Friday, September 22, 2023

Chubani BBQ Steamboat Grill Dalam Kenangan | Makan Best Di Alor Setar

Chubani BBQ Steamboat Grill Dalam Kenangan | Makan Best Di Alor Setar

Chubani BBQ Steamboat Grill Dalam Kenangan | Makan Best Di Alor Setar | Assalammualaikum dan selamat petang Jumaat semua pembaca. Keluarga saya ni memang minat sungguhlah dengan konsep makan secara panas-panas, masak sendiri a.k.a steamboat, grill & bbq ni tau3. Deduluuuuuu, semasa belum famous lagi konsep makanan seperti ini, untuk menikmatinya kita hanya ada opsyen untuk ke Seoul Garden ataupun ke Cameron Higlands sahajalah kan3. Sekarang ini, di sebelah Utara, termasuklah Kedah & Penang memang bersepah kedai dan restoran d Melayu dan halal dengan konsep makanan seperti ini kan3. 


Cumanya sejak kebelakang ini, saya terasa seperti semakin ramai pengusaha kedai dan restoran Halal/Melayu mulai gulung tikar. Sebelum ini saya ada share tentang galleys-meatball-dalam-kenangan kan3. Selain itu ada lagi beberapa yang lain yang saya kenali turut menerima nasib dan ujian yang sama. Begitu juga dengan restoran yang saya ingin share di dalam entry ini iaitu Chubani BBQ Steamboat Grill. Saya baru sahaja dapat tahu, sebelum nak up entry ini, yang mana, Chubani BBQ Steamboat Grill turut telah TUTUP. Allahu, sedih dan simpati pabila pengusaha sebangsa kita menerima ujian seperti ini. Saya juga pasti bukan sahaja bangsa Melayu, bangsa yang lain pun semestinya turut ada terkesan sama. Begitulah nasib rakyat, mengharapkan pemerintah untuk menstabilkan ekonomi negara dan membela nasib rakyat. Tetapiiiiiiiiiii....... Sememangnya kita hanya mampu berusaha sedaya mampu, mengharap dan berdoa. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Dan semoga Allah membalas setimpalnya kepada pemerintah yang menzalimi rakyat ini, amiiiiinnnnn.


Apa pun saya masih lagi akan terus berkongsi pengalaman saya sewaktu menikmati makan malam bersama keluarga di Chubani BBQ Steamboat Grill pada tahun lepas. Dan marilah kita sama-sama mendoakan supaya pemilik restoran akan bangkit dan membuka kembali perniagaannya, amiiinnn. Ajiiooom layan ceritera bergamar di bawah.


Chubani BBQ Steamboat Grill


Pssstt, boleh lihat memang murah sungguh harganya kan3. So, kita memang faham sangat-sangat tekanan yang dihadapi oleh para pengusaha dengan lambakan kenaikan harga barangan dari semua sudut. Macam manalah mereka hendak meneruskan perniagaan dan mengekalkan harga yang tidak membebani para pembeli. Dan akhirnya mereka sendiri terpaksa gulung tikar


Aneka jenis pilihan hidupan laut yang segar


Pssttt, memang teruja sungguh dengan barisan makanan laut di Chubani BBQ Steamboat Grill ni tau3. ada lagi beberapa yang saya tak sempat snap seperti kerang, kerang bulu, dan beberap jenis siput/kupang. Tapi antara semua, paliiinngg menambat hati ialah udang ketak ittuuuuu. Dah la gemok-gemok weeeeeeiiii, puas sungguh 


Aneka pilihan menu berasaskan daging (ayam, lembu, kambing), bebola dan juga sayuran


Psssttt, setiap jenis daging itu diperap dengan beberapa jenis perapan tau3. So memang pelbagai kan3


Kaunter makanan siap masak


Kaunter sos pencicah


Kaunter roti bakar & minuman panas


Kaunter minuman sejuk & ABC/cendol


Psssttt, haaaa, banyaaaakkk kan3. Dari makanan siap masak seperti nasi goreng, nugget, spagghetti, koteow goreng dan beberapa menu lain yang saya ingat-ingat lupa he3 :P. Minuman panas dan sejuk, cendol dan ABC, aiskrim, roti bakar serta aneka jenis sos pencicah. Piiiliiihhh mana yang diingini mengikut tekak masing-masing dan semuanya tiada had


Tadaaaaa, menu pembuka kami 3 beranak
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Ini adalah antara kejadian yang sempat saya snap di malam kejadian


Pssstt, seriously, ianya merupakan satu kerugian pabila Chubani BBQ Steamboat Grill ini tutup tau3. Rinduuuuuunya la haaaiiii nak ber bqq steaboat grill di sini lagi tau3. Unik kerana menggunakan api arang dan kuah tomyam dan menu makanan laut dia memang terbaik bagi saya tau3



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment