Friday, September 1, 2023

Love, Royale | Wedding Showcase 2023 Di Royale Chulan Penang

Love, Royale | Wedding Showcase 2023 Di Royale Chulan Penang

Love, Royale | Wedding Showcase 2023 Di Royale Chulan Penang | Mari, mari, mariiiii. Calling all brides & grooms to be. Anda mengimpikan untuk mengadakan masjlis bersejarah anda di hotel????? Masih tercari-cari yang manakah lokasi yang sesuai untuk majlis sekali seumur hidup anda??? Haaa, jangan risau, jangan gundah gulana, meh sini saya share sebuah tawaran menarik dari Royale Chulan Penang untuk semua bakal pengantin menikmati satu memori yang kekal semunur hidup untuk majlis perkahwinan impian anda.


Baru-baru ini, Royale Chulan Penang telah mengadakan satu majlis perasmian bagi Wedding Showcase 2023. Kali ini dengan tawaran lebih menarik dan dengan kerjasama dari lebih ramai rakan kongsi. Semestinya pasti akan menambat hati para bakal pengantin. Dari tawaran lokasi majlis yang terbaik, bilik penginapan khas untuk pengantin / honeymoon suites, tawaran, kelengkapan persalinan dan kelengkapan pengantin, pelamin, menu hidangan yang pastinya enak dan boleh dipilih mengikut kehendak majlis, serta kemudahan-kemudahan tambahan yang lain sebelum dan semasa majlis seperti rawatan kecantikan & spa, jurumekap/jurusolek, henna, photography, photo booths, florist,cakes dan banyaaakkk lagi. Seperti biasa adalah lebih jelas dan nyata jikalau saya berkongsi secara ceritera bergambar dengan semua pembaca kan3. Soooo, ajiiooomm layan ceritera bergambar di bawah.


Love, Royale, Wedding Showcase 2023 Di Royale Chulan Penang


Majlis perasmian Love, Royale, Wedding Showcase 2023 Di Royale Chulan Penang


Pintu masuk utama ke dewan The Royal Ballroom yang dihiasi indah untuk tema perkahwinan Love, Royale


Ruang dalaman The Royal Ballroom


Pssttt, sememangnya mata akan terpukau dengan reka bentuk dewan, hiasan serta susunan di dalam dewan, yang di kali ini memainkan warna yang sungguh lembut, sejuk mata memandang tetapi tetap memukau. Luas, selesa dan tenang


Pentas peragaan di malam Love, Royale, Wedding Showcase 2023 Di Royale Chulan Penang


Meja makan beradap pengantin a.k.a meja VVIP


Susun atur meja serta hiasan meja para tetamu


Barisan rakan kongsi Royale Chulan Penang untuk majlis perkawinan anda


Psstt, kita ada Glory Florist, LAVA, Zana Touch Wedding, Adrian Yeoh wedding emcee, Spotlight Event, Jenny makeup artist, JK photography, W Clinic, Hannan Medispa, Ffarachew fancy & comfy, Squidoobooth, Sugar Glaze Penang, Sugar Amors, Puraani Beauty's & Bridal, Sunnysan photography, GST Group, Areoma boutique spa, dan Ummi Salmah Catering Services. Kesemua perkhidmatan yang disediakan oleh para rakan kongsi ini semestinya melengkapkan persediaan dan perjalanan majlis perkahwinan anda, tidak kiralah ianya merupakan majlis perkahwinan Melayu, Cina ataupun India


Barisan 'orang kuat' Royale Chulan Penang yang senantiasa menantikan kedatangan anda ke Love, Royale, Wedding Showcase 2023 Di Royale Chulan Penang


Majlis menandatangani kerjasama antara Royale Chulan Penag dan juga semua rakan kongsi Love, Royale, Wedding Showcase 2023 Di Royale Chulan Penang


Puan blog :P


The 360 Spin Cam


Photobooth ala-ala magazine look


Servis perkahwinan India oleh Puraani Beauty's & Bridal


Servis kek perkahwinan oleh Sugar Glaze Penang


Servis kecantikan pengantin oleh Hannan Medispa


Hiasan dan susun atur meja tetamu berkonsepkan perkahwinan mengikut adat kaun Cina, dengan pilihan hidangan secara 8 course meal


Pelbagai kejutan dari team banquet sewaktu pelancaran menu 8 course meal di malam perasmian Love, Royale, Wedding Showcase 2023 Di Royale Chulan Penang


The 8 course meal, Chinese style wedding


Psssttt, barisan menu yang disajikan adalah seperti hot&cold combination (kerabu jellyfish, vietnamese prawn roll, steamed otak roll, wok fried chicken with kong poh sauce & cashew nuts), Superior crabmeat soup with dried scallop and sea cucumber, roasted s[iced crispy chicken with prawn cracker, wok fried prawns with golden butter sauce, steamed pearl grouper with superiro soy sauce, braised assorted mushroom with abalone slice in garden green, lotus leaf rice with smoked duck, hot soya bean with gutinous rice ball with lotus pancake serta minuman sejuk & panas (chinese tea & orange cordeal)


Ini pula contoh pilihan masakan bagi perkahwinan bagi kaum Melayu dengan semestinya hidangan utamanya ialah nasi minyak dan lauk pauk kenduri kan3


Perincian tawaran oleh Royale Chulan Penang mengikut jenis adat perkahwinan Melayu, Cina dan India


Psssttt, bagi semua pasangan yang bakal bergelar raja sehari, jangan lepaskan peluang anda untuk mematrikan majlis bersejarah anda di Royale Chulan Penang. Segeralah ke Love, Royale, Wedding Showcase 2023 Di Royale Chulan Penang yang berlangsung sekarang sehingga 25 September 2023 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan melihat sendiri tawaran yang ada



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment