaklah sama seperti hasil air tangan arwah Opah eh, tapi syukur dua ketul lelaki kiriman tuhan untuk saya menyukainya.


Kebiasaannya arwah Opah eh akan masak rendang ayam. Jarang sangat buat rendang kerang. Ini kerana kan ker cucu seketul kesayangan arwah tu tak makan kerang :P. So ajiom la layan resepi rendang Perak ayam vs kerang hasil air tangan saya.


Kerang


Pssttt, petua arwah Opah eh, kerang ni rebus tak payah guna air banyak. Just sesudu dua sahaja, then katuk serai sebatang dua, lempor dalam tu. Tutup periuk dan panaskan diatas api sederhana. Dalam 10-15 minit, boleh buka penutup periuk, kalau ada dah kerang ternganga tu, maksudnya kerang dah masak herloookkkk. Jangan rebus lama-lama, nanti hilang semua manis asli kerang tu haaaaa. Satu lagi sebab arwah tak bagi letak air yang banyak ialah, nanti hilang semua manis kerang tu kedalam air rebusan, so jadi tak sedaplah kerang anda itu tau3


Biarkan kerang sejuk sebentar dalam 15-20minit, boleh kopek kulit eh


Pssstt, dari seperiuk kerang direbus tadi, sesudah kopek togel isi sahaja, ninjiaaaa secoet jaaa yang dapat pun wweeeiiii :P. Jadiiiiii la buat pelepas rasa teringin suami isteri. Kerang ni sekarang kan menu golongan T20 :P. Kita ni golongan marhaen ni, buat rasa-rasa, bagi hilang kempunan sudeehhhh :P


Bahan-bahan rendang Perak:


* cili kering yang sudah direbus & dibuang biji
* bawang besar 2/3biji
* bawang merah 8-10biji
* 1inci lengkuas
* 2inci kunyit hidup
* 4-6batang serai
* kisar semua bahan diatas

2-3keping asam keping
RM4/5 santan 
segenggam kelapa parut (ditumbuk halus) atau diganti dengan kerisik
daun kunyit diracik halus
garam secukup rasa


Cara-caranya :


~ masukkan semua bahan kisar, santan, kelapa parut / kerisik, & asam keping kedalam kuali
~ masukkan juga ayam bersama, tetapi jika kerang, jangan masukkan lagi
~ reneh semua bahan di dalam kuali dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan mula kering
~ biasanya ianya mengambil masa dalam 2-3jam tau3
~ semasa reneh jangan kerap gaul/kacau bahan bagi mengelakkan ayam hancuuuurrr
~ biarkan ianya masak sendiri perlahan-lahan di atas dapur, cuma sekali sekala sahaja gaul/kacau untuk pastikan bahagian permukaan bawah tidak berkerak
~ apabila bahan/kuah sudah separa kering atu mula pecah minyak, boleh masukkan kerang dan sambung reneh
~ apabila sudah betul-betul kering dan pecah minyak perasakan secukupnya dan tabur daun kunyit dan gaul sebati
~ tahap kepekatan, kekeringan kuah itu terpulang ikut tekak masing-masing naaa
~ jika sejenis yang suka berkuah seperi keluarga saya, sesudah rendang kering, boleh tambahkan air untuk kuah dan kesukaan anak tekak masing2
~ jika sejenis yang suka kering, tidak perlu la kan3



Pssstt, sebenarnya resepi rendang ayam dan rendang kerang versi negeri Perak ni hampir sama sahaja. Cuma ada sedikit perbezaan sahaja here and there. Yang utama ialah rendang Perak ni, memang kita jenis lempooorr ja semua bahan dalam kuali dan biar ia masak perlahan-lahan diatas dapur berjam-jam sehingga pecah minyak secara natural gitchew. Kalau nak diikutkan, orang dulu-dulu masak lagi lama tau3. Boleh jadi 4-5jam tau3. Dan bahan-bahan bukanlah dikisar menggunakan mesin, tetapi ianya hanya diracik halus, dan dibiarkan mereneh perlahan diatas api dapur sehingga hacur dan sebati di dalam kuah rendang itu sendiri tau3. Ituuuuuulah lagi sedap tau3. Tetapiiiiiii, kita ni sekarang mana ada kesabaran sebegitu nak racik pelan-pelan segala bahan dan tunggu berejam-jam macam tu kan3 :p


Rendang kerang vs rendang ayam 


Versi tamak haloba, rendang kerang + ketupat pun nak, nasik + sambal udang



~~~ The End ~~~

1 comment:

  1. Ya allah...seap betul nampaknya endang kerang tu ha......SA kan...kalau rendang mesti hijau kalernya...apekah sebab cili api erk....

    ReplyDelete