Demam Yang Dahulu Bukanlah Seperti Demam Yang Sekarang | Penyakit Zaman Sekarang
Demam Yang Dahulu Bukanlah Seperti Demam Yang Sekarang | Penyakit Zaman Sekarang | Assalammualaikum dan selamat pagi pembaca semua. Covid-19, Iflueza (A, B, C, D), Influenza Like Illness (ILI), Denggi dan entah apa-apa lagi nama lain yang merupakan antara penyakit yang menghantui kehidupan kita sekarang selain daripada demam, selsema, dan batuk biasa. Jika zaman dahulu, pabila kanak-kanak mahupun dewasa demam, batuk dan selsema, ianya boleh dianggap biasa-biasa dan diambil ringan. Makan ubat demam, batuk selsema, pasti akan baik semula dalam 2-3 hari. Tetapi sekarang ini, kalau mengalami demam, batuk selsema, kita akan keliru ianya jenis yang biasa sahajakah, Covid-19 ka, Influenza ka, ILI ka, Denggi ka. Nak diikutkan, gejala yang ditunjukkan adalah sama sahaja, iaitu seperti DEMAM, BATUK, ataupun SELSEMA. Kita akan jadi tidak larat dan sakit-sakit badan. Tetapiiiiiiiii, ada ciri-ciri khas yang kita tidak betul-betul faham yang membezakan setiap satu penyakit ini. Ini semua hanya dapat ditentukan dengan ujian khas oleh Doktor.
Dari bulan Jun rasanya saya sudah dapat melihat ramaaaaii kenalan yang mengalami sakit demam batuk selsema, dan ianya masih lagi berlarutan sehingga sekarang. Saya sekeluarga juga tidak terkecuali. Bermula dengan Boboboy kemudian Ibu kemudian Ayah. Kalau kita yang dewasa ini sakit, tidaklah risau sangat kan3, tetapi jika kena dekat anak, Ya Allah, dia punya risau tuuuuuuuu. Meh sini saya share serba sedikit kronologi ke-demaman kami sekeluarga.......
1 Julai - ke klinik semula kerana batuk Boboboy semakin teruk berkahak. Tidur malam pun hidung sering tersumbat. Makanya doktor check peparu, tak berapa clear so kena nab satu round. Then baru better sikit. Doktor tukar ubat batuk selsema dan antibiotik yang lebih kuat
4 Julai - Follow up check up untuk dapat clearance campak dah betul-betul ok supaya boleh ke sekolah semula. Alhamdulillah, doktor luluskan so esoknya tu Boboboy dah mula bersekolah dan Ibu mula bekerja. Tetapi pada ketika itu, batuk dan selsema Boboboy masih berbaki lagi, cumanya tidak teruk. Makanya ubat batuk selsema masih ON
6 Julai - tiba-tiba pada petang itu, Boboboy ada mengadu sakit telinga. Sampai di rumah Ibu check telinga, tak nampak apa-apa. Elok mandi makan semua Boboboy dah tak mengadu apa-apa, so Ibu ingat dah ok la. Dalam lepas maghrib, Boboboy tiba-tiba mula mengadu sakit semula, kali ini sampai menangis. Ibu apa lagi, terus pecut ke klinik semula. Doktor check rupanya dah bengkak sedikit dalam telinga. Jangkita kuman kerana pro-long cough & flu. So, kena cucuk sedas ubat tahan sakit dekat punggung. Jenuh juga peluk jantan seketul tu, elok siap cucuk dia bebel dekat doktor kata sakit he3. Nasib baiklah doktor tu memang yang jaga dia dari dia baby lagi. So memang tahu dah perangai seketul tuuuuuuuuu. Kali ni tukar ubat lagiiii. Ubat yang lebih kuat dari sebelum ini untuk ubat antibiotik, demam, selsema, kahak, dan juga tambahan ubat titis telinga untuk surut bengkak. Nasib baiklah pada 7hb tu cuti umum untuk Pulau Pinang, so dapat la berehat sehari dirumah
12 Julai - Selepas cuti Hari Raya Haji, Boboboy pergi sekolah sepeti biasa, dan balik dari sekolah dah mengadu kena hujan dan mula kerap batuk dan hidung berair semula. Pada malamnya, walaupun sudah makan ubat demam batuk selsema, tiba-tiba nak dekat tengah malam, Ibu dengar suara Boboboy merengek dalam tidur. Ibu test suhu dah mencanak 39०C. Ibu bagi lagi sekali ubat demam (sebab dah lepas 5jam dari makan ubat waktu awal malam tadi), dan tunggu dalam 30minit, test sekali lagi, suhu naik lagi 39.4०C. Terus tak tunggu dah, pecut la semua pergi klinik. Sekarang ni kalau ada emergency tengah malam memang susah untuk dapatkan khidmat klinik yang dipercayai. Doktor yang ada doktor ganti, boleh dia melompat sewaktu dia tengah check Boboboy tu, sebabnya Boboboy terbatuk sedikit. Geleng kepala kami suami isteri. Dah la tu consultation dia betul tidak memuaskan. Disuruhnya kami terus ke hospital (GH) kalau dalam masa 3 hari Boboboy masih belum pulih, untuk buat ujian influenza. Hoooiiiii betul tau. Menyirap dah saya time tu. Klinik canggih, test infleunza pun tak boleh buat ka. Makanya esoknya tu kami pergi check pula dengan doktor yang dah biasa dengan Boboboy dari baby lagi tu. Baruuuuuu la rasa lega dan yakin dengan consultation dan ubat-ubatan yang diberi. Makanya Ibu sambung EL sehingga hujung minggu sekali lagi
~~~ The End ~~~
No comments:
Post a Comment