Thursday, September 21, 2023

School Break August 2023 | Melayan Anak Nan Seketul

School Break August 2023 | Melayan Anak Nan Seketul 

School Break August 2023 | Melayan Anak Nan Seketul  | Assalammualaikum dan selamat pagi semua.  Entry kali ini merupakan catatan peribadi untuk mengenang aktiviti keluarga kecilku gitcew. Pada penghujung Ogos yang lalu kan cuti sekolah. Pada permulaannya saya dan suami memang tidak merancang untuk mengambil cuti pun. Sebabnya seperti biasa kami ni memang tak gemor la haaaiii nak bercuti-cuti time cuti sekolah bagai ni. Memang sedari dulu lagi, jika cuti sekolah, kami hanya akan meluangkna masa di dalam negeri sahaja, cecewaaaahhh. Memang mencari merba la kata orang Penang kalau dok bercuti time cuti sekolah. Kami tak kuat iman untuk bersabar he3. Makanya kami hanya akan bercuti selain dari waktu cuti sekolah, public holiday macam tu haaaa.


Makanya untuk cuti sekolah kali ini, perancangannya juga sama. Cumanya tiba-tiba saya ambil cuti di saat-saat akhir sebab nak melayan Boboboy seketul itu di dalam Penang sahaja. Ayah eh tak ambil cuti pun, cuma cuti hujung minggu, sabtu ahad sahajalah melayan anak nan seketul tu. So kiranya cuti dua hari yang Ibu ambil ni memang untuk OUR TIME, CAP IBU & ANAK gitcheewww. Nak melayan jimba-jimba di dalam Penang sendiri pun sebenarnya mencari merba weeeiii time cuti sekolah ni haaaa. Celah manaaaa dalam Penang ni yang tak sesak masa time cuti sekolah haaaaaa. Tambah-tambah tepi pantai ka, nasi kandar ka, kedai makan ka, bukit bendera ka, taman rimba ka apa ka, apa sajalah lokasi herlok yang ada, memaaaannnggg dah namanya negeri yang menjadi tumpuan para pelancong luar dalam negara Penang ni haaaaa. Sooo, sebagai orang yang bermastautin di Penang lebih dari 20tahun ni, memang kami akan berhibernate bila time cuti sekolah :P. Tapiiiii, dek kerana kesiankan jantan seketul mak tu, makanya Ibu buat juga last minute plan apa adanya sahaja. So ajiiooom layan aktiviti kami dua beranak ber-OUR TIME dikala cuti sekolah baru-baru ini, gitcheewww.


Selama 2 hari memang sarapan berdua sebelum Boboboy ikut Ibu ke pejabat


Psssstt, untuk sarapan, dua-dua kali memang di Jaya Restoran. Port kesukaan kami untuk menikmati menu tosai, bihun goreng vegetarian, capati.  Sesi lunch memang Ibu masak bento la kan3, walaupun cuti sekolah. So dari jam 9am-5pm, Boboboy bersama Ibu di pejabat. Ibu sorok di tempat rahsiiiiaaaa :P. Hanya untuk dua hari, dan 2hari lagi Ibu ambil cuti, dan sehari ialah cuti umum Hari Merdeka


Boboboy new addiction iaitu Tripple Cheese Corn Sausage dari Family Mart


Pssstt, dalam minggu cuti sekolah tu, EMPAT kali ok dok repeat Tripple Cheese Corn Sausage dari Family Mart. Nasib baiklah memang FM memang dok ada offer 2nd item 50%. Kalauuuu dak kaaaaaaa, pitam Ibu weeeeiiii


1st Day Ibu cuti kita ber-movie tiiiimmmmmmmeee


Psssttt, nampak dop tu Boboboy masih nak bercorndog FM :P. Dah namanya buy 1, 50% 2nd one, so sah2 la Ibu pun grab satu kan3


Setel movie terus sambung pooling di Taman Belia pula haaaaaaaa


Psssttt, kita balik sebelum jam 5ptg untuk elak jam la kan3


Next day masih juga dengan terselit aktivit di FM dan ditambah dengan memenuhi cravings Ibu pula dengan puluuiiittt udang tersedapsssss


Pssttt, sebelum mentapau, FM & puluit udang itu, Boboboy ikut Ibu dari pagi untuk beberapa urusan rasmi di bank-bank. Then kami brunch mee kicap bayan baru (hat tu nanti saya up seperate review entry naaaa). Then kami singgah tesco untuk top up barang rumah dan otw nak balik kami mentapau untuk minum petang la kan3


Ini sesi BBQ steambot oden di malam hari 3 beranak


Pssttt, ber-bbq oden ni memang aktiviti wajib di kala cuti sekolah naaaaaaa. Puas hati makan buat sendiri dirumah sendiri gitchheewww


Dua menu permintaan Boboboy seketul sebagai penutup cuti sekolah iaitu choco granola dan juga meatball mac & cheese



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment