Thursday, February 19, 2026

"A Journey Through Nusantara Flavours" Itimewa Sempena Ramadhan di Penang Marriott Hotel | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang

"A Journey Through Nusantara Flavours" Itimewa Sempena Ramadhan di Penang Marriott Hotel | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang

"A Journey Through Nusantara Flavours" Itimewa Sempena Ramadhan di Penang Marriott Hotel | Best Buffet Ramadhan Dinner 2026 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Perkongsian kali ini merupakan perkongsian istimewa kerana penampilan pertama Penang Marriott Hotel di dalam blog aryshafayyadh blogspot. 


Untuk Ramadhan kali ini, Penang Marriott Hotel dengan bangganya mempersembahkan “A Journey Through Nusantara Flavours”, sebagai temanya. Ianya menrupakan satu pengalaman menjamu selera edisi terhad yang meraikan kekayaan dan kepelbagaian warisan kulinari rantau Nusantara. Kolaborasi eksklusif antara Penang Marriott Hotel dan Yogyakarta Marriott Hotel ini menghimpunkan cita rasa istimewa serta resipi autentik, menawarkan para tetamu satu perjalanan gastronomi yang benar-benar imersif.


Kolaborasi istimewa ini menampilkan Chef Nor Ismail, Ketua Chef Penang Marriott Hotel, bersama Chef Fauzan Evantoro, Chef de Cuisine Yogyakarta Marriott Hotel. Dipimpin oleh Chef Nor Ismail dengan kepakaran Chef Fauzan dalam masakan tradisional Indonesia, pengalaman menjamu selera ini menggabungkan rasa autentik, teknik kulinari yang diperhalusi serta kedalaman budaya dalam setiap hidangan.


Bermula dari 23 Februari 2026 hingga 19 Mac 2026, setiap Ahad hingga Jumaat, dari jam 6:30 petang hingga 10:30 malam, menu yang ditawarkan menampilkan rempah ratus yang kaya, herba yang harum serta kaedah masakan tradisional yang melambangkan keunikan masakan Nusantara. Melalui gabungan elemen keselesaan dan nostalgia, setiap hidangan menjanjikan pengalaman yang autentik dan penuh memori.


Selain itu, menu ini turut memberi penghormatan kepada tradisi kulinari Nusantara yang kaya. Setiap sajian meraikan warisan masakan Asia Tenggara dengan mempersembahkan rasa yang memikat, mengekalkan keaslian tradisi sambil dipertingkatkan melalui teknik moden bagi menyerlahkan lagi kelazatan dan kekayaan rasa.


Baiklah, cukuplah dengan kata-kata, ajiom kita bersama-sama layan edisi perkongsian bergambar untuk lebih merasai dan menjiwai keistimewaan buffet Ramadhan di Penang Marriott Hotel.


"A Journey Through Nusantara Flavours" Itimewa Sempena Ramadhan di Penang Marriott Hotel 


Barisan pembuka selera dimulai dengan pilihan aneka sup bersama roti, aneka jenis kerabu, ulam ulaman bersama sambal, jeruk buah, serta salad bersama dressing


Seafood on ice


Salmon ginger flower


Barisan buah potong segar dan juga rojak buah


Menu bercitara masakan India seperti okra mandi, paneer burgi, indian style chicken paratal, udang lada hitam, mamak style salmon curry, mee goreng mamak serta Kashmiri pilaf


Kambing bakar bersama nasi ulam


Panggang station dengan itik dan ayam panggang


Bakar bakar station dengan aneka pilihan makanan laut seperti udang, baby lobster, ikan bawal emas, ikan pari, oyster berserta sambal pencicah


Satay station dengan pilihan satay ayam, daging dan kambing bersama kuah kacang


Lemang dan ketupat pulut bersama serunding ayam dan daging serta ayam pandan


Kaunter aksi noodle station dengan 4 jenis pilihan sup, yang enak dimakan bersama aneka jenis pilihan makanan laut seperti ikan, baby lobster, dan udang


Barisan menu utama


Barisan pencuci mulut


Pilihan minuman sejuk dan panas


Lokasi : Penang Marriot Hotel

Tarikh : 23 Februari - 19 MAC 2026

Masa : 6.30pm - 10.30pm

Harga Weekdays : RM178 (dewasa), RM98 (warga emas), RM68 (kanak kanak)




~~~ The End ~~~~

No comments:

Post a Comment