Friday, March 24, 2023

Iftar Hari Pertama Di Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia | Ramadhan 1444H/2023M

Iftar Hari Pertama Di Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia | Ramadhan 1444H/2023M

Iftar Hari Pertama Di Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia | Ramadhan 1444H/2023M | Assalammualaikum dan selamat petang Jumaat semua. Jumaat pertama kita untuk Ramadhan kali ini. 


Kali ini saya nak berkongsi dengan para pembaca port kesokaan saya berbuka puasa sedari 20tahun yang dulu iaitu di Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia. Lamaaaaaaaaaaa betul dah kan3. Iyerlah dari zaman universiti  & muda remaja, ke zaman alam pekerjaan & masih bujang, ke zaman sudah berumahtangga, sehingga kini yang masuk zaman keIbuan gitcheeww. Dulu-dulu masa zaman belajar tu, Opah eh pun sama terjebak tau3. Sampai tahun akhir arwah masih ada pun kami dok pi berbuka dekat sini juga. Sehiggalah sekarang, dah menurun ke Boboboy seketul tu sebagai tempat kesukaan dia untuk berbuka. 


Masa zaman dulu-dulu lagi meriah dan best sebenarnya tau3. Walaupun masa waktu itu tidaklah segah/sebesar sekarang, tetapi lebih intimate dan meriah bagi saya secara personal. Ini kerana waktu itu kami makan bersila diatas tikar getah di koridor masjid sahaja tau3, makan pun dalam talam besar, kongsi ramai-ramai. Kiranya satu talam tu dalam 4-5 org, itu syarat dia. Kalau tak cukup geng 4/5org, so org yang baru kenal masa tu yang akan join makan setalam dengan kita tau3. So biasanya saya, kawan saya sorang dan arwah Opah eh, so yang lagi 2orang tu memang orang asing la. Tapi no hal. Masa ni la kita boleh berkenalan dan beramah mesra. Dah makan setalam kan3. Duduk memang dalam bulatan talam tu, dok hadap muka masing-masing, lepastu makan lauk dan nasi yang setalam yang sama. Ukhwah terjalin sungguh manis. Sewaktu saya sambung belajar peringkat Master, dalam tahun 2005 macamtu dah mula upgrade duduk atas kerusi meja, bawah khemah di ruangan belakang masjid, berdekatan dengan tempat memasak. Sehingga saya sudah tamat belajar, kemudian kembali ke USM untuk sambung belajar lagi (PhD) sambil bekerja, berubah lagi. Masa tu dalam tahun 2009 rasanya. Dah ada khemah besar di hadapan masjid, kiranya dataran depan masjid. Sehinggalah sekarang ini haaa.


Tentang menu berbuka pula, sememangnya sedari dulu lagi speciality menu berbuka di Masjid USM ini ialah nasi tumis eh, seperti nasi minyak, nasi hujan panas, nasi tomato tau3. Lepastu guekan dengan ayam masak merah dia, daging hitam, gulai daging/ayam. Pernah juga dulu kami makan menu masakan melayu dengan ulaman dan sambal belacan. Perrgghhh, layan sungguh tau3. Lepastu saya rasa bermula tahun 2009 tu dah mula pula ada masakan Arab. Kiranya ada dua kaunter menu makanan la tau2. Satu dari Pusat Islam Masjid USM, dah satu lagi dari komuniti Arab USM. Kuanter nasi Arab ni sah2 la menyediakan menu nasi Aran dengan ayam, ada 2-3 jenis lauk/sayuran lain serta kadang-kadang ada pencuci mulut juga. 


Dulu-dulu masa zaman saya belajar tu, yang jaga kaunter makanan ni makcik-makcik (staff rasanya). Masatu ada sorang makcik kepo ni, dia memang tak bagi untuk bungkus tau3. Kiranya wajib makan/berbuka disitu, so kena guna ambil makanan menggunakan pinggan yang disediakan sahaja. Sebabnya ada ja pelajar atau pengunjung yang datang nak bungkus menu berbuka dan makan di asrama atau rumah masing-masing. Tapi kalau pi time makcik tu ada memang dia tak bagi. Yang herannya kalau time dia takda boleh pula. Makanya, memang berapiii ja kalau pi tengok makcik tu ada tau3. Tapinyaaaaa, sekarang ini memang sudah boleh tapau daaaahhhh. Sekarang pun yang jaga kaunter makanan adalah adik pelajar USM, sukarela. So jangan risau, sila bawa tipuware ka, tupperwar ka naaa. Boleh tapau, dan boleh makan disitu he3. Oklah meh sini saya avelanja gambar menu pertama kami 3 beranak di  Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia.


Nasi Arab Ayam, nasi minyak+ayam masak merah+sayur kobis goreng bersama kurma dan air oren. Yang bungkus tu bihun goreng tau3. Ada pihak yang sedekah


Nasi Arab vs nasi minyak


Program terkini dari Pusat Islam USM iaitu Infaq Ramadhan
v
v
v
v
v
v
v
v

Kaunter untuk drop segala produk yang ingin di infaqkan


Pssstt, marilah kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab kita. Semoga segala sumbangan kita memberi sinar dan membantu pada yang memerlukan



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment