Monday, September 18, 2023

Galley's Meatball Dalam Kenangan | Makan Best Di Penang

Galley's Meatball Dalam Kenangan | Makan Best Di Penang

Galley's Meatball Dalam Kenangan | Makan Best Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua pembaca. Baiklah sebelum kembali ke rahmatullah #eh3, kembali ke entry sebenar untuk hari ini, saya ingin memberi a heads' up bahawasanya entry hari ini memang sememangnya merupakan sebuah loooooooooooooooooooooooooooooooooooonngggg back dated entry tau3. Ini kerana dari mula-mula saya nak share port makan best di Penang yang ini yang mana pada ketika itu ianya masih beroperasi, dan sekarang ini sesudah 2 tahun baruuuuu berkesempatan nak share wweeeeiii, yang mana setakat pengetahuan saya ianya sekarang telah di TUTUP. Iyyeeerrrr semenjak PKP berpanjangan sebelum ini, iaitu pada Jun 2021, ianya telah ditutup dan sehingga sekarang tiada sebarang update bilakah keterbukaannya kembali.


Galley's Meatball ini adalah merupakan gerai tepi jalan yang diusahakan oleh anak muda Melayu kita yang terletak di Jalan Akuarium, Gelugor. Ianya pernah viral dan dikerumuni ramaaaaaaaaaiii tau3. Sayang sungguh bila ianya ditutup tau3. Seperti namanya itu, Galley's Meatball ini menjual menu berasaskan meatball dan juga chicken ball. Menunya dilengkapi dengan beberapa pilihan dari segi gravy (mushroom, bolognese, carbonara) dan juga add-on toppingnya (mozarella cheese, cheddar cheese, cheesy sauce, extra gravy, extra mashed potato, etc).


Baiklah, ajiom layan gambar kenangan a few menu yang saya sempat rasa di Galley's Meatball.


Tapau dua jenis menu di Galley's Meatball
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Sama tapi tak seupaaaaaaa naaaaaa


Psssttt, sebenarnya saya lupaaaa dah menu apakah yang saya pilih ini wweeeeiiiii :p. Tetapiiiiiii, seingat saya, satu menu adalah meatball dan satu lagi adalah chickenball. Gravynya satu adalah mushroom dan satu lagi carbonara. Dan kedua-dua menu saya add on dengan mozarella & cheese sauce. Taste wise, sedap. Gravynya, meat & chicken ballnya, mashed potatonya dan  cheesenya. Kombinasi semua ini memang kena dan sedap di anak tekak kami dua beranak. So sekiranya suatu hari nanti ada rezeki Galley's Meatball beroperasi kembali, semestinya saya akan repeat. Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik. amiiinnnnnnn



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment