Thursday, October 6, 2022

Suria Service Apartments | Homestay Bajet Berdekatan Bukit Merah Laketown Resort

Suria Service Apartments | Homestay Bajet Berdekatan Bukit Merah Laketown Resort

Suria Service Apartments | Homestay Bajet Berdekatan Bukit Merah Laketown Resort | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Ini merupakan entry penutup bagi Coretan Sambutan Hari Raya Aidiladha. Sebelum ini saya dah up juga review details bagi Bukit Merah Laketown Waterpark kan. So kali ni review details bagi penginapan kami 3 beranak semasa cuti-cuti Aidiladha 2022 itu la naaaaa.


Untuk penginapa kali ini kami telah memilih sebuah homestay yang berdekatan dengan Bukit Merah Laketown Resort, iaitu Suria Service Apartments. Sebelum ini, kami pernah menginap di Laketown Hotel, that was waaaaayyy back at 2014 tau3. Ikutkan teringin tu memang teringin nak menginap di Kampung Air Water Chalet, tapiiiiiiiiii tak mampu :P. Lagipun aim untuk enjoy di waterpark, so buat apa ambil penginapan mahal-mahal kan3. Memang untuk tidur ja pun kan3. So kita cari yang murah-murah sudeeeehhh he3. So ajiom layan review secara bergambar di bawah, pengalaman kami 3 beranak menginap di Suria Service Apartments.


Suria Service Apartments


Pssstt, untuk homestay ni saya booked melalui Agoda.com. Rate saya dapat untuk 2H1M ialah RM108.44. Bilik ini di tingkat dua, menghadap kolam renang. Kalau nak diikutkan dalam Agoda.com tu ada dalam 3-4 unit homestay Suria Service Apartment yang listed. Untuk owner yang saya ambil ini, dia ada 2 unit miliknya yang dilistkan. Dah nama pun homestay kan3, mestilah segala urusan kita kena direct deal dengan owner. Maksudnya, selepas setel booking sekali bayaran dalam Agoda.com tu, kita akan dapat nombor telefon owner untuk kita terus call atau whatsapp. Untuk bilik yang saya tempah ni, saya terus whatsapp owner dengan details booking. Then owner confirmkan booking, dan dia set cara untuk kita collect kunci. BTW, apartment ni tiada reception counter etc untuk collect kunci atau pertanyaan ka apa naaaaa. Semua kena deal direct dengan owner. Dan biasanya owner bukanlah orang yang akan pass kunci bilik dekat kita naaa. So untuk booking saya, kami confirm timing untuk collect kunci dari guard. Pada mulanya dah confirm untuk collect kunci sebelum jam 12.00tghari, sebab saya hanya nak collect kunci sahaja, bukan check in lagi. Plan saya untuk collect kunci dan balik ke Taiping dahulu, belah malam selepas setel berhari raya baru nak check in. Owner dah setuju, tetapiiiiiii, on the day tu, by the time saya nak collect kunci guard bagitahu yang bilik belum cuci lagi, dan kunci hanya ada satu. Cleaner baru on the way nak datang cuci bilik. Makanya terpaksa tukar plan untuk collect kunci selepas balik dari Taiping. Ini kerana guard sentiasa ada so tak kisah la nak collect pukul berapa pun kunci. Kami tiba pun dah melepasi waktu Maghrib dah tau3. Memang sunyi sepi he3. Ambil kunci dekat guard terus masuk bilik.
v
v
v
v
v
v

Bilik kami 3 beranak di Suria Service Apartments


Pssssttt, apartment dan bilik disini sudah agak lama, autdated. Tetapi masih selesa dan boleh diterima jugalah untuk dihuni. Contohnya seperti bilik yang saya ambil ini, credit kepada owner kerana bagi saya dia dah improve kondisi bilik. Bilik ini dilengkapi dengan satu queen bed dan satu side/bunk bed. Even dekat bunk bed tu bawah dia ada satu lagi pull bed tau3. Di dalam almari juga disediakan bantal dan toto nipis extra. Ruang di dalam bilik juga luaaaaassss. So kalau datang ramai-ramai boleh ja bentang toto, tidur lambak


Extra toto & bantal, telekung & sejadah serta kemudahan iron di dalam almari


Kami tarik bunk bed tu letak sebelah queen bed, untuk 3 beranak tidur bersama-sama gitchew


Bahagian pantry


Pssstt, ada mini fridge, toaster oven, microwave dan water kettle. Saya hanya guna kettle sahaja dan tak sempat pun nak try toaster oven mahupun microwave tu


Tandas dan bilik air


Pssstt, toiletries pack sah-sah la tiada kan3. Tapi jangan risau, shower cream cum shampoo ada naaaaaaaaaa. Air panas pun ada


View dari our balkoni


Pssttt, in total oklah untuk menginap di sini. Kalau sekadar untuk bermalam sebentar kerana memudahkan urusan untuk ke Bukit Merah Laketown Resort. Buat apa ambil hotel mahal-mahal sedangkan kita akan lebih banyak masa di luar kan3. Convenient stay sini kerana dekat sangat-sangat dengan Bukit Merah Laketown Resort. Kediaman juga lengkap dan selesa untuk didiami bersama keluarga. Cumanyaaaaaa, iyeeerr ada cuma naaaaaa. Seeloknya jika menginap disini, tidaklah digalakkan keluar malam-malam atau bersendirian tau3. Bukan apa, kawasan apartment ini tiada lobby etc tu, so di bahagian bawah ke koridor sementara nak sampai ke bilik memang sunyi bila waktu malam tau3. Ikutkan waktu kami sekeluarga tiba tu, dah melepasi maghrib, time tu memang kami 3 beranak sahaja, dari parking ke lobby, ke dalam lift, ke koridor sehingga sampai ke depan pintu bilik. Tapi saya rasa ok sahaja. Cumanya, sekali lagi ada cuma naaaaa, husband ada turun semula seorang diri dalam jam 10mlm macam tu untuk ambil barang di dalam kereta. Masa dia balik tu dia tak beritahu apa-apa pun. Keesokkannya, sesudah kami balik kerumah, baru husband beritahu, dia rasa meremang semasa naik lif sorang-sorang malam tu. Sepupu saya pun ada menginap di apartment ni (lain hari, lain bilik), dan dia juga rasa sedikit gerun bila malam. Tapinya kami tidaklah mengalami apa-apa gangguan atau masaalah yang serius. Cumanya itulah, jika hendak menginap disini, perlu lebih berhari-hati gitchew



~~~ The End ~~~

1 comment:

  1. Assalamualaikum... jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html

    ReplyDelete